AYAT
AL-QURAN 1
Allah
SWT berfirman : "Dia
(Allah) tidak dipersoal tentang apa yang Dia lakukan, tetapi
MEREKALAH (kitalah)
YANG AKAN DIPERSOAL (di akhirat kelak tentang apa yang kita
lakukan)."
(Al-Anbiya'
: 23)
HURAIANNYA
1.
Pekerjaan Allah (wilayah hakikat) tidak akan dipersoal dan haram kita
persoalkan. Kita hanya wajib terima,
percaya
dan berdiam sahaja.
Tidak
boleh kita
bersibuk2 dengan wilayah kerja-Nya.
2.
Yang WAJIB
KITA BERSIBUK-SIBUK
adalah tentang wilayah kerja kita (wilayah syariat). Wilayah kerja
kita ini PASTI akan
dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah.
Ada usaha dan ikhtiar kita? Sekuat mana usaha dan ikhtiar kita?
Ikhlaskah usaha dan ikhtiar kita itu? Benarkah
atau
batilkah
apa yang kita usaha dan ikhtiarkan itu? Berterusankah
usaha dan
ikhtiar kita itu? Dan
sebagainya.
AYAT
AL-QURAN 2
Allah
SWT berfirman : "Dan
sekiranya Allah mahu,
nescaya Dia menjadikan
kamu satu umat (sahaja), tetapi Dia menyesatkan sesiapa yang Dia
kehendaki
dan (Dia) memberikan
petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tetapi, KAMU PASTI AKAN
DIPERSOAL TENTANG APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN."
(An-Nahl : 93)
HURAIANNYA
1.
Dari segi hakikatnya (wilayah pekerjaan Allah), Dia yang menyesatkan
atau memberikan petunjuk. Ikut
Dia, kerana itu rahsia-Nya. Pekerjaan
Allah (wilayah hakikat) tidak akan dipersoal dan haram kita
persoalkan. Kita hanya wajib terima,
percaya
dan berdiam sahaja.
Tidak
boleh kita
bersibuk2 dengan wilayah kerja-Nya.
2.
Dari segi syariatnya (wilayah kerja kita), semua
yang kita lakukan PASTI akan
dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah.
Kita wajib bersibuk2 pada wilayah kerja kita ini.
Ada
usaha dan ikhtiar kita? Sekuat mana usaha dan ikhtiar kita? Ikhlaskah
usaha dan ikhtiar kita itu? Benarkah
atau
batilkah
apa yang kita usaha dan ikhtiarkan itu? Berterusankah
usaha dan
ikhtiar kita itu?
Dan
sebagainya.
CONTOH-CONTOH
PERMASALAHAN
Contoh
1 : Untuk Golongan yang Berfahaman Jabbariyah
Dakwaan
mereka : "Allah yang tentukan aku masuk syurga
ke neraka ke. Kalau aku tak solat, tapi Dia dan tentukan aku
ahli syurga, aku tetap akan masuk syurga jugak. Kalau
kamu solat tungging-terbalik pun tapi Dia dah
tentukan kamu ahli neraka, akan tetap ke
neraka jugak. Allah berkuasa, makhluk tak ada
apa-apa."
(*Sebenarnya
orang sebegini tidak mahu melaksanakan perintah2 Allah yang tertentu,
atau kerana dia mahu melanggar larangan2 Allah yang tertentu. Maka
dibuatnyalah alasan penyedap hati agar berasa dirinya sedang diredhai
Allah)
Jawapan
: Betul, tapi itu wilayah kerja Dia. Pekerjaan Allah (wilayah
hakikat) tidak akan dipersoal dan haram kita persoalkan. Kita hanya
wajib percaya, terima dan berdiam sahaja. Tidak boleh kita bersibuk2
dengan wilayah kerja-Nya. Yang WAJIB KITA BERSIBUK-SIBUK adalah
tentang wilayah kerja kita (wilayah syariat). Wilayah kerja kita ini
PASTI akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah.
Dia dah janji.
Ada
usaha dan ikhtiar kita? Sekuat mana usaha dan ikhtiar kita? Ikhlaskah
usaha dan ikhtiar kita itu? Benarkah atau batilkah apa yang kita
usaha dan ikhtiarkan itu? Berterusankah usaha dan ikhtiar kita itu?
Dan sebagainya.
Contoh
2 : Untuk Golongan yang Malas, Mahu Bermudah2, Mahu Bersenang2
Dakwaan
: Tak payah nak fikir banyak2. Kita serah je kepada Allah.
Tawakkal je. Dia Maha Mengetahui.
(Sebenarnya
orang jenis ini malas untuk berusaha dan berikhtiar. Mereka mahu yang
mudah2 sahaja, yang senang2 sahaja, yang cepat2 sahaja. Maka
dibuatnya hujah penyedap hati berlapikkan keagamaan agar dia berasa
lebih yakin bahawa usaha dan ikhtiarnya yang sedikit itu sudah
menyelamatkannya daripada murka Allah)
Jawapan
: Pekerjaan Allah (wilayah hakikat) tidak akan dipersoal dan haram
kita persoalkan. Kita hanya wajib percaya, terima dan berdiam sahaja.
Tidak boleh kita bersibuk2 dengan wilayah kerja-Nya. Orang
arifbillah, orang yang dah capai ma'rifah dah tentu lebih maklum akan
hal ini. Yang WAJIB KITA BERSIBUK-SIBUK adalah tentang wilayah kerja
kita (wilayah syariat). Wilayah kerja kita ini PASTI akan dipersoal
dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah. Allah dah janji.
Ada
usaha dan ikhtiar kita? Sekuat mana usaha dan ikhtiar kita? Ikhlaskah
usaha dan ikhtiar kita itu? Benarkah atau batilkah apa yang kita
usaha dan ikhtiarkan itu? Berterusankah usaha dan ikhtiar kita itu?
Dan sebagainya.
KESIMPULANNYA
Banyak
manusia suka bersibuk2 dengan wilayah yang diharamkan kepada mereka
untuk bersibuk2 dengannya iaitu wilayah pekerjaan Allah (wilayah
hakikat). Padahal mereka tidak akan dipersoalkan dan diminta
pertanggungjawaban pun oleh Allah tentang pekerjaan2 wilayah hakikat
itu. Mereka hanya perlu terima, percaya dan berdiam sahaja.
Sebaliknya
manusia mengabaikan atau
melemahkan pula
pekerjaan2
pada wilayah syariat yang pasti
akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya
oleh Allah itu.
Mereka mahu menutup kesalahan atau
kelemahan mereka dengan MENUNGGANG
AGAMA atau lebih khusus lagi MENUNGGANG PEKERJAAN ALLAH (WILAYAH
HAKIKAT).
Maka,
kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa semua yang berlakau pada
hakikatnya adalah kerja Allah dan kehendak Allah, DAN dalam masa
yang
sama kita berterusan berusaha dan berikhtiar dengan SANGAT
GIGIH.
Beginilah pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
5/8/22