Sunday, May 14, 2023

Solat Hajat untuk Dimudahkan Jodoh

 

Pertanyaan oleh SM : "Assalamualaikum tuan. Makcik nak minta ustaz tunjuk ajar cara yang paling terbaik solat hajat supaya Allah swt memudahkan jodoh anak perempuan makcik yang sekarang umurnya 34 tahun. Makcik berterima kasih banyak2 kiranya ustaz dapat membantu."


Jawapannya : Waalaikumussalam. Cara solat hajat yang saya amalkan ini biasa lagi ringkas sahaja dan mungkinlah bukan yang terbaik di sisi Allah. Jadi saya sekadar kongsikan caranya, mudah-mudahan dimaqbulkan oleh Allah SWT.


Sebelum solat :

1. Ucapkan dua kalimah syahadah.

2. Berselawat ke atas nabi saw.

3. Beristighfar 3 kali mohon Allah ampunkan segala dosa2 kita.


Amalan solatnya :

1. Solatnya dua rakaat sahaja. Umumnya sama macam solat2 sunat dua rakaat yang lain.

2. Antara contoh niatnya : "Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala." Niat ini boleh dilafazkan pada mulut atau pada hati. Jika dapat dilintaskan sahaja dalam hati pun sudah mencukupi.

3. Pada rakaat pertama, baca surah Al-Fatihah dan sebarang surah yang lain. Pada rakaat yang kedua pun sama. Jika dibaca surah Al-Fatihah sahaja tanpa surah2 lain pun tidak mengapa.

4. Pada sujud yang terakhir, lafazkan di dalam hati niat yang dihajati. Contohnya : "Ya Allah, sampaikanlah jodoh anakku. Ya Rahman, sampaikanlah jodoh anakku. Ya Rahim, sampaikanlah jodoh anakku."


Selepas solat :

Bacalah doa2 yang biasa kita baca dan selitkan doa dalam sujud tadi. Contohnya tadi : "Ya Allah, sampaikanlah jodoh anakku. Ya Rahman, sampaikanlah jodoh anakku. Ya Rahim, sampaikanlah jodoh anakku."


Itu sahaja. Jika si anak yang melakukannya, katakan : "Ya Allah, sampaikanlah jodohku." Semoga Allah mudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita semua. Wallahua'lam.


14/5/23


No comments: