Saturday, June 30, 2018

Jumaat

Hari Sabtu (Sabbath)menjadi hari yang sangat penting bagi para penganut agama Yahudi. Sabtu (Saturn day/Saturday/Hari Saturn) juga menjadi keutamaan bagi para penyembah Dewa Saturn dan penyembah planet Saturn (Zuhal) di sebahagian pelusuk dunia. Hari Ahad pula menjadi penghulu hari bagi orang2 Kristian, para penyembah Dewa Matahari (Sun day/Hari Matahari) dan penyembah planet matahari di sebahagian pelusuk dunia. Bagi kaum muslimin, Allah sudah menetapkan hari Jumaat yang mulia. Berbahagialah umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Friday, June 22, 2018

Makluman Tentang Pengisian Tarekat Ghazaliyah di Page FB Tarekat Ghazaliyah


PENGUMUMAN – Pengisian Tarekat Ghazaliyah di laman Facebook Tarekat Ghazaliyah ini nanti akan dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu :
1.       Umum
2.       Khusus
3.       Khusus daripada yang Khusus

Perinciannya adalah sebagaimana berikut :
1.       Umum – Peringkat asas. Sesuai sebagai bacaan/didengar/tontonan semua pengamal Tarekat Ghazaliyah. Juga sesuai untuk semua pengunjung. Sesiapa yang mahu mengambil manfaat daripadanya dipersilakan. Soal jawab, komen dan perbincangan terbuka untuk semua pengunjung.

2.       Khusus – Peringkat pertengahan. Hanya untuk orang-orang yang sudah lama atau agak lama mengamalkan Tarekat Ghazaliyah. Soal jawab, komen dan perbincangan hanyalah untuk mereka yang terlibat sahaja. Para pengunjung lain abaikan sahaja posting2 kategori ini kerana ada risiko untuk tersalah faham.

3.       Khusus daripada yang Khusus – Peringkat tinggi. Hanya untuk bacaan/didengar/tontonan para pengamal Tarekat Ghazaliyah yang sudah mencapai tahap tertentu. Soal jawab, komen dan perbincangan hanyalah untuk mereka yang terlibat sahaja. Pengunjung yang tidak terlibat, abaikan sahaja posting2 berkaitan. Jangan cuba2 difaham sendiri kerana risiko untuk tersalah faham adalah besar.

Diharapkan dengan penjelasan dan pertauran sebegini, perjalanan laman ini kan lebih sejahtera.

-          Team SDTG, 22 Jun 2018

Himpunan 15 Ihya Syawal
















Himpunan 40 Ihya Ramadhan