Friday, May 26, 2023

4 Sekawan Menuju Awal dan 4 Sekawan Menuju Kamal

 

Bagaikan pertandingan lumba lari pecut 100 meter :

Yang dalam jarak 2-3 meter awal itu AWAL namanya.

Setelah sampai ke 40-60 meter itu TENGAH atau SEPARUH namanya.

Setelah sampai ke jarak 100 meter, barulah AKHIR namanya.

Dalam banyak2 pelari yang sampai ke akhir itu pula,

yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga itu KAMAL namanya.

(*Yang berjaya memecahkan rekod itu atau yang memegang rekod itu HAFIZ namanya)

.



Dari awwal ad-diin (ma'rifatullah),

menuju ke nisf ad-diin,

menuju lagi ke akhir-ad-diin,

lalu mencapai kamal ad-diin.

.


Begitulah tingkat2 4 Sekawan Menuju Kamal.

.



4 Sekawan Menuju Kamal itu didahului oleh 4 Sekawan Menuju Awal iaitu :

dari syariat

menuju ke tarekat

menuju ke hakikat

lalu mencapai ma'rifat (awwal ad-diin).

.



Awwaluddin ma'rifatullah itu tidak lain ialah tangga tertinggi bagi orang awam tetapi baru tangga pertama bagi sufi. Sebab itulah pada level ma'rifah itu ada banyak orang2 yang bagus ad-diinnya DAN ADA BANYAK JUGA orang2 yang huru-hara ad-diinnya. Di sinilah ada banyak orang2 yang sejalan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah DAN ada banyak juga orang2 yang sejalan dengan jabbariyah, qadariah, batiniyah, ajaran2 bermasalah, ajaran2 sesat dan sebagainya.

.



Bagaikan juga sebahagian silat di Alam Melayu ini. Setelah bergelanggang atau berbangsal berbulan2 atau bertahun2 sehingga khatam, tiba2 barulah tok guru buat majlis bertemu lutut, bersalaman lagi sebagaimana mula2 belajar dahulu lalu katanya, "Sekarang aku akan perturunkan silat ini." Habis, yang susah-payah dipelajari dan diamalkan selama hari itu apakah bendanya? Itu baru ilmu2 permainan, belum ilmu2 jaguhan, belum sebenar2 silat warisan tok guru. Khatam itu tangga tertinggi bagi orang awam tetapi baru tangga pertama bagi pendekar.

.



Orang2 yang baru pada level khatam itulah yang sebahagiannya jadi huru-hara kerana berasakan ilmunya dan dapatannya sudah yang tertinggi. Maka wujudlah sombong, cabar-mencabar, berasa diri lebih tahu atau setara dengan pendekar2 sedia ada, merendah-rendahkan pesilat2 yang belum khatam, berperangai tidak sebagaimana pendekar2 dan panglima2, menunjuk2 ke sini-sana, asyik nak kongsi ilmu (nak jadi guru, nak buka gelanggang merata-rata)... Maka orang2 yang tiada punya pengetahuan atau sangat kurang pengetahuan akan memandang tinggi orang2 ini sekelas dengan guru, pendekar, panglima, kerana mereka tidak dapat membeza dan TIADA ILMU MEMBEZA yang mana sebenar panglima dan yang mana sekadar disangka panglima.

.


Tetapi jika mereka berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk mencapai maqam2 seterusnya selepas khatam, insya-Allah suatu hari nanti umumnya akan hilanglah semua perkara2 tidak sesuai di atas.

.



Pesanan arwah mursyid, "Beringatlah! Pendek kata (umumnya) akan sentiasa ada orang yang lebih daripada kita dalam keruhanian ini."

.


26/6/23


No comments: