Tuesday, July 25, 2017

Pertemuan Ahli2 Ihya Ulumudidn dan Tariqah Al-Ghazaliyyah



Insya-Allah pada 29 Julai 2017 (Sabtu) ini akan diadakan buat pertama kalinya majlis pertemuan (perhimpunan ramah mesra) ahli2 kitab Ihya’ ‘Ulumuddin & Tariqah Al-Ghazaliyyah dari serata tanah air di rumah beralamat no. 6, Taman Pinggiran Indah, Sg Nyior, Trong, Perak. Kehadiran tidaklah dimestikan. Ikhwan yang ada kelapangan dan kemampuan pada tarikh dan waktu berkenaan sangatlah dialu-alukan untuk hadir. Semoga dimudahkan Allah segala urusan kita.

*ATUR CARA MAJLIS
- Solat Maghrib.
- Sesi ta’ruf.
- Jamuan makan.
- Solat Isya’
- Jamuan diteruskan & sembang2 kitab Ihya’ ‘Ulumuddin & Tariqah Al-Ghazaliyyah.
- Bersurai.

Cintai Allah, cintai Kitabullah.
Cintai Rasulullah, cintai As-Sunnah.
Cintai diri, cintai ummah.
Cintai ibadah, cintai dakwah.

- Abu Zulfiqar 012-5394892

Monday, July 3, 2017

Inti Kuliah Kitab Ihya Ulumuddin kali ke-221

Alhamdulillah - segala puji-pujian bagi Allah.
Semua pujian yang ada pada hakikatnya adalah untuk Allah, kena pada Allah, tidak kena langsung kepada makhluk.

Yang cantik = Allah
Yang indah = Allah
Yang pemurah = Allah
Yang gagah = Allah
Yang adil = Allah
Yang menawan = Allah
Yang baik budi = Allah
Yang hebat = Alah
Yang berjasa = Allah

dan puji-pujian yang lain, semuanya bagi Allah sahaja.

Pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin kita sudah masuk tahun ke-7, kali yang ke-221.
Sekarang kita syarahkan Kitab Zuhud untuk kali yang ke-18.

Kita bersyukur kerana pada malam bulan Syawal yang mulia ini kita masih dipilih oleh Allah SWT untuk sama-sama memerihakan salah satu daripada taman syurganya di muka bumi Allah ini, bertemu dan berpisah kerana Allah semata-mata. Dalam pelajaran yang lepas, kita sudah memahami betapa besarnya kelebihan bertemu dan berpisah kerana Allah.

Kita bertemu sebegini bukan kerana kita berada dalam satu jemaah agama (ada yang berjemaah dan ada yang tidka menyertai apa-apa jemaah) , bukan kerana kita punya hobi yang sama (hobi kita umumnya lain-lain), bukan kerana kita tinggal sekampung (antara kita datang dari tempat yang berbeza), bukan kerana umur kita sebaya (ada yang berusia dan ada yang muda), bukan kerana sama tempat kerja, bukan kerana kita berada dalam satu parti politik, bukan kerana kita ada hubungan kekeluargaan dan sebagainya, tetapi betul-betul kita bertemu duduk sekali hanya kerana Allah.

Kita baru habis bulan Ramadhan, maka bolehlah kita nilai diri kita masing-masing.
- Masih banyakkah solat-solat sunat kita? Atau masih ADAKAH solat-solat sunat kita?
- Masih banyakkah bacaan Al-Quran kita? Atau masih ADAKAH bacaan Al-Quran kita?

Ramai orang sasarkan untuk baca habis 30 juzuk tetapi langsung tidak membaca terjemahannya. Alangkah lebih baiknya jika kita dapat kurangkan bacaan tetapi kita baca sama terjemahannya. Insya-Allah lebih bermanfaat.



Apabila kita ikut adab-adab maka kita mendapat berkat, ilmu yang kita dapat itu jadi bermanafaat dan memudahkan berlakunya perubahan positif kepada diri.

Antara adab2 pelajar agama menurut Imam Al-Ghazali - Hendaklah berusaha membersihkan hati kerana ilmu agama itu barang yang bersih suci, yang tidak dapat bertempat pada hati yang banyak kotoran.

Antara adab2 pelajar agama menurut Imam Al-Ghazali - Mestilah sanggup berkorban untuk menyediakan ruang masa menuntut ilmu2 agama. Masa untuk belajar ini tidak akan wujud jika kita sendiri tidak berusaha untuk melapangkan waktu untuknya.

Antara adab2 pelajar agama menurut Imam Al-Ghazali - Janganlah kita menyombong diri dengan ilmu yang kita ada dan jangan dengan sengaja menentang guru-guru kita. Antara perlakuan sombong adalah sikap hanya mahu belajar dengan orang-orang yang terkenal sahaja seperti orang-orang yang selalu masuk tv, bertaraf selebriti, ornang yang ada banyak pengikut dan peminat, orang yang ada jawatan dan kedudukan, dan seumpamanya.

Antara adab2 pelajar agama menurut Imam Al-Ghazali - Murid mestilah faham bahawa ilmu yang paling mulia dan paling tinggi ialah ilmu tentang Allah dan yang bersangkutan dengannya. Banyak lagi ilmu2 yang mulia seperti ilmu tentang organ2 dalam tubuh (perubatan), pesawat, kenderaan, nuklear, ekonomi, masak-memasak, ilmu berkeluarga dan lain2 tetapi yang paling mulia tetaplah ilmu tentang Allah.