Lancarkan sedutan oksigen 24 jam
dan cukupkan minum air sehari2.
Insya-Allah SUKAR untuk kena mudarat2 haba.
Jika cantik dan lapang sedutan oksigen
tapi tak cukup air,
itu mengundang bahaya.
Jika cukup elok air
tapi tak cukup dan tak elok oksigen,
itu mengundang bahaya juga.
Kelancaran oksigen dan air ini
dua bekal asas lagi utama
kepada pemulihan, kesembuhan dan kelangsungan nyawa.
Umumnya sakit berat yang mana pun, masuk hospital -
oksigen dan airlah yang diberi,
cuba dilancarkan dan cuba dicukupkan.
Namun amalan sebahagian daripada manusia,
sewaktu hidup bebas di luar hospital,
mereka tidak cantikkan kemasukan oksigen
dan tidak cukupkan kemasukan air ke tubuh.
Tetapi apabila dimasukkan ke hospital,
oksigen dan airlah yang utama dicari
dan yang utama juga diberi.
Itu namanya penyakit yang sengaja dicari,
kemudian diubati, kemudian dicari lagi, bersilih ganti.
Apabila perjalanan oksigen dan air tidak cantik,
macam2 penyakitlah akan datang bergolek.
Tetapi biasanya pesakit akan salahkan itu dan ini,
orang itu dan orang ini.
Padahal, akibat amalan harian diri sendiri.
Dalam udara dan air
ada 1,000 khasiat dan penawar yang mengalir.
Biar kita dapat semua
jangan sisakan 200-300 sahaja.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
2/5/23
(Kenangan) Perubatan Ikhtiar Muslim 2005-2022
No comments:
Post a Comment