Kisah raya lagi. Ada orang yang ditemui bercerita... Ada segelintir imam2 solat terawih yang sewaktu membaca surah, panjang2 bacaannya dan lambat2 pula sebutannya. Jenoh makmum berdiri lama. Hal ini membuatkan ada makmum yang sudah berusia dan yang punya masalah kesihatan tertentu sampai bergetar2 kakinya. Kemudian apabila berpindah perbuatan ke rukuk, iktidal, sujud sampailah ke bangun berdiri daripada sujud, bukan main laju pula pergerakannya sampaikan tak terkejar oleh makmum yang sudah berusia dan yang punya masalah kesihatan tadi. Sewaktu membaca surah, kelajuannya 30 km/j tetapi apabila berubah ke gerak2 yang lain, terus laju macam 180 km/j. Setelah naik berdiri semula, kembali ke 30 km/j. Jauh daripada lebih kurang sekata. Berdegup-degap kencang jantung kawan.
Sepatutnya panjang surah dan kelajuan sebutan itu disederhanakan. Maka masa berdiri juga akan jadi sederhana. Kemudian sewaktu berpindah dari gerak ke gerak itu, sederhanakan juga kelajuannya. Tok imam yang masih muda, masih kuat atau yang masih sihat wal afiat, atau ketiga2nya sekali itu kenalah ambil kira akan orang2 di belakang. Tak semua orang di belakang itu yang masih muda, masih kuat dan masih sihat wal afiat.
Betul juga keluhan orang itu. Makmum dah suarakan dan memang ada perubahan. Bagus jika dapat kelajuan lebih kurang sekata. Salah satu contohnya, antara 90 ke 110 km/j sahaja, lebih kurang sekata. Selesalah orang2 yang mengikut. Wallahua'lam.
*Kelajuan km/j dalam penulisan di atas hanyalah untuk menggambarkan kelajuan dan keperlahanannya sahaja, bukan betul2 selaju itu.
1/5/23
No comments:
Post a Comment