Friday, May 8, 2026

Pengijazahan Tarekat Ghazaliyah Selepas Ini

 

Pertanyaan : Ustaz, saya tak dapat hadir pada tarikh tersebut. Bolehkah saya hadir pada tarikh yang akan datang dan bilakah tarikh akan datang?

 

Jawapannya : Tentu sahaja boleh. Cuma tarikhnya itu pada tahun hadapan kerana kami buka pengijazahan dan buka pertemuan (kepada selain ikhwah Tarekat Ghazaliyah) hanya sekali setahun. Tahun lepas merupakan kali/ tahun terakhir saya mengijazahkan Tariqah Ghazaliyah. Mulai tahun ini pengijazahan sekali setahun ini akan dilakukan oleh Ustaz Dzul al-Ghazali. Tahun ini juga merupakan kali/ tahun terakhir saya memberikan penerangan. Mulai tahun depan, Dzul al-Ghazali akan melaksanakan keseluruhan proses.

 

Namun tuan boleh sahaja pada sepanjang tahun pada bila2 masa mengambil Tariqah Ghazaliyah ini daripada wakil2 saya (mengikut kelapangan waktu mereka) iaitu Tuan Abu Ihsan di Pahang, Ustadz Hasbullah di Sumatera, atau Tuan Abu Azri di Filipina. Jika hendak menunggu saya dan Dzul Ghazali juga, setahun sekali sahajalah.

 

5/6/26

Usaha Secara Berjemaah Juga

 

Banyak orang hendak capai maqam2 selepas ma’rifatullah (awwal ad-diin), mahu mendapatkan kelazatan dan kekhusyukan dalam hubungan dengan Allah, dan beroleh keadaan selalu tenangan dan tenteram, tetapi banyak yang tidak sanggup untuk istiqamah, mudah lemah daya usaha, dan terhimpit dalam kesibukan urusan2 keduniaan. Sebenarnya bukan tidak dapat, cuma kurang berusaha secara berjemaah. 4S (4 orang sahabat paling utama dan sahabat2 utama yang lain) pun banyak berusaha secara berjemaah. Apatah lagi kita yang imannya senipis kulit bawang berbanding 4S.

 

5/6/26

Monday, May 4, 2026

Pengijazahan Tarekat Ghazaliyah 2026

 

Update dari Fb Tarekat Ghazaliyah :

20/ 4 : Majlis penerangan & pengijazahan Trkt Ghazaliah bg tahun 2026/1447H akan dibuat pd Mei. Tunggu update

21/4 : Lokasi di Taiping

23/4 : Tahun ini ust dzul buka satu sesi shj iaitu sebelah malam selepas maghrib sampai pukul 11 malam. sabtu malam ahad. Tarikhnya belum muktamad

25/4 : ok tarikhnya sudah dipersetujui oleh Pak Long Abu Zulfiqar dan Ustadz Dzul al-Ghazali iaitu pd sabtu 9 mei.