1. Jika masih kuat dan masih banyak nak, nak, nak dalam hal dan barang2 bertaraf kehendak, ertinya masih amat lemahlah tasawufmu walau menggunung ilmumu.
2. Sebagai sufi, kita lebih utama untuk membawa imej yang baik bagi Allah, Rasulullah, agama Islam dan umat Islam keseluruhannya berbanding orang2 lain.
3. Kita terus mencontohkan. Tak sekadar menuliskan atau sekadar mengatakan. Hendak mencontohkan itu yang sukar.
4. Islam mengajar kebersihan, kekemasan dan kewangian. Sufi juga mentarbiah hal yang sama.
5. Sufi tidak akan berlawanan dengan Islam kerana sufi itu sendiri berada di dalam Islam.
6. Sufi mentarbiah kita jadi berani maka kita cubalah2 belajar jadi berani. Jika masih tiada berani, sia2lah ilmu sufi.
7. Malu kita jika sbg sufi, tiada solat2 sunat kita. Biar kurang asalkan ada dan istiqamah. Istiqamah menuju R4S.
8. Sebagai sufi, amal2mu biarlah sampai ke maqam kerana cinta, tidak lagi kerana terpaksa atau dipaksa.
9. Dalam hal2 lain mungkin tak mengapa jika kita tak kesah sumber dan asal-usulnya, tetapi dalam hal2 khusus agama, bahaya jika mudah2 terus diterima.
10. Sampai suatu maqam, jika masih terlihat dirimu dan diri2 lain masih terpisah, itu satu musibah.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
(Dihimpunkan semula pada 1 Mei 2023)
No comments:
Post a Comment