Friday, May 19, 2023

Kita Ikut Ulama Akhirat

 

Kita ikut ulama akhirat atau ulama keakhiratan. Jangan ikut ulama dunia atau ulama keduniaan. Ikut ulama akhirat, insya-Allah kita akan dapat dunia dan akhirat. Ikut ulama dunia, kita mungkin dapat dunia tapi kemungkinan besar kita akan terlepas akhirat. Jika ulama dunia pun jangan kita ikut, apatah lagi orang2 dunia (yang bukan ulama). Lagilah jangan kita ikut.


Kita ikut ulama akhirat, jangan ikut ulama suk. Ulama suk itu orang2 yang banyak ilmu agama (mungkin ada gelaran, ada kelulusan, ada jawatan dll) tetapi buat kejahatan dan kuat sifat2 mazmumahnya. Biasa juga orang sebut sebagai ulama jahat. Jika ulama jahat pun tidak boleh diikut, apatah lagi orang2 yang bukan ulama tapi suk (jahat). Lagilah jangan diikut.


Ciri2 ulama akhirat ini ada Imam al-Ghazali huraikan dalam kitabnya Ihya' 'Ulumuddin. Dari situ, ciri2 ulama dunia juga kita boleh tahu kerana ia hanya keterbalikan daripada ciri2 ulama akhirat itu. Mintalah tuan2 guru/ustaz2/ustazah2 yang mengajar di sekitar tempat kita untuk tolong syarahkan daripada kitab induk Ihya' ini dalam pengajian mereka. Tetapi biasanya banyak orang akan cuba mengelak daripada mensyarahkan bahagian itu kerana sebahgaiannya memang kena pada diri mereka.


19/5/23

No comments: