Seorang hamba Allah mengadu bahawa wangnya sudah habis terus pada 1 Mei 2023 yang lalu yakni selepas Hari Raya, tepatnya 10 Syawal. Dia memohon pandangan kerana dia memang mahu mengelakkan daripada terpaksa berhutang dengan orang. Masalahnya, bagaimana dia hendak mencari wang belanja untuk keluarganya sedangkan gaji akan datang memang banyak lewat lagi?
Sahaya pun berusaha memohon gerak daripada Allah SWT. Sekiranya ada rezeki, adalah. Jika tiada pun, tiadalah. Dengan izin Allah, esok harinya sahaya diberi satu ilham. Sahaya pun mencadangkan agar dibuat solat sunat hajat selama 3 hari berturut-turut dengan niat agar Allah lepaskan kesempitan ketika ini (yakni ketiadaan wang belanja sementara tempoh menanti gaji). Jangan niatkan yang lain atau yang lebih daripada itu.
Si hamba Allah pun buatlah solat hajat pada malam pertama. Esoknya dia menyemak akaun bank. Dengan kuasa Allah, sudah masuk RM260 yang sangat tidak disangka2nya iaitu wang tuntutan perjalanan atas urusan kerjanya. Dia punyalah bersyukur. Memanglah RM260 masih jauh daripada cukup untuk menanti 3-4 minggu lagi, tetapi sekurang2nya ada.
Walaupun sudah mendapat sedikit wang, oleh kerana sahaya menyarankan 3 hari, maka si hamba Allah pun buatlah juga pada malam kedua. Berlalulah malam kedua. Tiba malam ketiga, dibuatnya sekali lagi sebagai yang terakhir. Tamatlah sudah urusan itu setakat itu.
Esoknya, saja2lah dia menyemak lagi akaunnya. Masuk pula RM400 bayaran lebihan LHDN. Dia bagaikan tidak percaya kerana hajatnya seolah-olah dibayar secara cash (segera) oleh Allah. Dia punyalah seronok.
Cuma sahaya sudah ingatkan bahawa amalan itu diilhamkan oleh Allah hanya untuk masalah dan niat berkenaan sahaja. Jangan tercetus rasa mahu lebih atau tamak. Nanti ditambahnya lagi lalu diminta kaya, jadi jutawan, hendak pergi melancong dan sebagainya. Hal ini kerana berdasarkan pengalaman2 dahulu, orang2 yang berbuat demikian akan dirugikan oleh Allah dan lebih lagi ruginya.
Alhamdulillah. Syukur. Sahaya seronok, si hamba Allah pun seronok.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
13/5/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment