Sunday, May 14, 2023

Suami Isteri Kena Ada Tasawuf Rumahtangga

 

ABC : Daku sudah berguru Kitab Nikah (dalam kitab induk Ihya' Ulumuddin) hingga khatam lalu aku pun mendirikan rumahtangga. Tapi suasana rumahtanggaku masih sangat jauh daripada yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dalam Kitab Nikah itu. Rumahtanggaku sering bermasalah, lebih2 lagi dari segi hati kalbu. Di manakah antara puncanya?

XYZ : Antara yang mungkin, adakah pasanganmu juga sudah belajar Kitab Nikah itu?

ABC : Tidak. Pasangangku belum belajar Kitab Nikah sebelum kami mendirikan rumahtangga.

XYZ : Selepas berumahtangga?

ABC : Tidak juga.

XYZ : Adakah engkau sudah menyampaikan pelajaran2 Kitab Nikah itu kepada pasanganmu? Sekiranya engkau mampu, sediakan waktu2 tertentu mengikut jadual lalu engkau sendiri sampaikan kepada pasanganmu akan isi kandungan Kitab Nikah itu walaupun secara ringkas sahaja.

ABC : Aku tidak pandai mengajarkan kitab. Maka aku sekadar sesekali berkongsi sikit, sambil2.

XYZ : Jika begitu, sangat bagus untuk engkau bersama2 pasangamu menonton semula syarahan Kitab Nikah itu melalui internet dari awal sehingga khatam. Sepakati akan masanya dan tonton bersama-sama. Insya-Allah akan merasai perubahannya.


*Memanglah pelbagai masalah akan datang, lebih2 lagi pada kemudian hari jika hanya salah seorang sahaya yang ada ilmu, ada amal, ada faham dan ada sedar. Dalam berumahtangga ini ada fiqhnya, ada usulnya dan ada tasawufnya. Tasawuf berumahtangga ini yang paling kurang diambil berat.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

14/5/23

No comments: