Monday, May 15, 2023

Amalan untuk Bermimpi akan Rasulullah saw

 

PERTANYAAN oleh GA@AA : Assalamualaikum tuan. Bagaimana nak menentukan yang kita mimpi bertemu Rasulullah itu adalah benar? Saya tak pernah bermimpi bertemu baginda lagi dan sangat berharap. Adakah amalan zikir atau wirid tertentu untuk diamalkan?


JAWAPANNYA : Waalaikumussalam. Untuk menentukan sama ada yang kita mimpi itu Rasulullah saw atau tidak, antara usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan :

1. kita cuba ceritakan mimpi kita itu kepada orang2 yang kita pandang mereka sebagai boleh dipercayai lagi soleh lalu cuba minta pandangan mereka. Cubalah bertanya kepada 4-5 orang.

2. kita cuba buat solat sunat hajat selama 3 hari berturut2, minta Allah datangkan petunjuk sama ada yang kita mimpikan itu benar2 Rasulullah atau tidak.

3. kita gunakan pengetahuan2 yang kita ada dan gerak hati kita, cuba tafakurkan - sesuai tak sosok yang dalam mimpi itu dengan Rasulullah saw.


Kemudian gabungkan dapatan daripada ketiga2 usaha di atas untuk kita buat pertimbangan yang lebih baik.


Bagi usaha dan ikhtiar jangka panjang pula, kita tambahkan keilmuan dan keagamaan kita serba-sedikit dengan ilmu tafsir mimpi, ilmu tasawuf, ilmu aqidah, ilmu tentang peribadi Rasulullah, ilmu perubatan Islam dan sebagainya. Dengan itu mata akal dan mata hati kita akan lebih cerah berbanding sebelumnya, yang memungkinkan kita dapat menyaring sama ada yang datang itu benar2 Rasulullah atau tidak. Wallahua'lam.


Antara amalan yang sangat bagus yang boleh diusahakan agar direzekikan bermimpi bertemu dengan baginda ialah :

1. banyakkan berselawat ke atas baginda. Lagi banyak lagi bagus.

2. cuba contohi atau tiru kesukaan2 baginda sekalipun yang kecil2 dan yang seni2, sekadar kemampuan kita. Contohnya warna2 kesukaaan baginda, makanan minuman kesukaan baginda, gaya dan gerak laku kesukaan baginda, pakaian dan perhiasan baginda, adab2 tidur baginda, dan sebagainya. Di situ ada "unsur2 penarik" yang seakan2 "magnet jemputan" kepada baginda. (*Kita jangan segan dengan sunnah2nya, insya-Allah baginda pun tak akan segan2 dengan kita)

3. cuba berguru secara khusus akan mana2 juzuk ilmu agama dengan orang2 soleh yang pernah bermimpi bertemu dengan baginda. Jika dapat guru2 yang bersambungan tanpa terputus sanad zahirnya sehingga kepada Rasulullah saw, hal itu adalah lebih bagus. Hal ini kerana kesemua guru2 itu dari satu generasi ke satu generasi masing2 pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw. Seakan-akan ada "genetik mimpi akan Rasulullah" yang diwariskan dari zaman Rasulullah sampailah ke zaman kita ini melalui orang2 tersebut melalui tangan ke tangan, mata ke mata, suara ke suara dan sebagainya. Oleh itu, peluang kita untuk bermimpi akan baginda adalah lebih cerah.

4. buat solat hajat, dan nyatakan hajat kita untuk bermimpi akan Rasulullah saw. Moga2 dikabulkan Allah.

Wallahua'lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

15/5/23 baru dapat dijawab. Soalan ditanyakan pada 15/9/22

Blog Debunga Teratai Syurgawi

FB Pak Long Abu Zulfiqar


No comments: