Soalan : Di manakah "kunci" kepada kitab Ihya'?
Jawapan : Pada kitab yang terawal di dalamnya iaitu Kitab Ilmu. Kitab Ilmu ini merupakan kitab pertama daripada 40 kitab yang terdapat dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin. Di situlah "kunci"nya. Tidak saja2 Hujjatul Islam Imam al-Ghazali meletakkan Kitab Ilmu paling dahulu berbanding kitab2 lain termasuklah Kitab 'Aqidah. Padahal sefaham kita 'aqidahlah yang paling penting. Tentu ada manfaat, muslihat dan khasiat di sebaliknya.
Soalan : Di mana pula "anak kunci" kepada Kitab Ilmu?
Jawapan : Pada awal yakni muqaddimah Kitab Ilmu itu sendiri. Di situlah "anak kunci"nya. Tidak saja2 juga tuan imam kita meletakkan pendahuluan kata panjang lebar di sana.
Sedikit panduan yang diwariskan oleh arwah mursyid "jalan" ini :
Berguru dan belajar kitab Ihya', jangan ditinggalkan "kunci"nya. Sudah tahu "kunci"nya, jangan lupa akan "anak kunci"nya. Jika tiada mendapat kunci dan anak kuncinya, pada adatnya maka tiadalah akan mendapat yang kamalnya melainkan yang pendahuluan dan pertengahan sahaja, dan mungkin juga sedikit yang lanjutannya.
Ibaratnya :
Berguru ilmu2 Silat 1001 Kalimah dengan jaguh seni beladiri yang memang bertaraf grandmaster tetapi bukan datang daripada perguruan Silat 1001 Kalimah, bukan bertariq dan bersanad Silat 1001 Kalimah sendiri, tetapi dia datang daripada "jalan" seni2 beladiri lain yang dikuasainya, tentulah tidak sama halnya jika kita berguru ilmu2 Silat Kalimah dengan guru Silat Kalimah sendiri yang memang datang daripada perguruan Silat 1001 Kalimah, yang bertariq dan bersanad Silat Kalimah sendiri. Orang2 yang mengkaji daripada luar sekalipun mereka memang jaguhan terbilang, pendek kata tak akan banyak tahu akan bahagian2 lanjutan, yang kamal2, rahsia2 dan petua2 warisan Silat 1001 Kalimah yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi, dari guru ke guru.
Semakin zaman akhir, semakin banyak perkara dan rahsia akan terzahir.
Video petikan kuliah : Kitab Ihya Ibarat Padang Luas Berbunga dan Berpermata
https://web.facebook.com/watch/?v=550632128667628
4/5/23
No comments:
Post a Comment