Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

Wednesday, April 22, 2026

Dengan Izin-Nya Boleh Selesai atau Berkurang

 

Sedikit perkongsian pengalaman sepanjang aktif dalam perubatan Islam/ Nabawi (2005 – Mac 2022) dulu. Ada sebilangan orang yang walaupun jumlahnya tidaklah banyak, masalah kesihatan atau masalah gangguan mereka yang umumnya memang berat tidak terubat, tidak terawat, tidak terikhtiar lagi sudah, dan tidak terselesai - tiba2 pulih secara yang tidak disangka2 hasil gabungan tindakan2 berikut :

i.                    taubat bersungguh2

ii.                   pengakuan salah silap dan dosa

iii.                 permohonan maaf

iv.                 dan usaha gigih membuat pembetulan atau penggantian.

 

Memanglah jarang2 berlaku tetapi tidak sedikit yang pernah disaksikan sendiri. Maka jika sudah lama buntu atau masalah2 berkaitan tetap tidak berkurang, mujahadahlah buat empat perkara di atas (jika dapat dibuat sedari awal lagilah bagus). Manalah tahukan jika ada rezeki, hilang atau berkuranglah masalah. Allah sebenar2 Penyembuh dan Penghilang masalah2. Jika Dia berkenan, walau tanpa ubat, tanpa rawatan, tanpa perawat, tanpa bahan, tanpa alat, tanpa senaman pun boleh selesai.

 

Namun begitu usaha ini tetap ada penghalang dan penggangunya berupa bisikan/hasutan syaitan, tidak yakin atau kurang yakin, malas, tidak mahu berkorban, ego tinggi, malu tidak bertempat dsb.

 

21/4/26

Friday, April 10, 2026

Semangat Hangat2 Tahi Ayam

 

Sebelum bermula sesuatu cabaran besar, sangat ramai yang bersemangat berapi2 kerana umumnya untuk bersemangat berapi2 itu tidak memerlukan pengobanan. Tetapi apabila tiba masanya cabaran sampai, sangat banyak yang tersaring kerana hilang atau lemah segala semangat kerana ketika itu sudah tiba waktu untuk berkorban.

 

Yang bersemangat untuk berjuang itu banyak adanya, tetapi yang benar2 sanggup berjuang setelah medan perjuangan tiba itu sedikit cuma. Sejarah yang berlaku kepada kaum Bani He’s ro hell pada zaman Nabi Musa dan selepas doa Nabi Samuel ini sudah banyak kali berulang kepada umat2 lain. Sama sahaja keadaannya.

 

Umumnya medan perjuangan ini “sangat gelap” kerana ia fitnah terbesar dalam sejarah uamt manusia. Ia tidak “jelas2” macam medan2 yang biasa diketahui sebelum2 ini tetapi masih ramai yang menyangkakan begitu. Sebab itulah ia fitnah terbesar dalam sejarah dan paling ramai orang akan gagal. Api disangka air, That jal disangka hero penyelamat, syaitan disangka malaikat, penjahat disangka ulama, sedang kalah disangka sedang menang, sedang terpedaya disangka sedang dalam kebenaran, sedang diberi rugi disangka sedang diberi untung, mudarat disangka manfaat, jerat disangka peluang, “controlled” disangka diberi kebebasan, racun disangka ubat penawar, dsb.

 

Belajar ilmu tungku aqidah tidak bererti kita pasti 100% akan selamat dalam hal ehwal aqidah tetapi Allah dan Rasul suka, serta peluang untuk terselamat adalah lebih cerah. Belajar ilmu tungku as-sa’ah tidak bererti kita pasti 100% akan terselamat dalam hal ehwal akhir zamna, zaman akhir, zaman fitnah dan awal zaman akhirat, tetapi Allah dan Rasul suka serta peluang untuk terselamat adalah lebih cerah. Begitu juga halnya dalam tungku al-islam dan tungku al-ihsan, daripada empat tungku fardhu agama.

 

-          Petikan daripada pengisian ilmu as-sa’ah, 9 April 2026

 

9/4/26

Saturday, April 4, 2026

Amalan Agar Hujan Diturunkan

 

Pertanyaan : Ada tak amalan yang khas agar hujan turun ketika cuaca panas seperti sekarang?

 

Jawapannya : Buatlah amalan2 sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Itu lebih utama. Cuma sekiranya mahukan amalan tambahan daripada Tariqah Ghazaliyah, bolehlah melaksanakannya sebagaimana amalan ringkas di bawah ini.

 

Bacaannya :

1.      Bacaan ke-5 dalam 10 Bacaan Harian Tariqah Ghazaliyah : Istighfar (sekurang2nya sekali).

2.      Bacaan ke-6 dalam 10 Bacaan Harian Tariqah Ghazaliyah : “Allahumma lamani’alima a’taita wala mu’tialimana’ta walayanfa’u dzal jaddi min kal jad.” (sekurang2nya sekali).

3.      Lafazkan nama Allah di dalam qalbu berterusan dan jirus sebagaimana biasa akan pokok2 tanaman (sayur, herba, bunga dsb) yang ada di rumah atau di tepi2 rumah. Dalam masa yang sama, jangan kedekut, jirus seimbas lalu ke serata rumput dan tanah di tepi2 rumah. Jirus juga sekadar seimbas lalu kaki lima dan kawasan bersimen atau yang seumpama dengannya. Dari satu sudut, seolah2 kita beri minum kepada segala haiwan dan tumbuhan di sekitar itu. Zaman dulu2, amalan ini dibuat sekampung. Jika berpeluang, kita ajak orang2 lain di kawasan petempatan kita agar masing2 buat sama.

 

Nama Allah yang dimaksudkan ialah nama Dzat-Nya iaitu Allah. Lafaz ini yang sangat dianjurkan. Maka lafazkanlah sama ada di mulut, di qalbu, atau pada kedua2nya serentak secara berterusan. Jika mahu mengunakan “nama gelaran” bagi Allah seperti Al-Ghaniy, Ar-Rahman, Ar-Rahim atau nama2 lain juga boleh.

 

Bolehkah amalan ini dimulakan dengan Dua Kalimah Syahadah dan selawat?

Boleh, malah sangat bagus.

 

Peringatan - Amalan ini dilakukan apabila hati kita terasa sudah tiba masanya untuk dilakukan. Ia bukan suka-suka hati untuk kita lakukan setiap hari atau pada bila2 masa yang kita mahu. Ertinya amalan ini dilakukan setelah panas dan kering berhari2, atau memang pada musim kemarau.

 

Peringatan - Apabila hujan ada turun walaupun sangat sedikit, jangan dibuat amalan ini pada hari yang seterusnya. Biarlah berselang sehari. Kemudian baru disambung buat. Jika tidak, berdasarkan pengalaman para pengamal, akan berlaku banjir besar lagi mengejut dalam masa terdekat yang akan menyusahkan banyak orang.

 

Peringatan - Sekiranya hujan tidak turun, bolehlah diteruskan amalan ini pada setiap hari. Biasanya dalam masa tiga hari, hujan akan turun. Cuma sikit atau banyak sahaja. Ingat semula, jika ada hujan turun walau sangat sedikit, jangan disambung amalan ini pada keesokan harinya. Kita ditarbiyah agar kuat bersyukur, tidak tamak dan banyak bersabar.

 

Peringatan - Kadang2 kita tidak sedar bahawa hujan ada turun dalam jumlah yang sedikit. Boleh jadi ia berlaku ketika kita sedang tidur. Maka untuk mengelakkan terlepas pandang sebegini, dianjurkan buat amalan ini 3 hari sahaja. Selepas 3 hari, berhenti sehari. Kemudian baru dibuat semula selama 3 hari lagi. Wallahua’lam.

 

Ikhlaskan hati dan niat, insya-Allah manfaat.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

17/3/26