Thursday, May 4, 2023

10 Tazkirah Pendek

 

1. Ringkasnya tidak semua fitnah terhadap kita berjaya kita luruskan ceritanya. Sabar, Allah tolong. Jika tidak di dunia, di akhirat pasti.


2. Yang nak jatuhkan kita itu ramai. Tapi itu sebenarnya membuatkan kita mendaki lebih tinggi.


3. Kita tersilap lalu merendah kepada Allah dan menyesal - sangat bagus. Kita tersilap lalu macam biasa2 shaja kepada Allah dan tak ada rasa sesal pun - berbahaya!


4. Tidak cukup sekadar mengumpul ilmu dan mengumpul tahu, tapi mestilah disertai dengan tindak laku.


5. Orang lebih suka duduk belajar untuk tambah maklumat, tapi kurang yang mahu bangun amalkan yang dipelajari dan berbuat.


6. Keindahan dan kenikmatan tasawuf, sufi & tariqah ini akan mula dapat dinikmati apabila kita mempelajarinya LALU mengamalkannya. Keindahan dan kenikmatan itu akan berkali ganda dapatnya apabila kita MENGHAYATINYA.


7.Buat kebaikan dengan orang, mereka tak kenang atau balas pun nanti? Tak mengapa! Teruskan buat! Kita buat kerana Allah.


8. Selepas era PKP nampak banyak anggota masyarakat sangat bersungguh2 berhibur & berpesta, seolah2 melepaskan geram yang terpendam lama


9. Hakikat bukan untuk ditunggang-tunggangi tetapi untuk diimani. Usaha dan ikhtiar tetap kena gigih.


10. Rasulullah saw sendiri berguru dengan Jibril. Raja2 para wali iaitu para sahabat r.hum sendiri berguru. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali sendiri berguru. Tiba2 engkau tidak berguru?


No comments: