Kisah Pak Din dalam Space 2099...
Pada zaman akhir,
Pak Din tidak digalakkan berfikir
malah digalakkan tidak berfikir,
melainkan digalakkan untuk menurut,
malah digalakkan agar dengan segera menurut.
Orang2 yang berfikir
akan diangap sebagai ancaman,
dan orang2 yang tidak mudah2 menurut
akan dianggap melawan.
Orang2 yang berfikir biasa2 sahaja pun
akan dilabel sebagai overthinker.
Berfikir level biasa2 sahaja pun
akan dihukum sebagai overthinking.
Orang2 yang kurang mahu berfikir,
itulah akan diuar2kan sebagai goodthinker.
Berfikir level bawah2 sahaja itu
akan dipromosikan sebagai goodthinking.
Pak Din suka dipandang
sebagai goodthinker yang punya goodthinking.
Asakan dan tekanan dari pelbagai arah ini
akan membuatkan banyak manusia
termasuk Pak Din, Pak Man dan Pak Lan
akhirnya menerimanya
sebagai suatu norma baharu
yang normal lagi tidak asing.
Robot yang usaha dimanusiakan ada,
manusia yang usaha dirobotkan pun ada,
kerana kedua2nya sangat berkesan
sebagai penurut.
Manusia hendak cari
imam solat berjemaah, saksi mahkamah dan qadhi nikah
pun tidak tenang
kerana syarat2nya masih dipertimbang.
Tapi Pak Din memang suka hati
kerana isterinya tetap muda belia
walau sudah 40 tahun dinikahi.
Cuma Pak Din yang lambat sedikit tua
tetapi tetap tua.
Tu yang tak sedar diri.
Yang terkilannya Pak Din kerana si isteri -
ada akal tetapi tiada hati,
ada patuh tetapi tiada cinta,
ada amalan tapi tiada sebenar2 agama.
Pak Lan tak kurang teruja.
Pergi ke konsert menyaksikan
legend2 "hidup kembali" di depan mata.
Sepentas adanya John Lennon, Jimmy Hendrix,
Randy Rhoads, Cliff Burton dan Scott Columbus.
Sebijik rupa, suara, kebolehan dan gerak gaya.
Yang penting - seronok.
Manfaat mudarat - biar je la.
Zaman akhir...
batu, kayu, besi, plastik, silikon,
semua bersuara.
Filem Space 2099 masih dalam pembikinan
dan Pak Din hanya pelakon tambahan.
Jangan beria2 sangat Pak Din.
Filem fiksyen rekaan Pengarah Man je tu.
Pak Man selaku pengarah pun berlakon sekali.
Yang pasti, akan kalah Space 1999.
6/5/23
No comments:
Post a Comment