Thursday, May 18, 2023

Murid Fikir Diri, Guru Fikir Semua

 

Berat tanggungjawab guru. Pada syariatnya, selain daripada berusaha dan berikhtiar untuk "menaikkan" diri sendiri "di sisi" Allah, guru juga kena berusaha dan berihtiar untuk membantu "menaikkan" raaamai lagi orang2 di bawahnya. Selain daripada berusaha dan berikhtiar untuk mengelakkan "kejatuhan" diri sendiri "di sisi" Allah, guru juga kena berusaha dan berihtiar untuk membantu mengelakkan "kejatuhan" raaamai lagi orang2 di bawahnya. Senang hati sewaktu kita awal2 jadi murid dahulu, kerana kita hanya perlu sibuk dengan usaha dan ikhtiar untuk diri sendiri sahaja. Baaanyak lapang rasanya waktu itu.


Begitulah. Lagi lama dan lagi tinggi mendaki gunung, lagi berat cabaran perlu diharung.


18/5/23

No comments: