Sunday, May 14, 2023

Biskut Raya di Penghujung Syawal

 

BISKUT RAYA. Sudah penghujung Syawal. Biskut2 raya pun dah di penghujung juga, sudah banyak yang habis. Tinggallah seredak2nya sahaja. Orang rumah sahaya ni rajin buat biskut raya. Tiap2 tahun mesti buat walaupun sibuk bekerja. Tahun ini terlewat buat, hanya beberapa hari lagi nak raya baru mula, tapi dapat jugalah 12 jenis biskut. Ada tart gulung, tart bunga, almond London, samprit klasik, samprit susu, biskut ais krim, crystal ball, biskut kacang Mazola, rainbow cookies, tart strawberi, sarang semut, dan double choc chips. Dah tinggal seredak2 ni lagi sedap dan lagi seronok berebut dengan anak-anak.


14/5/23


No comments: