Saturday, May 27, 2023

Kedudukan Imam al-Ghazali dalam Kewalian

 

Shah Safari : Makcik, di manakah pangkat atau kedudukan Imam al-Ghazali dalam kewalian?


Makcik Ana : Pangkat atau kedudukan yang bagaimana yang dimaksudkan itu?


Shah Safari : Bukankah ada sebahagian orang mengatakan bahawa para wali Allah itu ada yang berkedudukan sebagai qutub, ghaus, abdal dan sebagainya?


Makcik Ana : Oh, yang itu! Menurut mursyid makcik sebagaimana yang didengarnya daripada mursyidnya dulu, sebenarnya Imam al-Ghazali tidak terlibat dengan semua itu walaupun mungkin sebelumnya beliau pernah Allah letakkan pada mana-mana jawatan tersebut. Hanya orang2 kemudian yang menjangka2 dan meletak2kan beliau pada jawatan itu dan ini. Hal ini sedemikian kerana beliau berada pada maqamnya yang tersendiri (sangat khusus). Semua pangkat2 para wali yang disebutkan itu umumnya ada penjawat sebelumnya, ada penjawat semasa, dan ada penjawat yang akan datang - silih berganti. Kedudukan Imam al-Ghazali pula hanya khusus untuk dirinya, tidak didahului oleh sesiapa dan tidak juga diganti oleh sesiapa.


Sebab itulah ada antara ulama2 dahulu kala yang mengatakan bahawa sekiranya dalam kalangan umat Nabi Muhammad saw ini ada lagi kenabian, maka Imam al-Ghazalilah salah seorangnya. Itulah pangkat beliau dalam kewalian. Panjang nama pangkatnya jika mahu dinamakan iaitu : "sekiranya dalam umat Nabi Muhammad saw ini ada lagi kenabian".


Kedudukan sebegini tidak sentiasa ada sebagaimana pangkat2 para wali yang pelbagai gelaran itu. Ada zaman yang tidak ada orang2 seperti ini. Sebagaimana contohnya jika dalam hal kenabian, antara zaman Nabi Ismail sehingga zaman Rasulullah saw, lebih 1000 tahun tidak ada nabi kepada penduduk Hijjaz. Sedangkan dalam kalangan Bani Israil, kadang2 ada beberapa orang nabi yang hidup sezaman.


Selain Imam al-Ghazali, antara orang2 yang dipercayai turut berada pada kedudukan tadi (tetapi tetap berbeza maqam masing2) ialah Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Uthman, Saiyidina Ali, Huzaifah ibnu Yaman (penyimpan rahsia2 Nabi saw), Saad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah al-Jarrah (pemegang amanah umat), Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Muaz bin Jabal, Hasan al-Basri (orang kata2nya seperti kata2 nabi2), dan Al-Mahdi (Imam Mahdi). Wallahua'lam.


Masih ingat kisah Imam al-Ghazali keluar beruzlah selama 11 tahun? Pencetus utama kepada keluarnya itu tidak lain ialah kerana misinya untuk mencapai suatu maqam yang sudah dapat disaksikannya tetapi belum dapat dicapainya. Beliau begitu gigih berusaha tetapi dengan segala guru, segala pengganti guru2, segala kitab dan segala jalan yang ada pada zamannya itu, tidak akan dapat mencapai hal yang sudah dinampaknya itu. Keadaan tersebut membuatkan beliau lama jatuh sakit misteri yang tiada ubatnya dan tiada tabib doktornya. Badannya terlantar lemah dan mulutnya terkunci tidak boleh berkata2. Sampailah akhirnya beiau mengambil keputusan untuk keluar beruzlah meninggalkan segala-galanya.


Dengan izin Allah SWT, dalam uzlahnya itulah baru beliau berjaya mendapatkan maqam yang didiam-idamkannya itu, lalu beliau pun mengasaskan tariqahnya. Kedudukan itu bukannya qutub, autad, abdal, nujaba' atau sebagainya yang silih berganti tetapi kedudukan itu ialah "sekiranya dalam umat Nabi Muhammad saw ini ada lagi kenabian". Kadang2 Imam al-Ghazali menyebutnya sebagai "hakikat kenabian". Begitulah kisahnya.


Shah Safari : Alhamdulillah. Terima kasih Makcik Ana. Maklumat sebegini sangat berharga buat saya. Memang rezeki sungguh hari ini.


Makcik Ana : Makcik tahulah sikit-sikit. Kalau Shah hendak tahu lebih terperinci, kenalah menghadap tok guru. Nanti tok boleh kaitkan dengan maklumat2 yang ada dalam kitab Imam al-Ghazali seperti Al-Munqiz min adh-Dhalal, Risalah Laduniyah dan dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin sendiri. Makcik ini sekadar belajar2 sahaja.


Shah Safari : Baiklah makcik. Terima kasih lagi. Memang nak kena dapatkan maklumat secara terus daripada orang2 dalam iaitu ahli2 tariq Imam al-Ghazali sendiri. Barulah puas kerana maklumat mereka turun-temurun secara bersanad. Banyak lagi hal2 yang orang luar tidak tahu atau tidak jelas, lalu mereka menyangka2 begitu dan begini. Insya-Allah bulan November nanti saya akan menghadap mursyid secara khusus.


Makcik Ana : Semoga Allah mudahkan segala urusan kita.


27/5/23

 

*Banyak lagi kisah2 Imam al-Ghazali terutamanya dalam tempoh uzlah panjangnya yang masih belum masyhur ke luar melainkan hanya berlegar2 dalam kalangan para pewaris tariqnya. Insya-Allah dari semasa ke semasa akan dikeluarkan mengikut kesesuaian.

 

No comments: