PERTANYAAN : Assalamualaikum ustaz. Baru terbaca satu artikel bab ijazah. Nak amalkan Zikir Harian Imam al-Ghazali yang ustaz bagi dekat fb, wajibkah dapatkan ijazah daripada ustaz?
JAWAPAN : Waalaikumussalam. Tidak wajib. Amalan Zikir Harian Imam al-Ghazali atau Zikir Harian Tarekat Ghazaliyah itu boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang mendapat tahu tentangnya. Ia tidak perlu diijazahkan kerana memang sudah diniat diijazahkan siap2 kepada seluruh umat oleh Imam al-Ghazali dan kesemua pewaris tariqahnya sehinggalah ke hari akhir dunia. Namun jika dapat berijazaah secara berhadapan, hal itu memang amat bagus dan tentunya punya nilai tambahnya.
Kesimpulannya, amalan Zikir Harian itu boleh terus diamalkan.
Abu Zulfiqar a-Amsyari
21/5/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
FB Pak Long Abu Zulfiqar
*Umumnya semua ilmu dan amal Tarekat Ghazaliyah ini bersambungan sanad yakni salasilah zahirnya secara berhadapan dan bertemu tangan (bagi lelaki) daripada seorang murid/guru kepada seorang guru tanpa terputus generasinya ke atas sampailah kepada pengasasnya iaitu Imam al-Ghazali sendiri. Kemudian bersambungan lagi ke atas daripada Imam al-Ghazali melalui beberapa generasi sehingga kepada Rasulullah saw. Sehingga hari ini sudah ada 43 generasi sejak zaman Rasulullah saw. Sahaya merupakan generasi ke-41. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment