Sunday, October 11, 2026

Pesanan2 kepada Ikhwan Tarekat Ghazaliyah

 

Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan untuk sahabat2 semua…

i) Lafaz Zikrullah Siang dan Lafaz Zikrullah Malam al-Ghazali ini kita terus buat. Jangan ditinggalkan. Buatlah walaupun sedikit, pada setiap hari.

ii) 10 Bacaan Harian al-Ghazali pun jangan ditinggalkan. Buat pada setiap hari, walaupun sedikit.

iii) Solat2 sunat pun buat setiap hari.

iv) Baca Al-Quran pun kena setiap hari, walaupun sedikit. Sebagai ahli sufi, tentunya kita kena buat lebih sikit daripada orang2 biasa. Kalau tak lebih pun, sama dengan mereka. Kalau tak sama pun, jangan sampai kita tertinggal jauh. Malulah kita jika yang bukan sufi lebih, dan lebih tu banyak pula daripada kita yang sufi.

v) Ingat Allah selalu. Antara cara yang mudah untuk ingat akan Allah adalah dengan melafazkan nama-Nya di dalam hati selalu iaitu “Allah. Allah. Allah.” Sekiranya dapat, lafazkan di dalam hati itu dengan perasaan sayang dan perasaan cinta akan Allah.

vi) Pada setiap hari dan setiap masa, kita fikir yang mahmudah sahaja, kita keluarkan dari mulut kita kata2 yang mahmudah sahaja, dan kita bertingkahlaku dan bergerak geri yang mahmudah sahaja. Yang tak mahmudah, kita usaha jangan buat langsung.

 

Antara matlamat kita dalam bertariqah ini untuk mendapatkan ikhlas hati, bersih hati, suci hati, kemas hati, redha hati, tenang hati, besar hati, dan indah hati.

 

-          Petikan daripada Kuliah Pengisian Ilmu2 Tariqah Ghazaliyah, Paklong Abu Zulfiqar, 10.10.26

Tarekat Ghazaliyah Membawa Tajdid Segar

 

Sekiranya tuan2 sudah mengikuti taklimat awal menuju majlis pengjiazahan & bai’ah Tarekat Ghazaliyah tempoh hari, dan sudah mengikuti keempat2 rakaman kuliah tentang sanad2 Tarekat Ghazaliyah, insya-Allah penerangan pada malam ini akan jadi sangat jelas. Sekiranya belum, mungkin ada bahagian2 yang akan jadi kurang jelas atau tidak berapa nak nampak kaitannya.

 

Imam al-Ghazali ini seorang mujaddid. Dia membawa tajdid. Tarekat yang diasaskannya tarekat tajdid. Maka tuan2 kena bersedia untuk mentajdid diri, yakni mentajdid perbuatan, cara berfikir, perancangan, tindakan dan tentunya tajdid hati.

 

Dalam agama ini terutamanya dalam keruhanian, keutamaan kita adalah mencari yang lurus lebih dahulunya, bukannya mencari yang terkenal lebih dahulunya, bukannya mencari yang ramai lebih dahulunya, bukannya mencari yang dahsyat atau hebat lebih dahulunya.

 

Sepanjang berarekat Ghazaliyah ini, insyalah kita akan jumpa banyak hal2 yang ditajdidkan, diluruskan, diperbaiki, didedahkan kesalahan dan kelemahannya untuk diambil tindakan pemurniannya.

 

 

Petikan Majlis Penerangan, Pengijazahan & Bai’ah Tariqah Ghazaliyah (secara atas talian) bagi tahun 2026, 3 Oktober 2026

Mengapa Lambat Maju dalam Tarekat Ghazaliyah?

 

Apakah hal2 yang menyebabkan seseorang itu lambat maju dalam tariqah ini?

1. Hatinya tidak ikhlas atau kurang ikhlas. Hatinya tidak bersih. Dia punya niat2 tertentu selain daripada hendak belajar dan mengamalkan Tarekat Ghazaliyah.

2. Dia bersikap meninggikan diri.

3. Dia ada taksub dengan orang2 tertentu atau pihak2 tertentu.

4. Dia tidak istiqamah mengamalkan Lafaz Zikrullah Harian dan Bacaan 10 Harian.

5. Dia tidak berusha untuk mengikuti (atau sekurang2nya membacanya bagi yang berkemampuan) akan pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.

6. Dia kurang berdoa memohon Allah lancarkan diri dalam Tarekat Ghazaliyah.

7. Dia mudah terpesona dengan hal yang pelik2 dan luarbiasa, yang mencarik adat.

8. Dia asyik hendak cepat2 dalam belajar, tergesa2, tak sabar2.

9. Dia mengunakan sandaran2 yang tidak kukuh dalam beragama.

10. Dia tidak mahu atau kurang mahu mengikut panduan2 guru.

11. Dia tidak mahu atau kurang mahu berhubungan dengan guru dan ikhwan.

12. Dia mudah terpesona dengan kehebatan2.

13. Dia tidak menyelesaikan atau lemah menyelesaikan hal2 yang memang fardhu dan wajib.

14. Dia terkongkong dengan persepsinya sendiri tentang tarekat.

15. Dia tidak mahu atau lambat mahu membuang keakuan diri.

16. Dia tidak smapai ke peringkat mencintai sunnah2 Rasulullah.

17. Dia masih mengekalkan amalan, perbuatan, kebiasaan dan tingkah laku yang mazmumah.

18. Dia melanggar adab2 dalam Tarekat Ghazaliyah.

19. Dia tidak mahu berusaha untuk menyaring mana yang benar dan mana yang salah.

 

 

Petikan Majlis Penerangan, Pengijazahan & Bai’ah Tariqah Ghazaliyah (secara atas talian) bagi tahun 2026, 3 Oktober 2026