Pelajaran Ilmu2 Tungku As-Sa'ah (Zaman Akhir) siri ke-7 (sambungan dari page FB yang lama) :
Ahli Kitab sendiri yang uar2kan tentang bakal hadirnya rasul akhir zaman (Nabi Muhammad saw) dan para pejuangnya kepada sesama mereka, kepada orang2 selain mereka, dan kepada musuh2 mereka. Mereka dengan bangganya memperingatkan kepada orang2 yang tidak mereka sukai dan musuh2 mereka bahawa mereka akan menundukkan yang lain2 apabila rasul akhir zaman itu tiba. Merekalah yang akan menjadi pejuang kepada rasul akhir zaman itu nanti. Masing2 begitu ghairah menanti dan mahu terpilih sebagai pejuangnya. Yahudi Madinah kata merekalah bakal pejuangnya. Yahudi Syam kata merekalah yang bakal terpilih sebagai pejuangnya. Yahudi Parsi mendakwa merekalah calon terbaik sebagai pejuangnya. Di tempat2 lain pun ada.
Antaranya Yahudi Madinah yang memang tidak baik dengan penduduk asal Madinah. Mereka memperingatkan penduduk asal Madinah bahawa kaum Yahudi hanya menanti hadirnya rasul akhir zaman yang akan berhijrah ke Madinah. Sebab itulah mereka datang dari jauh untuk menetap di Madinah terlebih dahulu untuk menantikan hijrahnya rasul akhir zaman ke sana. Selepas itu, mereka akan berjuang bersama2 rasul akhir zaman itu untuk menundukkan penduduk asal Madinah.
Kaum Yahudi di Syam dan Palestin yang sering berada di bawah penindasan musuh2 mereka terutamanya Rom juga menanti rasul akhir zaman untuk mereka menjadi pejuangnya lalu menundukkan kerajaan2 besar. Cakap2 dan angan2 mereka bukan main hebat.
Namun hal yang berlaku adalah sebaliknya. Apabila rasul akhir zaman dan para pejuangnya benar2 telah zahir malah sudah berhijrah ke Madinah, jangankan kata hendak menjadi pejuangnya , bahkan majoriti orang Yahudi menolak dan memusuhinya. Al-maklumlah, umumnya hanya 1 golongan daripada 71 golongan sahaja. Kebanyakannya menolak bukan kerana mereka tidak percaya bahawa itulah kebenaran dan itulah Ahmad/Muhammad rasul akhir zaman, tetapi mereka punya kepentingan2 keduniaan yang lebih mereka cintai. Itulah penyakit wahn (cita keduniaan & takut mati) namanya.
Hal yang sama berlaku kepada Al-Mahdi dan para pejuangnya. Sebelum kemunculannya, ramai yang berangan-angan mahu menjadi pejuangnya, mahu memenangkan Islam dan menundukkan musuh-musuh. Masing2 pihak mendakwa itu dan ini. Tetapi apabila Al-Mahdi dan para pejuangnya tiba, beliau dan para pejuangnya akan ditolak dan dimusuhi oleh banyak orang Islam sendiri. Al-maklumlah, umumnya 1 daripada 73 golongan sahaja. Kebanyakannya menolak bukan kerana mereka tidak percaya bahawa itulah kebenaran dan Al-Mahdi, tetapi mereka punya kepentingan2 keduniaan yang lebih mereka cintai. Itulah penyakit wahn (cinta keduniaan & takut mati) namanya.
Lebih kurang sama sahaja. Sejarah berulang2.
Semoga kita belum termasuk, tidak termasu dan tidak akan termasuk ke dalam golongan berpenyakit wahn tersebut.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
12/5/23
Laman Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment