Thursday, May 4, 2023

10 Tazkirah Pendek Jugak

 

1. Untuk mendapatkan sebenar2 kebahagiaan jiwa dalam rumahtangga, tidak cukup dengan tahu pasangan atau suka pasangan, tetapi kenalah sampai ke maqam cinta pasangan.

Untuk mendapatkan sebenar2 kebahagiaan jiwa dengan Allah, tidak cukup sekadar tahu Allah atau suka Allah, tetapi kenalah sampai ke maqam cinta Allah.


2. Sebelum tahu sebenar cerita, kita mungkin tersilap sangka. Setelah tahu , barulah afaham sebenar perkara.


3. Umumnya jika mahu laduni mendarat, tapak pendaratannya kena disediakan lebih dahulu dan tapaknya bukan sebarangan tapak.


4. Musuh tak suka jika kita tak panik kerana panik itu senjata mereka yang sangat terbukti berkesan. Mereka hantar panik dulu, baru ambil untung.


5. Pernah alami tak? Orang "tampar" muka kita sudah berkali-kali tapi kita diam sahaja. Tapi suatu ketika, kita baru balas sekali sahaja tamparan dia, dia punya kecoh satu dunia! 


6. Umat sudah terlalu menjauh daripada Imam al-Ghazali. Sebab itulah sangat sukar untuk umat kembali kepada ajarannya.


7. Antara TAKUT UNTUK BERUSAHA atau GAGAL DALAM BERUSAHA, takut berusaha lebih banyak membunuh impian berbanding gagal dalam berusaha.


8. Tak mahu malu, tak mahu salah, tak mahu goyah, tak mahu kalah -

elakkan pertahan hal2 yang kita tidak pasti, yang tidak kukuh, tidak cukup kuat. 


9. Berani dalam kebenaran itu tidak menjanjikan bahagia, selesa dan disuka di dunia (bahkan mungkin akan derita, tiada selesa dan dikata sebagaimana sebahagian para nabi dan wali) tetapi insya-Allah di sana... "di hadapan-Nya". Yakin dan sabar - itulah dua sayapnya.


10. Ilmu2 pelihara tubuh & aqal sangat banyak orang minat. Ilmu2 pelihara qalbu yang kurang sikit orang minat.


No comments: