Rasulullah saw berpesan : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Sekiranya tidak sanggup, hendaklah dengan lisannya (kata-katanya, suaranya). Dan sekiranya tidak sanggup juga, hendaklah dengan hatinya, yang mana itu adalah SELEMAH2 IMAN." (Muslim)
1. KATEGORI PERTAMA : Berusaha dan berikhtiar membuat perubahan dengan "tangan"nya - yakni gigih menggunakan kuasanya SEKIRANYA ADA, pengaruhnya, kedudukannya, jawatannya sekiranya ada, atau bertindak menggunakan anggota badannya, ada gerak kerja, ke sana ke mari, dan sebagainya. Ada yang cuba mengubah, ada yang cuba membantah, ada yang cuba menggagalkan, ada yang cuba melambatkan, ada yang cuba mengurangkan kemungkaran2 itu, dan sebagainya. Yang kuat iman, sederhana iman dan yang lemah iman bercampur-baur dalam kategori ini mengikut keadaan masing-masing. Syabas semua!
2. KATEGORI KEDUA : Berusaha dan berikhtiar membuat perubahan dengan kata-katanya (suaranya) - yakni gigih menggunakan suara (ucapan, syarahan, aduan, ajakan, pujukan, kritikan, bahasan, sembangan), atau kata-kata yang dipindahkan ke dalam bentuk lain (seperti penulisan, audio, video). (Segelintir orang memasukkan penulisan ke dalam kategori pertama tadi iaitu menggunakan "tangan" juga. Wallahua'lam) Ada yang cuba mengubah, ada yang cuba membantah, ada yang cuba menggagalkan, ada yang cuba melambatkan, ada yang cuba mengurangkan kemungkaran2 itu, dan sebagainya. Yang kuat iman, sederhana iman dan yang lemah iman bercampur-baur dalam kategori ini mengikut keadaan masing-masing. Tahniah belaka!
3. KATEGORI KETIGA : Selemah-lemah iman - lebih banyak berdiam, sekadar menolak, atau tidak menyetujui, atau menentang di dalam hati sahaja. Inilah selemah-lemah iman. Umumnya kuat iman, sederhana iman dan lemah iman tidak termasuk di sini.
Lama sudah kita berusaha untuk meningkatkan iman dengan segala susah-payah kita sehari-hari sepanjang hayat, tetapi apalah ertinya jika ternyata berada pada kategori selemah-lemah iman. Inilah antara kerugian yang sangat merugikan.
Perinciannya dalam Kitab Amar Ma'ruf, Nahi Munkar dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali.
Di manakah R4'S? Keimanan mereka luar biasa. Mustahil mereka berada dalam kategori selemah-lemah iman! Kita yang menelusuri jalan mereka, takkanlah hendak melalui jalan selain jalan mereka? Semoga Allah masukkan kita ke dalam golongan yang kuat iman hendaknya sehingga ke hujung nyawa.
R4'S
R = Rasululah saw
4 = Empat sahabat paling utama
S = Sahabat2 utama yang lain
7/5/23
No comments:
Post a Comment