Antara tekanan besar kepada hidup manusia ialah apabila manusia ada kebenaran yang hendak diperjelaskan tetapi terkekang lalu tidak dapat dipercerahkan. Ada yang makan masa bulan, ada yang makan masa tahun. Lalu sepanjang masa itu umumnya orang akan pandang manusia itu sebagai tidak benar, tidak baik, lemah, pendusta, pembawa kerosakan atau sebagainya.
Tetapi apabila manusia sudah mula berguru, belajar dan beramal akan kesufian, hati manusia akan banyak ok. Manusia akan banyak bersabar dan banyak bersandar kepada-Nya. Kebenaran tetap akan Allah keluarkan, zahirkan, nyatakan. Insya-Allah di dunia ini juga. Jika tidak pun, di akhirat sudah pasti. Dan akhirat itu sudah tidak lama pun lagi akan hadirnya bagi pelajar sufi, kerana dunia ini sebenarnya sangatlah sekejap cuma.
Asalkan manusia itu teguh terus "berdiri" atas kebenaran, umumnya tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
* Nasihat kepada seorang pelajar yang baru berjinak2 dengan kesufian dan sedang menghadapi ujian besar dalam hidupnya.
5/5/23
No comments:
Post a Comment