Friday, April 27, 2012

Syarat-syarat Menuntut Ilmu?


Orang bertanya, apakah syaratnya untuk belajar agama dengan saya (khususnya pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, perbandingan agama dan ilmu perubatan Islam) sama ada secara terus (berhadapan) ataupun secara jarak jauh (melalui internet). Jawab saya, tidak ada apa-apa syarat.

Pengajaran dan pembelajaran bersama-sama saya mudah sahaja. Datanglah ke majlis saya di masjid, surau atau tempat-tempat lain. Yang jauh, ikuti sahajalah kuliah-kuliah saya melalui internet. Sebarang soal-jawab boleh dibuat secara berdepan ataupun melalui internet (bergantung pada keluangan masa saya). Jika rajin dan punya masa lebih, jawab pulalah soalan-soalan peperiksaan yang saya keluarkan, hantar atau e-mel jawapannya kepada saya. Saya akan periksa dan maklumkan keputusannya.

Soalan lagi, ada sebarang bayaran? Tidak ada. Semuanya percuma.

Namun begitu… saya kira ada SATU syarat yang sangat penting, yang perlu saya ketengahkan juga!

Syaratnya mudah sahaja… sekiranya berlaku apa-apa fitnah yang melibatkan dakwah dan diri saya, tolonglah bertanya terlebih dahulu kepada saya. Jangan dengan pandangan sebelah pihak, tanpa bertanya kepada pihak satu lagi (iaitu saya), lalu anda terus :
1.       buat keputusan, atau
2.       ambil tindakan, atau
3.       meletakkan hukuman, atau
4.       yang sewaktu dengan yang di atas tadi.

Tidak mahu pandang penjelasan saya pun, tidak mengiktiraf, tidak mengapa. Tapi sekurang-kurangnya, berilah peluang saya buat penjelasan, dapatkan maklumat daripada kedua-dua belah pihak (atau lebih sekiranya terlibat) yang terlibat, kemudian barulah ambil mana-mana daripada 4 langkah di atas tadi. Jangan terus buat keputusan, ambil tindakan, letakkan hukuman atau lain-lain sebelum anda mendapatkan maklumat daripada kedua-dua belah pihak (atau lebih).

Usahakan diri kita agar menjadi orang yang adil, bukannya menurut hawa nafsu. Seimbangkan input maklumat kedua-dua belah pihak sebelum berbuat sesuatu.

Saya kira… inilah satu sahaja syarat untuk mengambil ilmu dari saya. Sekiranya tuan-tuan sanggup menerima syarat ini, dengan besar hati saya mengalu-alukan. WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar
26 April 2012

Sunday, April 15, 2012

Peperiksaan Pengajian Kitab Ihya Ulumiddin Tahap 1

Diumumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan khususnya para pendengar/pengikut kuliah pengajian kitab Ihya' 'Ulumiddin (sama ada secara talaqqi atau pendidikan jarak jauh) bersama saya (Abu Zulfiqar), tuan-tuan dna puaan-puan digalakkan untuk menjawab soalan peperiksaan Tahap 1 Pengajian Kitab Ihya' 'Ulumiddin.

Soalannya boleh di'download' di http://periksaihya.files.wordpress.com/2012/04/peperiksaan-ihya-tahap-1.pdf .

*Tuan2 puan2 yang tidak mengikuti kuliah Abu Zulfiqar juga boleh menjawabnya jika mahu.
*Peperiksaan Tahap 2 akan diusahakan sedikit masa lagi.
*Hanya calon yang lulus (mendapat sekurang-kurangnya C) akan ditawarkan untuk menjawab soalan peperiksaan Tahap 2.

Selamat menjawab peperiksaan :up:

Thursday, April 12, 2012

Tazkirah Facebook 18 (11 April 2012)

TAZKIRAH FACEBOOK 18 - Masjid-masjid dan surau-surau bertambah jemaah Maghrib hari ini. Begitulah cara Allah mengingatkan hamba-hamba-Nya. Diberinya sedikit gempa bumi, sebagai tanda kasih sayangNya kepada kita. Dia mahu kita kembali dekat dengan-Nya. Terima kasih Tuhan.

Wednesday, April 11, 2012

Kenapa Anak-anak Dibiarkan Main Air?

“Kenapa biarkan anak-anak main air? Kan membazir?”

Begini penjelasannya…

Anak-anak suka mandi sungai, laut atau kolam. Hampir setiap minggu kita diajak pergi, sedangkan kita selesa membawa mereka pergi secara puratanya sebulan sekali atau dua kali sahaja. Untuk mengurangkan keinginan mereka ke sungai, laut atau kolam, saya izinkan mereka membasuh kereta dan kemudiannya bermain air sehingga lebih kurang satu jam, sekitar dua kali sebulan. Kereta bersih, anak-anak pun seronok.

Tidakkah membazir membiarkan air paip keluar berterusan selama sejam? Sebenarnya ia jauhhhhh lebih jimat berbanding saya membawa mereka ke tempat mandi setiap minggu. Mari kita lihat kira-kiranya.

Duit minyak ke tempat mandi, ‘parking’, makan minum… lebih kurang RM 30 ke RM 40. Tenaga dan masa pun banyak habis. Biar air paip terbuka berterusan sejam? Lima puluh sen pun tak sampai (berdasarkan agakan saya kerana bil air sebulan pun sekitar RM 20.00 sahaja. Mana lebih jimat? Bagi mereka mandi 3 jam pun, belum sampai RM 1.50 sen.

Jadi, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mahu mengurangkan desakan anak-anak untuk ke tempat mandi-manda, inilah salah satu caranya. Selamat mencuba : )

Abu Zulfiqar

11 APRIL 2012

Sunday, April 1, 2012

Hendak Mendapatkan Sifat Qanaah

PERSOALAN :

Ustaz, macam mana nak terapkan sifat qanaah dalam diri?

JAWAPAN :

Yang paling penting (untuk kita sama-sama fahami)... sifat qanaah ini Tuhan yang punya. Oleh itu, kena selalu dan bersungguh-sungguh mohon kepada-Nya agar Dia menganugerahkan kepada kita sifat qanaah itu.

Yang kedua, kena selalu juga melihat orang-orang yang 'di bawah' daripada kita. Dari situ akan lahir sifat lebih bersyukur, yang berkait dengan pembentukan sifat qanaah juga.

Yang ketiga, lazimkan bergaul dengan orang-orang yang kita nampak ada sifat qanaah dalam diri mereka, agar tempiasnya kena juga pada kita.

Yang keempat, bacalah kitab/buku tasawuf yang membincangkan sifat qanaah (salah satu daripada sifat-sifat mahmudah). Ulang-ulang membacanya. Jika ada guru mengajar bab itu, pergilah mendengar kuliah mereka.

Abu Zulfiqar

31 MAC 2012

Cara-cara Mengasuh Anak

Cara ibu bapa mengasuh anak-anak bolehlah dibahagikan kepada empat :

1. Cara authoritarian (seakan-akan kuku besi).

2. Cara authoritatif (ada sedikit demokrasi).

3. Cara indulgent (seakan-akan demokrasi penuh).

4. Cara lepas tangan.

IBU BAPA AUTHORITARIAN

Anak-anak tidak boleh angkat muka. Anak-anak tidak berpeluang memberikan pandangan melainkan mesti menurut segala ketetapan yang dibuat oleh ibu bapa. Peraturan dan keputusan ibu bapa adalah mutlak. Ibu bapa jenis ini sering mengenakan hukuman dan mengingatkan tentang peraturan. Mereka biasanya mempamerkan wajah yang tegas dan serius.

Kesannya – Biasanya anak-anak tidak dapat bersosial dengan baik. Mereka akan lemah dalam komunikasi. Anak-anak cenderung menjadi penakut. Sifat kepimpinan pada diri mereka sangat rendah. Mereka juga berasa kurang dihargai oleh ibu bapa. Ada kalanya naluri memberontak wujud pada mereka. Komunikasi dengan ibu bapa sangat kurang.

IBU BAPA AUTHORITATIF

Ibu bapa masih berkuasa ke atas anak-anak tetapi tidak secara kuku besi. Anak-anak digalakkan berdikari tetapi dalam ruang pemantauan ibu bapa. Ibu bapa jenis ini melebihkan nasihat dan saranan berbanding hukuman dan undang-undang.

Kesannya – Biasanya anak-anak dapat bersosial dengan baik. Mereka selalu ceria, dapat berdikari, lebih menyayangi ibu bapa dan berani. Mereka dapat membesar dalam suasana yang baik.

IBU BAPA INDULGENT

Ibu bapa masih terlibat dalam pembentukan anak-anak tetapi memberikan kebebasan yang banyak dan luas, kerana beranggapan dengan cara begini dapat menjadikan anak-anak mereka lebih kreatif, berani dan berkeyakinan tinggi. Teguran, disiplin dan hukuman sangat kurang.

Kesannya – Biasanya anak-anak jenis ini kurang menghormati ibu bapa mereka. Mereka mudah memberontak jika kebebasan mereka cuba disekat. Mereka juga tidak suka kepada disiplin mengakibatkan kehidupan mereka tidak terkawal.

IBU BAPA LEPAS TANGAN

Ibu bapa jenis ini sangat kurang mengambil peduli perjalanan hidup anak-anak mereka. Ibu bapa yang kaya berasa cukuplah dengan memberikan wang dan segala kemudahan, lalu membiarkan anak-anak mereka melalui sendiri kehidupan mereka. Biasanya ibu bapa jenis ini sibuk dengan urusan mereka sendiri.

Kesannya – Anak-anak ini akan berasa jauh dari ibu bapa, keseorangan di rumah, kesunyian dalam keluarga, berasa kurang dihargai ibu bapa, tidak dapat bersosial dengan baik dan kurang bermotivasi.

Jadi, pertimbangkan baik-baik, ibu bapa jenis mana yang terbaik untuk membesarkan anak-anak.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar

1 April 2010

Lagu Awal Baqarah (live n santai)



Menurut Imam Al-Ghazali, semua alat muzik boleh dimainkan.


AWAL BAQARAH

Kata-kata indah ini tidak ada keraguan padanya
Ia menjadi pedoman bagi orang-orang yang bertaqwa

Orang beriman penuh hal ghaib di mata
Yang mendirikan solat sempurna - tiang agama

Mereka yang menginfakkan sebahagian rezeki mereka
Beriman dengan Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad)

Penuh percaya kitab semua yang terdahulu
Yang meyakini hari akhirat - alam di sana.

(chorus)
Yang beroleh hidayah - hidayah Tuhannya.
Merekalah orang yang berjaya.


Lagu : Abu Zulfiqar Amsyari
Lirik : Abu Zulfiqar Amsyari
2010 Lagu ini menceritakan maksud 5 ayat awal surah Al-Baqarah (Alif laam miim) iaitu:

1. Alif laam miim.
2. Kitab (kata-kata Allah) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk (pedoman) bagi mereka yang bertaqwa.
3. (Iaitu) mereka yang beriman kepada (hal-hal) yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelummu.
5. Merekalah yang mendapat petunjuk (hidayah) dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.


Versi demo (asal)



Hiburan: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy

oleh Abu Zulfiqar


* Seorang hamba Allah yang prihatin dengan kepentingan umat Islam memaparkan fatwa-fatwa orang-orang di atas. Sekiranya apa yang terpapar itu benar, kita berasa sangat sedih kerana fatwa-fatwa tersebut dengan sewenang-wenangnya menghukum berdosa kepada banyak umat Islam termasuklah para pendakwah yang terlibat dengan seni nyanyian dan muzik. Sekiranya tidak benar, maka bolehlah diabaikan saja ulasan di bawah nanti. Saya rasa terpanggil untuk menjelaskan kedudukan seni nyanyian dan muzik ini kerana saya dapati keputusan yang dikeluarkan oleh mereka jauh terseleweng. Kebetulan saya ada menjawab persoalan tentang hukum bermain gitar yang isis kandungannya selaras dengan isu ini. Maka saya sesuaikan artikel itu untuk menolak keputusan di atas.

Anda bandingkan keputusannya, kemudian jawab soalan ini:

Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?
  1. Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
  2. Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya)

ULAMA-ULAMA YANG MENGHARUSKAN PENGGUNAAN SEMUA JENIS ALAT MUZIK , APATAH LAGI NYANYIAN-NYANYIAN YANG BAIK:
(Secara langsung ataupun tidak langsung)

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali
Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Dr. Abdul Karim Zaidan
Abdullah bin Zubair
Abdullah bin Umar
Imam asy-Syaukani
al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi
Ibnu Hazm
Dr. Mohammad Imarah
Dr. Kaukab ‘Amir
Ibn Tahir Al-Qaisarani
Abdul Ghani An-Nablusi
Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie
Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.
Al Adiib Abu 'Umar Al Andalusi
Abdullah bin Ja'far
Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ustaz Abdul Hadi Awang
Al Mawardi
Muawiyah
Amru al-Ass
Imam Malik
Ibnu Tahir
Imam al-Haramain
Ulama-ulama Madinah
Ulama-ulama Zahiri
(*juga Syeikh Nazeem dan Syeikh Kabbani)


Disokong oleh:

Wan Muhammad Wan Sulong, Yarmouk University, Irbid, Jordan,

Fakultas Ushuluddin IAIN Walisongo, d/a LPK2 (Lembaga Pengembangan Keagamaan dan Kemasyarakatan) dan Lembkota Jl. Boja Km 1, Ngalian Semarang, Indonesia.

Ustaz Akil Hayy Rawa

Dr. Mohammad Deen

Fatwa Negeri Kedah


*BERIKUT ADALAH HUJAH-HUJAH PARA ULAMA DI ATAS:

HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI

Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung.
Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.
(Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, "Seni Dalam Islam", Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)


*Kesimpulan- Menurut Imam Ghazali, semua alat muzik boleh digunakan asalkan ia tidak melibatkan perkara-perkara maksiat.


Al-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus.

Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik (seperti gitar) dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut.

Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatan yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka.

Begitulah pandangan Imam Al-Ghazali tentang hukum penggunaan alat-alat muzik. Beliau melihat di sana wujudnya sebab diharamkan alat-alat yang disebut pengharamannya melalui lisan Nabi SAW. Sekiranya hilang (gugur) sebab tersebut sudah tentulah gugur hukum pengharamannya. Bagi beliau semua perkara yang baik (At-Thayyibat) adalah halal melainkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan.

*Kesimpulan- Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin mengharuskan semua jenis alat muzik termasuklah yang dipetik seperti gitar dan yang ditiup/ berlubang seperti serunai, apatah lagi gendering.

Sebahagian yang lain pula seperti Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir ’mempunyai pandangan yang sama dengan Al-Ghazali. Mereka menyatakan pengharaman alat-alat yang disebut di dalam nas-nas hadith adalah kerana ia merupakan syiar ahli fasiq dan maksiat. Pada pandangan mereka muzik tidak haram dari sudut irama atau bunyinya. Tetapi yang menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain iaitu ia adalah alatan yang biasa digunakan di dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syara’. Justeru itu alat-alat tersebut tunduk kepada perubahan tempat dan masa. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh syara’.
(Al-Mufassal oleh Dr Abdul Karim Zaidan juzuk 4 ms 96)


*Kesimpulan- Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir juga sependapat dengan Al Ghazali.


IMAM ASY-SYAUKANI

Mazhab Ahlul Madinah (ulama-ulama Madinah) dan lainnya seperti ulama Dzahiri dan jemaah ahli Sufi memberikan kemudahan pada nyanyian walaupun dengan gitar dan biola.
(Imām Asy-Syaukānī, NAIL-UL-AUTHĀR, Jilid VIII, hlm. 100-103)

*Kesimpulan- jelas boleh menyanyi, menggunakan alat-alat muzik bertali sperti gitar dan biola selagi tidak bercampur maksiat.


IMAM AL-HARAMAIN, ABDULLAH BIN ZUBAIR & ABDULLAH BIN UMAR

Imam Al-Haramain dalam kitabnya, An-Nihayah dan Ibnu Abi Ad-Dunya yang menukil dari Al-Itsbaat Al-Muarikhiin; bahwa Abdullah bin Zubair memiliki budak-budak (hamba) wanita dan gitar. Dan Ibnu Umar pernah kerumahnya ternyata disampingnya ada gitar , Ibnu Umar berkata: “Apa ini wahai sahabat Rasulullah saw?”. Kemudian Ibnu Zubair mengambilkan untuknya, Ibnu Umar merenungi kemudian berkata: “Ini mizan Syami ( alat muzik) dari Syam?”. Berkata Ibnu Zubair: “Dengan ini akal seseorang bisa seimbang”.

*Kesimpulan- ketiga-tiga ulama besar ini mengharuskan bermain gitar- sejenis alat muzik.


PUSAT KONSULTASI SYARIAH ERAMUSLIM

Sebagaimana telah diungkapkan di muka bahwa, hukum dasar yang berlaku dalam Islam adalah bahwa segala sesuatu pada dasarnya dibolehkan kecuali ada larangan yang jelas. Dengan ketentuan ini, maka alat-alat musik yang digunakan untuk mengiringi lirik nyanyian yang baik pada dasarnya dibolehkan. Sedangkan alat musik yang disepakati bolehnya oleh jumhur ulama adalah ad-dhuf (alat musik yang dipukul). Adapun alat musik yang diharamkan untuk mendengarkannya, para ulama berbeda pendapat satu sama lain. Satu hal yang disepakati ialah semua alat itu diharamkan jika melalaikan.

Pusat Konsultasi Syariah



DR. MUHAMMAD DEEN

Dr. Mohammad Deen mengambil pendirian bahawa hukum muzik dan nyanyian dalam Islam adalah HARUS selagi mana tidak disertai dengan perkara-perkara lain yang haram. Maknanya, muzik dan nyanyian menjadi haram disebabkan hal-hal lain bukannya sebab zatnya (bentuknya) sendiri. Maka kaedah fiqh yang bermaksud: “Asal hukum sesuatu perkara adalah harus selagi mana tiada nas sahih yang mengharamkannya”.

*Kesimpulan- bentuk alat muzik yang berlubang (seperti seruling dan gendang) ataupun yang bertali (seperti gitar dan piano) bukanlah penyebab ia menjadi haram.


FAKULTI USULUDDIN IAIN WALISONGO, INDONESIA

- Jika lahwa-al hadits diartikan nyanyian/musik yang kata-kata/iramanya menjadikan orang tersesat dari jalan Allah, maka bagaimana sekiranya hal tersebut membawa orang untuk ingat dan dekat dengan Allah, secara mafhum mukholafah (kebalikannya) adalah diperbolehkan.

- Islam tidak membunuh/mematikan fitrah manusia dan instingnya. Tetapi mengatur, menyalurkan dan mengarahkannya ke arah yang positif dan tidak sampai melanggar batas-batas yang telah ditentukan serta diridhai oleh Allah. Misalnya orang mempunyai bakat seni musik atau seni suara tidak dilarang oleh Islam bila ia mengembangkan bakatnya. Lalu menekuni musik atau nyanyian, sehingga menjadi musikus atau penyanyi yang baik.

- Bahkan Islam sangat menghargai bila orang yang mempunyai bakat seni lalu menggunakannya sebagai sarana dakwah Islam. Para wali yang berdakwah di bumi Nusantara ini khususnya di Jawa juga menggunakan jasa musik dan nyanyian. Seperti beduk, kentongan, alat gamelan, wayang kulit yang digubah sesuai dengan ruh ajaran agama Islam.

Menurut saya musik dan nyanyian sekaligus alatnya adalah masalah duniawiyah yang harus dilihat dampaknya, positif atau negatif. Bila berdampak menjauhkan diri kita dari Allah, maka musik dan nyanyian tersebut menjadi maksiat. Tetapi sebaliknya jika musik dan nyanyian tersebut dapat mendekatkan diri kepada Allah bahkan dapat menambah keimanan serta ketaqwaan kita kepada-Nya, maka justru musik dan nyanyian diperintahkan oleh agama.

(Fakultas Ushuluddin IAIN Walisongo, d/a LPK2 (Lembaga Pengembangan Keagamaan dan Kemasyarakatan) dan Lembkota Jl. Boja Km 1, Ngalian Semarang,Indonesia)


IBNU HAZM & QADI ABU BAKAR AL-ARABI

Adapun hadis-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya ada cacat, tidak ada satupun yang selamat dari celaan oleh kalangan ahli hadis, seperti kata al-Qadhi Abubakar bin al-Arabi: "Tidak ada satupun hadis yang sah yang berhubungan dengan diharamkannya nyanyian."

Dan berkata pula Ibnu Hazm: "Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu."

Selanjutnya Ibnu Hazm menolak anggapan orang yang mengatakan; bahwa nyanyian itu sama sekali tidak dapat dibenarkan, dan termasuk suatu kesesatan, seperti firman Allah.
"Tidak ada lain sesudah hak kecuali kesesatan." (Yunus: 32)

Maka kata Ibnu Hazm: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adapun nyanyian yang disertai dengan alat musik maka ulama yang menghalalkannya mengatakan bahwa semua Hadits yang membahas masalah ini nilainya tidak sampai ke tingkat shahih maupun hasan. Inilah yang dikatakan oleh Al-Qadhi Abu Bakar Ibn-ul-'Arabi

(Lihat Abu Bakar Ibn-ul-'Arabi, AHKAM-UL-QURAN, Jilid III, hlm. 1053-1054)


FATWA KEDAH

“Harus menggunakan alat – alat muzik sama ada bersifat tradisi atau moden selagi ia tidak bertentangan dengan Islam dan tidak melalaikan.”

*Kesimpulan- semua alat muzik harus dimainkan asal kena dengan caranya



DR. YUSUF QARDHAWI & ulama-ulama lain

ASAL SEGALA SESUATU lTU DIPERBOLEHKAN

Suatu kaedah yang ditetapkan oleh para ulama bahwa, "Segala sesuatu itu asalnya boleh," berdasarkan firman Allah SWT, "Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu..." (Al Baqarah: 29). Dan tidak ada pengharaman kecuali dengan nas yang sharih dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya atau ijma' yang meyakinkan. Karena itu apabila tidak ada nash shahih dan tidak sharih tentang haramnya sesuatu, maka tidak akan mempengaruhi akan halalnya sesuatu itu, dan tetap berada dalam lingkup dimaafkan yang luas. Allah SWT berfirman:

"Dan sungguh (Allah) telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya."
(Al An'am: 119)

Imam Al Ghazali telah menjawab orang yang mengatakan bahwa sesungguhnya lagu atau nyanyian itu termasuk permainan yang sia-sia dengan kata-katanya sebagai berikut, "Memang demikian, tetapi dunia seluruhnya adalah permainan. Seluruh permainan dengan wanita adalah laghwun, kecuali bercocok tanam(berjimak) yang itu menjadi penyebab memperoleh anak. Demikian juga bergurau yang tidak kotor itu hukumnya halal, demikian itu didapatkan dari Rasulullah SAW dan para sahabatnya."

Cukuplah bagi kita bahwa sesungguhnya Ahli Madinah, dengan kehati-hatiannya dan golongan Zhahiriyah dengan keteguhannya dalam memegang zhahir nas serta kaum sufi dengan kekerasan mereka untuk mengambil 'azimah (semangat), bukan mengambil keringanan-keringanan telah diriwayatkan dari mereka tentang bolehnya lagu-lagu.

Imam Syaukani berkata di dalam kitabnya "Nailul Authar," "Ahlul Madinah berpendapat dan ulama' yang sependapat dengan mereka dari kalangan Zhahiriyah serta jamaah dari kaum shufi bahwa menyanyi itu diperbolehkan, meskipun dengan gitar dan biola."

Ustadz Abu Manshur Al Baghdadi Asy-Syafi'i menceritakan di dalam kitabnya mengenai mendengar lagu, bahwa sesungguhnya Abdullah bin Ja'far berpendapat bahwa menyanyi itu tidak apa-apa, dan beliau memperbolehkan budak-budak wanitanya untuk menyanyi, dan beliau sendiri ikut mendengarkan getaran suaranya, itu di zaman Amirul Mu'minin Ali RA

Ustadz tersebut juga menceritakan hal itu dari Al Qadhi Syuraih, Said bin Musayyab, 'Atha' bin Abi Rabah, Az-Zuhri, dan Asy-Sya'bi.

Imam Al Haramain dalam kitabnya "An Nihayah" dan Ibnu Abid Dunya mengatakan, "Telah diikut berita dari ahli sejarah bahwa sesungguhnya Abdullah bin Zubair pernah mempunyai budak-budak wanita yang terlatih untuk bermain gitar, dan sesungguhnya Ibnu Umar pernah ke rumah beliau ternyata di sisinya ada 'ud (gitar). Maka Ibnu Umar bertanya, "Apa ini wahai sahabat Rasulullah?," maka Abdullah bin Zubair mengambilkan untuknya, dan Ibnu Umar merenungkannya, dan berkata, "Apakah ini mizan syami (neraca musik) dari Syam?" Ibnu Zubair berkata, "Dengan ini akal seseorang bisa dinilai."

Al Hafidz Abu Muhammad bin Hazm meriwayatkan di dalam risalahnya tentang "mendengarkan nyanyian" dengan sanadnya yang sampai pada Ibnu Sirin, ia berkata, "Sesungguhnya ada seorang laki-laki datang ke Madinah dengan membawa budak-budak wanita, maka orang itu singgah di rumah Ibnu Umar. Di antara budak-budak wanita itu ada yang memukul alat musik, maka datanglah seorang laki-laki menawarnya, maka ia tidak mempedulikan laki-laki itu. Ia berkata, "Pergilah untuk menemui seseorang yang lebih baik bagimu untuk mengadakan jual beli daripada orang ini." la berkata, "Siapakah orang itu?" Ibnu Umar berkata, "la adalah Abdullah bin Ja'far." Maka orang tersebut menawarkan budak-budak wanitanya kepada Abdullah bin Ja'far. Kemudian Abdullah bin Ja'far memerintahkan salah seorang dari budak itu sambil mengatakan, "Ambillah 'ud (gitar) ini!," maka budak itu mengambilnya lalu menyanyi, dan kemudian beliau membelinya, kemudian datang kepada Ibnu Umar ...." hingga akhir kisah.

Pengarang kitab "Al 'Aqd" Al 'Allaamah Al Adiib Abu 'Umar Al Andalusi meriwayatkan bahwa Ibnu Umar pernah masuk ke rumah Abdullah bin Ja'far, ternyata mendapatkan di sisinya ada seorang budak wanita yang di pangkuannya ada gitar. Kemudian Abdullah bin Ja'far berkata kepada Ibnu Umar, "Apakah kamu melihat ini ada masalah?," beliau menjawab, "Tidak ada masalah."

Al Mawardi menceritakan dari Mu'awiyah dan 'Amr bin 'Ash bahwa keduanya pernah mendengar gitar di rumah Abdullah bin Ja'far.

Abul Faraj Al Ashfahani meriwayatkan bahwa sesungguhnya Hassan bin Tsabit pernah mendengar dari 'Izzah Al Mila' lagu-lagu dengan gitar dengan mendendangkan sya'ir. Demikian juga ini diceritakan oleh Abul 'Abbas Al Mubarrad.

Al Adfuwu menyebutkan bahwa Umar bin Abdul Aziz pernah mendengarkan budak-budak perempuannya sebelum menjadi khilafah. Ibnus Sam'ani pernah menukil tarkhis (dispensasi) dari Thawus, demikian juga Ibnu Qutaibah juga pernah menukil tarkhis dari Qadhi Madinah Sa'ad bin Ibrahim bin Abdur Rahman Az-Zuhri dari tabi'in. Demikian juga Abu Ya'la juga menukil di dalam "Al lrsyad" dari Abdul Aziz bin Salamah Al Majsyun, mufti Madinah.

Imam Ar-Rauyani menceritakan dari Al Qaffal, bahwa sesungguhnya madzhabnya Imam Malik bin Anas itu memperbolehkan menyanyi dengan memakai alat muzik, demikian juga Ustadz Abu Manshur Al Faurani juga menceritakan dari Imam Malik tentang bolehnya mempergunakan gitar.

Abu Thalib Al Malik di dalam kitab "Qutil Qulub" menyebutkan dari Syu'bah bahwa pernah mendengar suara genderang di rumah Minhal bin Amr, seorang muhaddits masyhur.
Abul Fadhl bin Thahir menceritakan di dalam kitabnya dalam bab "As Sima'" bahwa sesungguhnya tidak ada khilaf di antara ahli Madinah dalam memperbolehkan gitar.

Ibnun Nahwi di dalam kitabnya "Al 'Umdah" dan Ibnu Thahir mengatakan (tentang bolehnya gitar itu) merupakan ijma 'Ahlul Madinah. Ibnu Thahir mengatakan, "Pendapat itu juga didukung oleh golongan Zhahiriyah." Al Adfuwi berkata, "Tidak ada perselisihan riwayat dalam masalah memukul genderang pada Ibrahim bin Sa'ad yang telah kami sebutkan, dia termasuk perawi yang diriwayatkan haditsnya oleh Ashabus-sittah."

Al Mawardi menceritakan bolehnya menggunakan gitar oleh Abdul Fadhl bin Thahir dari Abi Ishaq Asy-Syairazi, demikian juga diceritakan oleh Imam Asnawi di dalam kitab "Al Muhimmat" dari Imam Ar-Rauyani dan Al Mawardi. Diriwayatkan juga oleh Ibnu Nahwi dari Ustadz Abu Manshur, diceritakan juga oleh Ibnu Mulaqqin di dalam kitab "Al 'Umdah" dari Ibnu Thahir, diceritakan juga oleh Al Adfawi dari Syaikh 'Izzuddin bin Abdus Salam, diceritakan juga oleh pemilik kitab "Al Imta'" dari Abu Bakar Ibnul Arabi, dan Imam Al Adhfawi juga telah menegaskan tentang bolehnya.

(DR. YUSUF QARDHAWI dalam bukunya SISTEM MASYARAKAT ISLAM DALAM AL QURAN DAN SUNNAH)


Jadi barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat untuk membantu bermaksiat kepada Allah, maka jelas dia adalah fasik --termasuk semua hal selain nyanyian. Dan barangsiapa berniat untuk menghibur hati supaya dengan demikian dia mampu berbakti kepada Allah dan tangkas dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar. Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap main-main saja yang dibolehkan, seperti halnya seorang pergi ke kebun untuk berlibur, dan seperti orang yang duduk-duduk di depan sofa sekedar melihat-lihat, dan seperti orang yang mengkelir bajunya dengan warna ungu, hijau dan sebagainya.
(Halal dan Haram dalam Islam- Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi)


Nyanyian yang disertai dengan alat-alat muzik:
Berlaku khilaf di dalam perbincangan mazhab.
Konklusi perbincangan: Harus.
Pendapat ini disokong oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi di dalam kitabnya 'Al-Islam wal-Fan' (Islam dan Kesenian).

Seterusnya ada ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan seluruh alat muzik tanpa ada pengecualian tetapi mereka meletakkan syarat-syarat dan batas-batas penggunaan alat tersebut agar tidak bertentangan dengan hukum Allah SWT. Mereka yang berpendapat demikian antaranya ialah:

1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya Malamih Al-Mujtama’ Al-Muslim.
2. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam Al-Mar’ah wa Baitil Muslim juzuk 4 bab 8 iaitu Babul Lahwi wal La’ab.
3. Dr. Mohammad Imarah di dalam bukunya Al-Islam wal Funun Al-Jamilah.
4. Dr. Kaukab ‘Amir dalam bukunya As-Simaa’ ‘Inda As-Sufiyyah.

Pendapat mereka sama dengan pandangan beberapa ulamak terdahulu seperti Ibnu Hazm Al-Andalusi, Ibn Tahir Al-Qaisarani, Abdul Ghani An-Nablusi, Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie dan Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.

Sebahagian daripada mereka seperti Al-Qardhawi berpendapat demikian kerana hadith-hadith yang mengharamkan alat-alat muzik pada pandangan beliau sama ada sahih ghair sarih (sahih tetapi tidak nyata) ataupun sarih ghair sahih (nyata tetapi tidak sahih). Nas-nas yang seumpama ini tidak mampu untuk memutuskan hukum kerana hukum mestilah diputuskan dengan nas yang sahih wa sarih (sahih dan nyata).[xix]

*Kesimpulan- Dr. Yusuf Qardhawi mengharuskan nyanyian dan penggunaaan semua jenis alat muzik termasuklah gitar.


DATO’ NIK ABDUL AZIZ & USTAZ ABDUL HADI AWANG

Pendirian mereka jelas mengharuskan nyanyian, gitar dan lain-lain alat muzik. Sewaktu sambutan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Dato’ Nik Aziz telah menganjurkan konsert alternatif yang melibatkan pelbagai alat muzik termasuklah gitar. Sekiranya beliau berpandangan perkara itu tidak harus, pasti tidak dianjurkannya.

Begitu juga dengan konsert-konsert alternatif termasuklah di Terengganu seperti konsert-konsert Ustaz Akil Hay yang sering melibatkan pemain gitar kumpulan Blues Gang. Tidak pernah mendapat bantahan daripada Ustaz Abdul Hadi Awang.

KESIMPULAN BESARNYA (untuk menjawab soalan penanya)- Islam tidak melarang kita bermain gitar

Wallahualam.


Namun yang jelas haram (tidak ada khilaf) sekiranya alat muzik tadi dipersembahkan bersama:
  1. lagu-lagu yang tidak mendidik, tidak membawa manfaat dan pengajaran- seperti lagu-lagu yang liriknya berkisar tentang cinta lelaki wanita, lagu-lagu yang memuja wanita, menyanjung tokoh-tokoh jahat, lagu-lagu lucah, liriknya berbelit-belit hingga pendengar lebih khayal dengan muzik drpd mesej lagu
  2. penyanyinya wanita sama ada yang tidak menutup aurat, atau yang bersolek, atau yang beraksi berlebih-lebihan, atau yang berakhlak buruk yang akan menjadi ikutan orang lain. Bagi penyanyi wanita yang bersopan (menutup aurat, tidak bersolek, aksinya sopan, boleh menjadi ikutan yang baik)- ia menjadi khilaf ulama. Yang mempamerkan rambut dan bertabarruj (menghias wajah dan diri) di depan penonton seperti artis-artis wanita popular tanah air dewasa ini nyata sangat-sangat haram.
  3. sebarang tarian kecuali tarian perang (tempur atau seni beladiri), lebih-lebih lagi yang melibatkan wanita. Khilaf ulama jika wanita menggayakan tarian perang.
  4. majlis yang di dalamnya ada unsur-unsur tidak baik seperti dihidangkan arak, percampuran lelaki wanita, tari-menari.

Sampai masa untuk buat keputusan peribadi anda…

Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?

1. Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)

2. Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya)

Abu Zulfiqar
2006