Letakkan perkataan "UMUMNYA..." pada bahagian hadapan sesuatu kata2 pendek dan letakkan perkataan "...SEBAGAIMANA R4'S" pada bahagian belakangnya. Insya-Allah sejahteralah pemahaman dan tindakan kita, serta tiadalah mudarat kepada kita. Walaupun tidak semua 100% kata2 pendek tertakluk dengan kaedah atau teknik ini, tetapi hampir semua. Ringkas kata, hampir semua tulisan atau kata2 pendek adalah bersifat umum, bukannya bersifat 100% yang itu sahaja tanpa ada huraian, penjelasan dan alternatif lagi. Maka sangat penting utnuk kita berhati2 agar tidak tersalah dalam menanggapi.
@@@@@@@@@@
Perkataan "umumnya" biasa kita fahami. Bagaimana pula dengan kalimah "...sebagaimana R4'S"?
Siapakah R4'S (disebut R-Force)?
R = Rasulullah saw
4 = Empat sahabat paling utama (Saiyidina Abu Bakar, Umar, Uthman & Ali)
S = Sahabat2 utama yang lain.
4'S = Maharaja2 para wali Allah.
Tidak ada yang lebih utama dan lebih baik daripada R4'S.
Umumnya ikutan terbaik bagi kita ialah "keadaannya" R4S (sekadar kemampuan dan al-sa'ah kita). Tidak ada yang lebih baik daripada mereka. Cara mereka mengambil tindakan, cara mereka memaham, cara mereka menilai, cara mereka berhukum, cara mereka mengambil keputusan, kehati2an mereka, keimanan mereka, keyakinan mereka dan sebagainya - adalah contoh ikutan yang terbaik.
@@@@@@@@@@
CONTOH 1 :
Orang menulis, "Kita jangan membalas perbuatan jahat orang lain."
Maka kita jadikan, "UMUMNYA... kita jangan membalas perbuatan jahat orang lain.. SEBAGAIMANA R4S." *Maksudnya sebagaimana yang dicontohkan oleh R4S. Bukannya sebagaimana sangkaan atau sebagaiaman kesukaan kita.
Bukan semua perbuatan jahat tidak dibalas bahkan ada yang mesti dibalas. Contohnya musuh memukul kita dengan pedang dan perisai. Takkanlah kita duduk diam menunggu sahaja. Habislah tentera, umat dan wilayah Islam jika kita berkeyakinan begitu. Kajilah keadaan para R4S dalam situasi berkaitan dan kita ikut sahaja contohan mereka. Jika tidak diletakkan perkataan "Umumnya" dan "sebagaimana R4S", akan ada orang yang tersalah faham lalu menyangkakan bahawa dalam semua (100%) keadaan kita tidak boleh langsung membalas perbuatan jahat orang.
Biarlah kita sebagaimana R4S, bukannya sebagaimana sangkaan2 kita atau sebagaimana kesukaan2 kita. Siapalah kita, guru2 kita dan tokoh2 sanjungan kita berbanding R4'S?
CONTOH 2 :
Orang menulis, "Orang yang banyak berdiam itulah orang yang baik ."
Maka kita jadikan, "UMUMNYA.. orang yang banyak berdiam itulah orang yang baik... sebagaimana R4S." *Maksudnya sebagaimana yang dicontohkan oleh R4S.
Kita contohi sahaja diam dan berkata2nya R4S. Umumnya keadaan mereka adalah sebaik2 keadaan. Jika tidak, akan ada orang yang bersangka bahawa banyak berkata2 sebagaimana R4S itu adalah tidak bagus. Biarlah sebagaimana R4S, bukannya sebagaimana yang kita sangka2 atau sebagaimana yang kita suka2.
CONTOH 3 :
Orang menulis, "Tidak perlu pertahankan kebenaranmu. Yakinlah dengan Allah."
Kita jadikan, "UMUMNYA.. tidak perlu pertahankan kebenaranmu. Yakinlah dengan Allah... SEBAGAIMANA R4S." *Maksudnya sebagaimana yang dicontohkan oleh R4S.
Bukan dalam semua 100% keadaan R4S tidak pertahankan kebenaran. Ada keadaan di mana mereka pertahankan, dan ada keadaan di mana mereka tidak pertahankan.
CONTOH 4 :
Orang menulis, "Orang baling kita dengan 1000 biji batu, kita balas sahaja dengan menghadiahkannya 1000 kuntum bunga."
Maka kita jadikan, "UMUMNYA ... orang baling kita dengan 1000 biji batu, kita balas sahaja dengan menghadiahkannya 1000 kuntum bunga... SEBAGAIMANA R4S." *Bukannya sebagai sangkaan kita atau kesukaan kita.
CONTOH 5 :
Orang menulis, "Biar kita kelihatan kusut-masai dan kotor asalkan kita rapat dengan Allah."
Kita sejahterakan menjadi, "Umumnya... biar kita kelihatan kusut-masai dan kotor asalkan kita rapat dengan Allah... sebagaimana R4S."
CONTOH 6 :
Orang menulis, "Kala huru-hara melanda umat, orang2 arif akan kekal di sejadahnya dengan zikrullah di mulutnya."
Kita cantikkan menjadi, "Umumnya... kala huru-hara melanda umat, orang2 arif akan kekal di sejadahnya dengan zikrullah di mulutnya... sebagaimana R4S." Bukan sebagaimana sangkaan2 atau kesukaan2 kita.
Begitulah seterusnya kepada hampir semua kata2 pendek.
@@@@@@@@@@
Petua ini sahaya peroleh daripada mursyid sahaya, yang mendapatkan daripada muryidnya, yang juag mendapatkan daripada muryidnya... berterusan ke atas... sampailah kepada Imam al-Ghazali.
Sebenarnya kita ada terjumpa orang2 yang apabila mereka terbaca atau terdengar kata2 pendek, lalu mereka beranggapan bahawa itulah semuanya tanpa ada huraian dan penjelasan lagi. Apabila kita ajarkan teknik ini, barulah mereka tersedar akan kesilapan dalam menanggapi kata2 pendek.
Insya-Allah apabila kita mengamalkan petua ini, tidak ada sebarang kata2 pendek yang kita akan tersalah pakai. Wallahua'lam.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
27/5/23
Laman Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment