Banyak manusia sekarang tindakan dan keputusan mereka memang sangat cepat (terburu2 tahap kurang sangat mempertimbang) . Sebab itu kita yang ada sedar kena banyak bersabar (dan tentunya ada bahagian2 yang kita kena berkorban). Emosi mereka sangat tidak stabil. Makan minum (dan apa jua) yang masuk ke dalam badan kita berperanan membentuk jiwa dan emosi. Maka berhati2lah. Selalu juga berlaku di mana kita yang "menyantau" diri kita sendiri tetapi apabila timbul kesannya, kita lebih banyak menyalahkan orang2 lain dan hal2 lain.
Pada sepanjang musim perayaan ini, macam2 masalah orang2 yang dihidangkan. Dulu2 memang ada juga tetapi tidaklah sebanyak ini. Kita curi2 tengok orang2 yang menghadapi masalah ini akan warna wajah, dalaman bola mata, lidah dan tapak tangan, sedikit-sebanyak kita maklum bahawa sebenarnya mereka "kurang sihat" walaupun mereka tidak sedar yang mereka "kurang sihat" atau mereka sedar tetapi menunjuk2kan yang mereka sihat.
Apa antara bukti mudah bahawa benda2 yang masuk ke dalam tubuh memang mempengaruhi jiwa dan emosi manusia?
Masuk makanan pedas berapi, lain jadinya.
Masuk yang manis2 dan sejuk2, lain jadinya.
Masuk ganja, lain jadinya.
Masuk arak, lain jadinya.
Masuk syabu, lain jadinya.
Masuk pil tidur, lain jadinya.
Masuk fit, lain jadinya.
Jadi, ambil berat dan sangat berhati2lah. Kita usaha dan ikhtiar dengan gigih untuk selamatkan diri kita, dan kita usaha dan ikhtiar dengan gigih untuk selamatkan diri2 yang lain juga. Kadang2 dengan berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk selamatkan orang2 lain itu juga Allah jadikan jalan di luar daripada adat kepada kesembuhan masalah2 kesihatan kita. Sudah banyak yang pernah disaksikan.
1/5/23
No comments:
Post a Comment