Orang dahaga air dan lapar nasi. Sudah 3 hari minum air dua tiga teguk sahaja sehari dan makan sesuap nasi sahaja sehari. Maka mereka sangat berharap agar diberikan air dan nasi yang mencukupi.
Pada hari keempat kita pun memberi, tapi bukan air. Kita beri kek seorang sebiji, topi sudu satu, t-shirt sehelai, tiket wayang seorang satu, bateri saiz AA 4 biji, kasut but getah sepasang.... Memanglah semua itu berharga dan bermanfaat, tapi itu bukan perkara2 penting dan yang sedang sangat mereka harap2kan. Orang sedang sangat perlukan air dan nasi, kita berilah air dan nasi, atau sekurang2nya salah satu.
Harapan kita mungkinlah agar pemberian benda2 itu dapat meredakan tuntutan orang tentang keperluan air, atau dilupakan terus. Kita terpaksa beri juga agar dilihat sebagai pemberi dan bukannya gagal memberi, tetapi benda lain yang orang hajati, benda lain pula yang kita beri.
Maka apabila orang2 itu tidak berpuas hati dan bertindak, kita faham2 sahajalah.
16/5/23
No comments:
Post a Comment