Sentiasa ada kerajaan2 besar yang berkuasa di barat, tengah, timur dan Nusantara.
Pada abad pertama Masihi, kerajaan Melayu yang berkuasa di Nusantara iaitu kerajaan Funan sebenarnya hidup sezaman dengan Empayar Rom di barat, Empayar Parsi di tengah dan Dinasti Han di timur.
Pada abad ke-9, kerajaan Melayu di Nusantara iaitu Srivijaya sebenarnya sezaman dengan Empayar Byzantine di barat, Daulah Abbasiah di tengah dan Dinasti Tang di timur.
Pada abad ke-14 dan 15 pula, kerajaan Melayu Majapahit dan Melaka di Nusantara adalah sezaman dengan Empayar Turki Uthmaniyah di barat, Dinasti Ming dan Empayar Monggol di timur.
Kerajaan2 besar di Alam Melayu ini bermula sudah sangat lama. Antaranya :
i) kerajaan Melayu Funan - sejak abad pertama Masihi.
ii) kerajaan Melayu Champa - sejak abad ke-2
iii) kerajaan Melayu Kedah Tua - sejak abad ke-5
iv) kerajaan Melayu Gangga Negara - sejak abad ke-6
Ada kajian2 terkini yang menunjukkan tarikh yang lebih awal lagi. Dan itu hanya cerita tentang kerajaan2 besar. Kerajaan2 kecil di Alam Melayu ini bermula sebelum masihi lagi, yakni lebih daripada 2000 tahun yang lalu.
Kesimpulannya :
1. Orang2 Melayu sudah sangat lama berkerajaan di Nusantara.
2. Kerajaan2 Melayu lama itu berdiri sezaman dengan empayar2 besar dunia.
18/5/23
No comments:
Post a Comment