Sunday, May 7, 2023

Teringin Hidup Bagai Pendekar Kung Fu?

 

Seorang anak muda Yunan berkata : Bestnye hidup jadi pendekar2 kung fu zaman dulu2. Berjuang menentang tentera gabenor, warlord, atau maharaja yang zalim, atau tentera penjajah (Jepun) dari luar. Macam dalam filem2 tu. Kalau boleh le, saya nak jadi macam tu. Mengembara ke sana-sini, bertarung dan menang, dihormati dan dikagumi kawan dan lawan... Kan?"


Orang tuanya menjawab : Itu sisi seronoknya wahai anakku. Engkau kena timbang2 juga sisi deritanya. Sebenarnya mana-mana pejuang dulu dan sekarang pun umumnya sama sahaja. Engkau sanggup ke :


1. kena sentiasa hidup dalam mode bertempur 24 jam di mana2 sahaja dan pada bila2 masa sahaja? Sentiasa sedia dan siaga? Engkau sendiri? Banyak lalai, tidur pun banyak, banyak rehat, banyak hiburan, nak kejut bangun pagi pergi sekolah pun liat. Ke mana mode dan siagamu? Musuh datang suap telefonmu sendiri ke mulutmu pun engkau tak terjaga rasanya. Mati tertelan telefon je.


2. kena jaga makan minum, kena berpantang, kena berpuasa, kena berlatih, kena work out jaga stamina berterusan? Engkau? Makan minum ikut nafsu. Lepas makan, nak berjalan laju atau nak melompat tinggi sekaki pun termengah. Nak berguling anak harimau jangan harap le - termuntah kot! Badan dah terdampar lembik macam sloth baru habis makan kenduri kahwin. Buatnya masa tu musuh2 datang menyerang? Nak angkat mata dan tangan pun dah tak larat. Akhirnya hanya boleh berkata, "Lu orang buatlah apa yang rock n roll lu punya suka. Wa surrender."


3. punya ramai musuh yang bila2 masa sahaja boleh mengenakan engkau, mahu memfitnah engkau, menjatuhkan engkau, berniat mencederakan engkau, mahu membunuh engkau? Engkau? Baru seorang dua tak puas hati dengan engkau di media sosial dna di tempat kerja pun hidup engkau sudah tak tentu arah, dah kena stress, tak tahan, mengalah, kena jumpa pakar sakit jiwa. Habih, camno?


4. asyik kena bergerak mengembara atau melarikan diri ke sana-sini sepanjang hayatmu? Asyik berpindah-randah melari, mengelak dan menyemunyikan diri? Tinggal di hutan, gunung, paya, lembah terpencil, pulau terasing? Tidak punya kediaman tetap? Bahkan mungkin tiada rumah pun? Engkau? Asyik duduk dalam rumah main telefon je. Keluar rumah panas sikit pun tak tahan.


5. kena banyak hidup berseorangan atau 2-3 orang sahaja dalam tempoh yang lama ke mana-mana sepanjang hidup? Engkau? Baru kena kawalan pergerakan oleh pemerintah China dengan keluarga pun engkau dah jatuh kemurungan. Itu baru negara buat beberapa bulan je.


6. sangat sukar untuk bertemu dengan orang2 yang engkau sayang? Ibu bapa, anak isteri, kawan2... Mungkin beberapa tahun sekali baru dapat jumpa atau mungkin tak dapat jumpa langsung dah. Engkau? Tak dapat balik sambut Tahun Baru sekali je pun dah macam nak hancur duniamu. Tak dapat jumpa girlfirend seminggu pun dah serabut hidupmu.


7. orang2 terdekat denganmu hidup dalam ketakutan, penindasan, pemulauan, pembunuhan? Kan banyak dalam filem2 tu? Engkau? Anjing peliharaanmu tak sihat sehari pun engkau sudah down gile.


8. hidup sentiasa tak bebas macam orang lain untuk ke kedai2, pasar2, rumah2 ibadat, pesta2, temasya2, hari2 kebesaran, makan angin, membeli-belah, berniaga dan sebagainya? Nak pergi juga kena sembunyi2, curi2, malam2 hari, dalam keadaan takut dan berhati2... Engkau? Tak dapat pergi mall, tak dapat pergi tengok wayang sebulan pun dah kena telan pil penenang. Haiyaa!


9. sangat susah untuk mendapat makanan sedap2, minuman yang lazat2, pakaian yang bagus2, kenderaan yang baik2, perhiasan yang cantik2? Padahal orang2 lain boleh dapat dengan mudah.


10. tidak punya kerjaya dan pendapatan?


11. hidup menanggung kecederaan demi kecederaan dan kesan2 kecederaan berterusan?


12. sangat susah untuk ke kedai ubat, bertemu tabib, mendapatkan rawatan sepanjang hidupmu?


13. jika engkau ada mendapat serba -sedikit kejayaan dalam perjuangan, orang2 di sekelilingmulah yang menikmati kejayaan2 itu sedangkan engkau sendiri masih tetap dalam dunia perjuangan mu dan terus terasing?


14. dipulaukan masyarakat, diwartakan sebagai penjenayah, siap ada ganjaran kepada tukang beri info atau tukang tangkap, tidak dibenarkan orang2 berurusan denganmu?


15. alami nasib sebagaimana sebahagian pejuang? Kan ramai dalam filem2 tu yang terbunuh, cacat, tercedera parah, dipenjara, diseksa, dibuang negeri, dikembiri, hilang begitu sahaja tanpa jejak dan sebagainya?


Begitulah umumnya kehidupan kebanyakan para pejuang yang engkau sebutkan tadi. Dalam filem2 tu pun ada je ditunjukkan. Cuma akal dan hatimu hanya terpandang dan suka bahagian seronoknya, tapi engkau sanggup ke lalui bahagian2 deritanya? Orang2 di sekelilingmu hidup biasa2 dan gembira sedangkan engkau je hidup tak dapat seperti mereka. Engkau sanggup ke?


Engkau berkorban dan berjuang demi dirimu dan orang2 lain, tetapi orang2 itu tidak pun berjuang untukmu. Mereka hanya berusaha meneruskan kehidupan sebagaimana biasa dan berharap agar engkau mendapat kejayaan walaupun sedikit untuk mereka kecapi hasil kejayaan itu. Mereka tak endahkan engkau pun.


Hendak jadi jaguh pendekar terbilang sebagaimana yang engkau maksudkan itu, kenalah sanggup ambil risiko dan sanggup berkorban. Jika tidak, hal itu sekadar angan2, bukan cita2. Dalam filem2 kung fu boleh le. Tapi dalam kehidupan nyata?


Tentera kecil wakil gabebor wilayah datang pun engkau sudah tertunduk rukuk. Tiba2 nanti kalau tentera besar maharaja datang engkau nak berjuang menentang? Lagi sujud ada le. Kalau tentera penjajah Jepun pula yang tiba? Silap2 engkau pula yang daftar jadi salah seorang tentera Maharaja Jepun tu.


Pejuang2 sebagaimana dalam filem2 yang itu umumnya hidup memang tidak sesenang orang2 lain. Maka berguru, belajar dan praktikkan dalam hidup akan jalan akal dan hatimu mulai saat ini juga tak kira ia Tao, Kung Fu Tze, Buddha atau sebagainya. Berguru, belajar dan praktikkan dalam hidup akan jalan jasmanimu mulai saat ini juga tak kira ia Hung Gar, Baiji Quan, Choy Li Fut, Wing Chun atau sebagainya. Bukannya belajar, belajar, belajar tapi tak praktik2. Ibarat kisah petani miskin yang mengumpul dan menyembunyikan berpeti2 duit emas sepanjang hidupnya di dalam tanah tetapi tidak pernah membelanjakannya walau sekali lalu terus hidup papa kedana dan asyik tidak sihat sampailah ke mati.


7/5/23

No comments: