LANGKAH
KELIMA : “Selawat” Dalam Tahiyat
Kemudian
sahaya cuba dengan selawat yang di dalam tahiyyat, yang biasa kita
sebut sebagai Selawat/ Solawat Ibrahimiyah. Ketika itu sahaya ada
terfikir, “Sesuaikah disebut dalam bahasa Melayu sebagai selawat,
atau lebih sesuai disebut dalam bahasa Melayu dengan istilah lain
seperti SOL, atau SOLLA, atau diMelayukan bunyinya jadi SOLA?
...............” Wallahua’lam.
Tak
mengapa, sahaya cuba teliti dulu istilah2 yang digunakan dalam
Selawat Ibrahimiyah ini :
“Allahumma
SOLLI ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad
kama
sollaita ‘ala Ibrahim, wa ‘ala ali Ibrahim.”
“Wabarik
‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad
kama
barakta ‘ala Ibrahim, wa ‘ala ali Ibrahim.”
Maka
pengertiannya dalam bahasa Melayu akan menjadi :
“Wahai
Allah SANJUNGKANLAH/ PUJIKANLAH kepada Muhammad dan (SANJUNGKANLAH/
PUJIKANLAH) kepada keluarga Muhammad,
sebagaimana
SANJUNGAN/PUJIAN ENGKAU kepada Ibrahim dan (SANJUNGAN/ PUJIAN ENGKAU)
kepada keluarga Ibrahim.”
“Wahai
Allah BERKATKANLAH kepada Muhammad dan (BERKATKANLAH) kepada keluarga
Muhammad,
sebagaimana
BERKAT ENGKAU kepada Ibrahim dan (BERKAT ENGKAU) kepada keluarga
Ibrahim.”
Nampak
macam kena!
Bolehlah
direnungkan bandingan maksudnya jika ditukarkan dengan yang
pengertian2 seperti :
i)
“ Wahai Allah DOAKANLAH kepada Muhammad dan (DOAKANLAH) kepada
keluarga Muhammad
sebagaimana
DOA ENGKAU kepada Ibrahim dan (DOA ENGKAU) kepada keluarga Ibrahim.”
ii)
“ Ya Allah DOAKANLAH KERAHMATAN/ KEBERKATAN kepada Muhammad dan
kepada keluarga Muhammad sebagaimana DOA KERAHMATAN/ KEBERKATAN
ENGKAU kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim.”
iii)
Wahai Allah RAHMATKANLAH/ BERKATKANLAH kepada Muhammad dan
(RAHMATKANLAH/ BERKATKANLAH) kepada keluarga Muhammad sebagaimana
RAHMAT/ BERKAT ENGKAU kepada Ibrahim dan (RAHMAT/ BERKAT ENGKAU)
kepada keluarga Ibrahim.
(*Yang
ini agak sesuai, cuma kurang sesuai apabila RAHMAT itu dikaitkan
dengan ketiga2 isi kandungan ayat Al-Quran Surah Al-Ahzab ayat 56 di
atas tadi)
...dan
macam-macamlah lagi yang sahaya cuba suaikan agar nampak “masuk”
pengertian selawat itu dengan isi kandungan ayat Al-Quran itu DAN
selawat Ibrahimiyah ini. Hasilnya ketika itu, sahaya dapati
pengertian SOL/ SOLLA itu memang sesuai sebagai SANJUNG atau PUJI
dalam bahasa Melayu. Dan sekiranya diminat memilih salah satu antara
kedua-duanya, sahaya lebih suka memilih SANJUNG. Wallahua’lam.
Jika
mahu dikaitkan SOL itu dengan DISERU dan yang seumpama dengannya
(seperti kata salah seorang “pendebat” dalam video itu), memang
tidak kena. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perkataan “Allahumma”
itu biasanya (bukan semestinya) digunakan sebagai permulaan doa yang
ertinya “Wahai Allah” atau “Ya Allah” atau “Oh Allah”.
Contohnya dalam doa makan :
اَللّٰهُمَّ
بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
atau
doa dan bacaan selepas solat seperti :
“Allahumma
ajirna minannar.”
“Allahumma
antas salamu waminkassalam.......”
“Alahumma
inna nas aluka ridha ka wal jannah.......”
“Allahumma
inna nas aluka salamatan fiddin........”
dan
banyak lagi.
Dalam
Al-Quran juga ada disebut “Allahumma”. Contohnya :
Katakanlah
: “ALLAHUMMA
(wahai
Allah) yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui
perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata.”
(Az-Zumar : 46)
dan
beberapa ayat Al-Quran lagi.
Perkataan
“wahai” diucapkan untuk mendapatkan perhatian daripada
yang diminta
perhatian.
Untuk raja2 khususnya
zaman dahulu kala, kurang
sopan
untuk
hamba
rakyat memulakan sapaan, permohonan atau puji-pujian dengan “hei”,
“hoi”, “hai”, “oit”
dan sebagainya. Perkataan
“wahai” itu menunjukkan adab yang tinggi. Jika dengan raja2 dalam
kalangan makhluk pun sudah sebegitu, apatah lagi dengan Raja Sebenar
Raja iaitu Allah SWT. Sebab
itulah digunakan kalimah “Allahumma”. Wallahua’lam.
Jika
kalimah “Allahumma solli ‘ala Muhammad itu” bermaksud “Allah
DISERU kepada Muhammad”, maka keseluruhan is selawat itu akan jadi
kacau dari segi maknanya :
“ALLAH
DISERU kepada Muhammad dan (ALLAH DISERU) kepada keluarga Muhammad
sebagaimana
(ALLAH) DISERU kepada Ibrahim dan (ALLAH DISERU) kepada keluarga
Ibrahim.”
Dikatakan
kononnya menurut salah seorang “pendebat” bahawa apabila Allah
diseru kepada Muhammad bererti Muhammad itulah Allah, maka...
bagaimana dengan keluarga Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim dan keluarga
Nabi Ibrahim yang ALLAH DISERU juga kepada mereka? Adakah mereka
semua juga Allah? .......
Tentunya
tidak!
(*Hanya
yang 100% Allah sahajalah yang Allah)
LANGKAH
KEENAM : Selawat Pada Awal Tahiyat
Dalam
tahiyat, kita biasa membaca : “At-tahiyyatul mubarakatus solawatut
taiyibatu lillah.”
Kata-kata
ini ditujukan kepada Allah, bukan kepada Nabi Muhammad saw atau
lain-lain.
i)
At-tahiyyah = (maksud tahiyyah ini kita bicarakan pada ketika yang
lain kerana kita hendak tumpukan kepada maksud selawat dan yang
bersangkutan dengannya sahaja dalam penulisan kali ini)
ii)
Al-mubarakah = Keberkatan2 (atau segala keberkatan)
iii)
As-SOLAWAH
= Sanjungan2/ Pujian2
(atau
segala sanjungan/ segala pujian)
iv)
Taiyibah = Kebaikan2 (atau segala kebaikan)
Ketika
itu sahaya perhatikan bahawa dalam kalimah awal tahiyat ini,
perkataan yang digunakan kepada Allah ialah SOLAWAT (SELAWAT), bukan
SOL atau SOLAT.
Maka
pengertian penuhnya lebih kurang bererti :
“Tahiyyat,
keberkatan-keberkatan, SANJUNGAN-SANJUNGAN/ PUJIAN-PUJIAN,
kebaikan-kebaikan adalah untuk Allah.”
(Tambahan
perkatan “...AT” di belakang itu menunjukkan BANYAK)
Sesuai
juga jika disebut, “Tahiyat, SEGALA KEBERKATAN, SEGALA
SANJUNGAN/PUJIAN, SEGALA KEBAIKAN adalah untuk Allah.”
Tetapi
perhatikan jika kalimah SOLAWAT/ SELAWAT itu dicubatukarkan dengan
maksud2 yang lain :
“Tahiyyat,
keberkatan2, DOA2,
kebaikan2 adalah
untuk
untuk Allah.”
“Tahiyyat,
keberkatan2, DOA2 KERAHMATAN, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”
“Tahiyyat,
keberkatan2, DO2 KEBERKATAN, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”
“Tahiyyat,
keberkatan2, MEMBERIKAN RAHMAT, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”
“Tahiyyat,
keberkatan2, SOLAT2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”
“Tahiyyat,
keberkatan2, SEMBAHYANG2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”
Dan
pelbagai lagi cuba diserasikan.
Jika
dicubajayakan dengan pengertian si “pendebat” dalam video itu
pula, mungkin jadi :
“Tahiyyat,
keberkatan2, SERUAN2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”
“Tahiyyat,
keberkatan2, DISERU2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”
“Tahiyyat,
keberkatan2, BERSERU2, kebaikan2 adalah untuk untuk Allah.”
Lalu
sahaya nampak bahawa SOLAWAT (SELAWAT) bererti SANJUNGAN-SANJUNGAN
atau PUJIAN-PUJIAN. Ia juga boleh membawa erti SEGALA SANJUNGAN atau
SEGALA PUJIAN. Ia tidak sekadar SANJUNGAN atau PUJIAN sahaja.
Dalam
konteks ini, terlihat bahawa SOLAWAT iaitu SANJUNGAN2/ PUJIAN2 atau
SEGALA SANJUNGAN/ SEGALA PUJIAN adalah untuk Allah.
Sementara
untuk Nabi pula ialah SOL/ SOLLA iaitu SANJUNGAN atau PUJIAN sahaja.
Begitulah
pemahaman sahaya pada masa itu. Wallahua’lam.
Maka,
mungkin lebih sesuai jika dikatakan :
“Marilah
kita BERSOLAWAT/ BERSELAWAT kepada Allah” dan “Marilah kita
BERSOL/ BERSOLLA kepada Nabi”? Wallahua’lam.
LANGKAH
KETUJUH : Sol dalam Pelbagai Selawat
Seterusnya
sahaya cari pula pelbagai jenis bacaan selawat kepada Nabi saw. Ada
begitu banyak lafaz selawat Nabi sama ada yang asal atau yang
dikarang kemudian. Ringkas kata, semuanya bermula dengan “ALLAHUMMA
SOLLI.......” dan berisi perkataan SOL iaitu SOLLI. Bukan perkataan
SOLAT atau SOLAWAT.
Apakah
maksud kalimah “Allahumma SOLLI ‘ala Muhammad”?
Wahai
Allah, SANJUNGKANLAH/ PUJIKANLAH kepada Muhammad.
Begitulah
dapatan ketika itu.
LANGKAH
KELAPAN : Sol dalam Hadith2
Sahaya
cuba
gantikan perkataan berkaitan
selawat dan
sahaya
dapati penggunaan maksud SANJUNGAN/ PUJIAN memang kena dengan segala
keadaan.
فَإِنَّهُ
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله
عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
“Sesiapa
MENYATAKAN SANJUNGAN (SOLLA) kepada aku
SATU
SANJUNGAN (SOLATAN),
maka Allah akan MENYATAKAN
SANJUNGAN ke
atasnya sepuluh kali.”
(Muslim)
وَصَلُّوا
عَلَيَّ ، فَإنَّ صَلاَتَكُمْ تَبْلُغُنِي
حَيْثُ كُنْتُمْ
“Maka
NYATAKANLAH SANJUNGAN
(SOLLU)
kepada
aku
kerana sesungguhnya PERNYATAAN
SANJUNGAN KALIAN (SOLATAKUM)
dapat sampai kepada aku
di mana sahaja
kalian
berada. (Abu
Daud)
الْبَخِيلُ
الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ
يُصَلِّ عَلَيَّ
Orang
yang kedekut (bakhil) itu
ialah
orang yang ketika aku
disebut tetapi dia tidak MENYATAKAN
SANJUNGAN
(YUSOLLI)
ke
atas aku.
(Turmizi)
...
dan
banyak lagi.
Jika
Allah
YUSOLLU kepada
Nabi itu
menjadi
pujian
Allah kepada Nabi di hadapan para malaikat-Nya,
maka benarlah. Ia tidak bertentangan dengan YUSOLLU yang bermaksud
menyanjung
atau memuji.
Jika
para malaikat YUSOLLU kepada nabi itu menjadi
doa mereka untuk nabi, maka tidak
bertentangan juga dengan YUSOLLU
yang bermaksud menyanjung atau memuji kerana sanjungan dan pujian
yang ikhlas itu juga termasuk mendoakan.
Jika
manusia dan jin YUSOLLU kepada nabi itu menjadi doa mereka untuk
nabi, maka
tidak
bertentangan juga dengan YUSOLLU
yang bermaksud menyanjung atau memuji kerana sanjungan dan pujian
yang ikhlas itu juga termasuk mendoakan.
KESIMPULAN
Berdasarkan
dapatan sahaya pada ketika itu :
1.
Solawat (selawat) iaitu SANJUNGAN-SANJUNGAN atau SEGALA SANJUNGAN
nampaknya lebih sesuai untuk Allah SWT.
2.
Sol/ Solla iaitu SANJUNGAN pula adalah untuk Nabi saw.
3.
Maka maksud :
i)
“Selawat kepada Nabi” menurut bahasa Melayu yang paling sesuai
ialah : “MENYATAKAN SANJUNGAN kepada Nabi.”
ii)
“Berselawatlah kepada Nabi” ertinya “NYATAKANLAH SANJUNGAN
kepada Nabi.”
iii)
“Banyakkanlah berselawat kepada Nabi” ertinya “Banyakkanlah
MENYATAKAN SANJUNGAN kepada Nabi.”
iv)
“Inilah jenis-jenis selawat kepada Nabi” ertinya “Inilah
jenis-jenis PERNYATAAN SANJUNGAN kepada Nabi.”
v)
“Apa selawat kepada Nabi yang kamu amalkan?” ertinya “Apa
PERNYATAAN SANJUNGAN kepada Nabi yang kamu amalkan?”
4.
Jika kita mengertikan SOL atau SOLLA itu sebagai SANJUNGAN, kita akan
dapati ia sesuai digunakan pada mana-mana keadaan (dalam ayat
al-Quran, dalam hadith2, dalam penggunaan harian) tanpa wujud
pertentangan.
5.
Orang2 yang berpendapat bahawa “YUSOLLU” itu ertinya memuji atau
menyatakan pujian (dan
lain-lain),
hal itu memang biasa kita jumpa. Cuma2 orang2 yang berpendapat bahawa
“YUSOLLU” itu ertinya menyanjung atau menyatakan sanjungan, sejak
1999 itu sampailah sekarang,
sahaya belum ketemu lagi. Sekiranya ada, maka sahaya sangat bersyukur
kerana ada
orang yang
sepandangan dengan
guru
sahaya dan sahaya
sendiri
dalam
hal ini.
Dan
akhir sekali, sebagai menjawab pertanyaan saudara yang bertanya (yang
menyebabkan penulisan ini terhasil) :
1.
Sahaya tidaklah sependapat dengan “pendebat” pertama dalam video
tersebut iaitu saudara ND yang mengatakan bahawa perkataan SOL tidak
punya sebarang maksud.
2.
Sahaya juga tidaklah sependapat dengan “pendebat” kedua iaitu
saudara
SM
bahawa
“Allahummasolli ‘ala Muhammad” itu ertinya “Allah diseru
kepada Muhammad”.
Wallahu’alam.
Abu
Zulfiqar al-Amsyari
2/8/23
TAMAT