Thursday, May 11, 2023

Usaha dan Ikhtiar Bukan Asal Ada Aje

 

Nasihat dan pesanan : "Menurut manhaj ASWJ, kita hendaklah berusaha dan berikhtiar dengan takat atau kadar yang sepatutnya, atau yang selayaknya. Jika kita dapat berusaha dan berikhtiar dengan gigih, hal itu adalah lebih bagus."


Bantahan : "Eh, yang aku buat tu bukan usaha dan ikhtiar ke? Kan usaha dan ikhtiar juga? Dah aku mampu setara itu je. Bukannya aku tak usah dan ikhtiar."


@@@@@@


Memanglah melontarkan sebiji batu sebesar telur burung ke arah sekumpulan serigala yang datang mengepung dirimu dan ibu bapamu sebanyak 1 kali balingan sahaja (lalu kemudiannya kalian duduk menanti sahaja amokan gerombolan serigala) itu usaha dan ikhtiar juga, tetapi bukan itu takat usaha dan ikhtiar yang kita maksudkan.


Memanglah menjawab soalan peperiksaan selama dua minit (daripada masa penuh 1 jam 30 minit) sahaja itu usaha dan ikhtiar juga, tetapi bukan itu takat usaha dan ikhtiar yang cikgu2 bicarakan.


Memanglah bekerja 10 minit sahaja sehari dengan pendapatan RM2 sahaja sehari untuk menyara anak isteri itu usaha dan ikhtiar juga, tetapi bukan itu takat usaha dan ikhtiar yang dikehendaki.


Memanglah melempar sebatang tombak malah satu kali sahaja ke arah ribuan tentera musuh yang datang menyerang negara (kemudian berdiam) itu usaha dan ikhtiar juga, tapi bukan itu takat usaha dan ikhtiar dalam i'tiqad ahlus sunnah wal jama'ah. Setakat itu sahaja yang mahu dibuat untuk menyelamatkan agama dan umat?


Memang betullah engkau mengumpulkan 10 sen sehari untuk membayar hutangmu RM1,000.00 yang engkau janji hendak selesaikan bulan hadapan itu usaha dan ikhtiar juga, tapi itu ke takat dan kadar usaha dan ikhtiar yang sepatutnya?


@@@@@@


Kita berusaha dan berikhtiar dengan gigih lebih dahulu, atau sekurang-kurangnya dengan takat atau kadar yang mencukupi, atau yang sepatutnya. Sekiranya tidak berjaya juga, tidak mengapalah. Usaha dan ikhtiar dengan kadar yang sepatutnya itu tetap Allah pandang. Jangan tak usaha dan ikhtiar, atau lemah usaha dan ikhtiar - lalu berserah, membiarkan sahaja.


Asalkan ada buat atau ada bertindak walau sebesar kuman, maka kira selesailah tuntutan dan tanggungjawab untuk berusaha dan berikhtiar?


Abu Zulfiqar al-Amsyari

8/5/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi



No comments: