Tuesday, May 30, 2023

Mengapa Aku Lambat dalam Pelajaran Agama?

Belajar ilmu2 agama sudah lama, tetapi masih juga jauh ketinggalan. Orang lain cepat dapat, kita lambat dapat. Orang lain mudah faham, kita susah faham. Mengapa?


Kita rumuskan daripada pandangan Imam al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulumuddin :


1. Kerana hati tidak bersih, hati TIDAK IKHLAS. Atau kerana hati kurang bersih, hati kurang ikhlas. Tidak ikhlas atau kurang ikhlas terhadap tujuan belajar, terhadap pelajaran, terhadap guru, terhadap rakan2 seperguruan dan sebagainya. Bagi orang2 yang ikhlas, insya-Allah cepat majunya.


2. Kerana tidak sanggup atau kurang sanggup untuk MENGORBANKAN MASA DAN TENAGA untuk belajar. Bagi orang2 yang sanggup berkorban, insya-Allah cepat majunya.


3. Kerana hanya menunggu dan hanya mahu menunut ilmu daripada ORANG2 YANG TERKENAL sahaja.


4. Kerana pada awal2 belajar, dia sudah BANYAK menyibukkan diri dengan HAL2 KHILAF.


5. Kerana membanyakkan belajar ilmu2 yang sekadar penting atau kurang penting tetapi kurang menumpukan kepada ilmu2 yang LEBIH PENTING.


6. Kerana masih tidak dapat mengakui dan menerima bahawa ilmu yang terpenting bagi setiap indidvidu ialah ilmu akhirat iaitu ILMU MUKASYAFAH dan ILMU MUAMALAH.


7. Kerana enggan belajar mengikut sukatan dan tingkatan2 pelajaran. Dia suka melompat2 pelajaran kerana tidak sabar dan MAHU CEPAT2 tinggi. Termasuk jugalah orang yang enggan belajar mengikut sukatan dan tingkatan2 pelajaran ini dengan BERLAMBAT2 dan bermalas2.


8. Kerana masih tidak dapat mengakui dan menerima bahawa ilmu/maklumat YANG PALING TINGGI dan paling mulia ialah ilmu/maklumat tentang Allah.


9. Kerana mengabaikan atau melanggar objektif/matlamat/maqsud paling awal/segera dalam menuntut ilmu2 agama ini ialah untuk MENCANTIKKAN DIRI kita sendiri dengan SIFAT2 MAHMUDAH. Walau sudah lama belajar, sifat2 mazmumah masih banyak dan kuat. Malah sebahagiannya masih jelas terpamer kepada orang lain. Bahkan ada yang berbangga dengan hal2 mazmumah itu.


10. Kerana tersasar daripada MATLAMAT TERSEBENAR, terutama lagi tertinggi dalam menuntut ilmu2 agama iaitu Allah.


Sesiapa yang dapat meluruskan kesemua atau hampir semua hal2 di atas, insya-Allah akan berdesup laju perjalanannya. Wallahua'lam.


*Cuba kita buat senarai semak untuk diri sendiri menggunakan 10 poin di atas. Dapatlah kita menyedari kedudukan diri sendiri.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

30/5/23

No comments: