Monday, May 8, 2023

Sebahagian daripada Ilmu yang Empat

 

Ilmu dan dapatan aqal itu 4 tingkatan.

Ilmu dan dapatan qalbu itu juga 4 tingkatan.

Ada maqam awal, maqam pertengahan,

maqam akhir dan maqam kamal.


Ilmu yaqin itu 4 kenaikan.

Ada maqam ilmul yaqin, 'ainul yaqin,

haqqul yaqin dan kamal yaqin.


4 sekawan yang awal itu 4 peringkat.

Ada syariat, tariqat,

haqiqat dan ma'rifat.

Selepas itu 4 sekawan ke kamal itu juga 4 peringkat.

Ada awwal ad-diin (ma'rifah), nisf ad-diin,

akhir ad-diin dan kamal ad-diin.


Martabat maklumat itu 4 tingkatan.

Ada kemungkinan kecil, kemungkinan besar,

pasti dan muktamad.


Pengisi masa lapang itu 4 amalan.

Ada zikir, fikir, tilawah dan doa.


Nama diri juga 4 mi'raaj.

Ada nama biasa, nama ruh, nama pada ar-ruh,

dan nama di sisi Tuan Punya Ruh.


Wali Allah itu 4 bangsa.

Ada wali sahaja, wali yang ulama,

wali yang mujtahid dan wali yang mujaddid.


Yang duduk dalam tarbiah lagi istiqamah,

sedikit demi sedikit ilmu dipindah.

Dibuka menurut kemampuan menadah.

Jika tidak, ruhaninya musnah.


Teruskan dengan Tariqah Ghazaliyah.


8/5/23

No comments: