Friday, May 26, 2023

Baru Kenal Sudah Terasa Dapat?

 

Sudah tahu akan Che Salmah, tapi masih belum kenal (ma'rifah).

Sudah kenal (ma'rifah) akan Che Salmah, tapi masih belum berkawan.

Sudah berkawan dengan Che Salmah, tapi masih belum bertunang.

Sudah bertunang dengan Che Salmah, tapi masih belum bernikah/ berkahwin.

Sudah berkahwin dengan Che Salmah, barulah betul2 dapat Che Salmah.

Ada lagi, tapi kita cukupkan setakat itu di sini sahaja

agar sesuai dengan bicara.


Namun segelintir manusia dan jin sudah berasa cukup dengan mengenal (ma'rifah) Che Salmah lalu merasakan yang dia sudah pun memiliki Che Salmah. Padahal, jauh lagi perjalanannya. Biasalah, orang2 yang baru tiba pada mengenal itu sebahagiannya akan terlebih teruja dengan pencapaian dan kemajuan dirinya. Tapi bagi orang2 yang sudah berumahtangga, biasa2 dna tenang2 sahaja.


Kamal ad-diin penyuluh singgahsana.

Kamal ad-diin ertinya bahagia.

Anugerah-Mu jubah pengantin busana jiwa.


Dapat mengetahui, kemudian dapat mengenal - hal itu sudah sangat bagus. Tetapi jika mahu lanjutannya lagi, janganlah berasa cukup di sana, janganlah tersangkut di sana dan janganlah berasa itulah kemuncaknya.

Kerna sesuatu yang sudah cukup, manakan dapat ditambah lagi.

Sesuatu yang sudah tersangkut, manakan dapat bergerak lagi.

Sesuatu yang sudah di kemuncak, manakan dapat didaki lagi.


Ibarat ular menyusur jalan pulang ke lubang. Daripada R4S, kembali ke R4S. Itulah "keadaan" dan "dapatan"nya Nabi dan maharaja2 para wali. Jangan terhenti pada jalan pulang. Biarlah sampai ke asal jalan.


R4S :

R = Rasulullah saw

4 = Empat sahabat paling utama

S = Sahabat2 utama yang lain.

4S = Maharaja2 para wali.

Tiada yang setara mereka.


Rajin2lah meneliti dan menghayati "keadaannya" R4S agar boleh dicontohi dan diikuti. Sangat banyak manfaatnya di sana.


"Perjalanan menuju" Kekasih itu 24 jam "panjangnya". Di "penghujung jalan" itulah R4S bersinggahsana. Berapa jauh jalan dan wakaf perhentian masing2 kita? 10 saat? 1 minit? 20 minit? 1 jam? 5 jam? 12 jam?


Kita teruskan berusaha dan berikhtiar dengan gigih.


26/5/23

No comments: