Showing posts with label KENANGAN LALU. Show all posts
Showing posts with label KENANGAN LALU. Show all posts

Thursday, September 3, 2026

Dapat 6 Sanad Tarekat Ghazaliyah

 

Dengan ketentuan Allah ‘Azza wa Jalla, saya mendapat sanad2 Tariqah Ghazaliyah ini pada tahun 1997, yakni hampir 30 tahun yang lalu. Ertinya hampir 30 tahun jugalah saya mengamalkan Tariqah Ghazaliyah secara rasminya. Sanad ini saya peroleh sewaktu mengambil TG daripada syaikh saya, guru saya, mursyid saya - iaitu Tuan Guru Muhammad Soleh bin ‘Abdur Rahman al-Ghazali.

 

Pada hari pertama saya diijazahkan dan berbai’ah Tariqah Ghazaliyah, disampaikan dua sanad. Beberapa lama kemudian, disampaikan pula empat sanad lagi. Maka ada enam sanad kesemuanya. Dan seterusnya perincian sanad2 ini disampaikan dari semasa ke semasa di sepanjang tarbiyah Tariqah Ghazlaiyah dengan mursyid saya itu.

 

Orang dulu2 sebahagiannya ada banyak sanad sebab mereka ada banyak guru, termasuklah Imam al-Ghazali. Zaman dulu biasanya sanad dihafal sahaja. Mana yang dah dilupa, lupalah. Tapi Tariqah Ghazaliyah ni yang dapat diingat secara berwarisan masih ada 6 sanad.

 

-          Petikan daripada kuliah khas Sanad2 Tariqah Ghazaliyah siri 1

Monday, May 4, 2026

Mengapa Dibuka Setahun Sekali Sahaja?

 

Pesan arwah mursyid sahaya dahulu iaitu Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali pada tahun 1999, selepas 10 tahun Tarekat Ghazaliyah ini disampaikan, sahaya kena buat sekali sahaja majlis penerangan, pengijazahan dan bai’ah Tarekat Ghazaliyah dalam setahun. Antara sebabnya, Tarekat Ghazaliyah ini tidak bermatlamat untuk membanyakkan ahli/ anggota. Lagi sedikit, lagi bagus. Ilmu2 dan amal2nya memang siap2 sudah diniatkan untuk seluruh umat tanpa perlu diijazahkan secara berhadapan dan tanpa perlu berbai’ah. Namun tidak dinafikan bahawa jika dapat diijazahkan secara berhadapan, hal itu adalah sangat bagus. Yang perlu berijazah dan berbai’ah hanyalah orang2 yang bakal disahkan sebagai wakil guru, mu’allim, mursyid atau syaikh tarekat ini.

 

Ibarat amalan wirid lepas solat fardhu yang biasa diamalkan oleh masyarakat di sekeliling kita, sesiapa yang mendapat tahu tentangnya, bolehlah terus diamalkan tanpa bertaraf perlu untuk berijazah dan berbai’ah pun. Amal2 Tarekat Ghazaliyah pun lebih kurang begitulah halnya. Imam al-Ghazali memang bermaksud untuk seluruh umat.

 

Jadi, sahaya buat majlis setahun sekali ini sekadar untuk menjalankan amanah yang dipesan oleh mursyid sahaya dulu sahaja. Jika diikutkan kecenderungan hati, sahaya lebih suka tidak diadakan. Tetapi jika ada orang yang jernih lagi ikhlas hati dan bersungguh2 datang mahu mengambil Tarekat Ghazaliyah, saya terimalah juga. Lagi pun hanya setahun sekali sahaja.

 

4/5/26

Wednesday, April 22, 2026

Dua Jenis Anak Murid

 

Mursyid sahaya dulu memberitahu bahawa apabila kita menjadi guru, kita akan bertemu dengan dua jenis murid iaitu orang2 yang sudah pernah belajar dan orang2 yang belum pernah belajar. Kedua2 kategori murid ini ada kelebihan dan kekurangan masing2.

 

A. Kelebihan & Kekurangan Mentarbiyah Orang2 Yang Sudah Pernah Belajar dan Beramal

 

Antara kelebihannya, cawan mereka sudah sedia terisi sedikit-sebanyak. Maka lebih mudahlah untuk guru dan atasan memperbanyakkan isi kandungan cawan tersebut. Hal ini kerana mereka sudah ada sedikit-sebanyak ilmu, amal, pemahaman, kesedaran dan pengalaman. Guru tidak perlu bermula dari yang betul2 asas, atau jika perlu pun sekejap cuma masanya. Murid2 sebegini boleh terus dibawa dengan agak laju sebaik2 sahaja bermula. Pengetahuan sedia ada dan pengalaman sebelumnya sangat membantu pendakian keruhanian.

 

Namun antara risikonya pula, di dalam cawan itu ada kala sudah terisi atau tercemar dengan benda2 yang salah, yang lemah, atau benda2 benar tetapi yang melemahkan – hasil daripada pelajaran, pengamalan dan pengalaman sebelumnya. Minda dan jiwa mereka sudah kurang atau tidak “fresh”. Biasanya sukar untuk kita “tune” semula menjadi lurus atau jadi berkesan. Mereka sukar untuk dibentuk, dilorongkan dan dimajukan. Sebahagiannya lagi sudah ada yang taksub atau terikat minda dengan hal2 tertentu, pihak2 tertentu atau individu2 tertentu. Maka perjalanan mereka kemudiannya akan jadi lambat pada tempat2 yang tidak sepatutnya terlambat, atau tersangkut pada had tertentu pada tempat2 yang tidak sepatutnya mereka tersangkut. Orang2 sedemikian biasanya akan laju pada awal pendakian, akan jadi lambat pada pertengahan (kerana ada halangan2), dan sangat sukar untuk dibawa atau dilorongkan ke kemuncak.

 

B. Kelebihan & Kekurangan Mentarbiyah Orang2 Yang Belum Pernah Belajar dan Beramal

 

Antara kelebihannya, “cawan” mereka umumnya masih kosong dan belum tercemar. Minda dan jiwa mereka masih “fresh”. Biasanya mereka mudah untuk diluruskan dan dimajukan. Mereka belum terkena taksub atau terikat ketat minda dengan sesuatu atau sesiapa. Maka pendakian mereka akan jadi lancar kemudiannya yakni pada pertengahan dan menuju kemuncak.

 

Antara risikonya pula, guru dan atasan kena mentarbiyah dari asas. Ertinya akan agak lama berada di kaki gunung dan permulaan perjalanan. Hal ini kerana mereka tiada atau kurang pengetahuan, pengamalan, pemahaman, dan pengalaman. Banyak masa kena dikorbankan di kaki gunung. Tetapi pada pertengahan dan menuju kemuncak nanti akan jadi lancar. Satu lagi, sebahagian daripada mereka agak mudah terganggu dengan cerita2 yang wow atau anasir2 luar kerana kurang pengalaman.

 

21/4/26