Thursday, May 4, 2023

10 Tazkirah Pendek Lagi

 

1. Kita kena lurus, cuma jangan lurus sangat, dan jangan sesekali bengkok.


2. "Bela" makhluk halus tertentu ni ibarat bela buaya. Ia tak cukup makan, engkaulah "dimakannya". Maka janganlah.


3. Jalan ruhani ini jalan perang. Sebab itulah ada mujahadah. Berperang dengan kehendak hawa nafsu, syaitan jin & manusia, dan persekitaran.


4. Banyak pengalaman lalu kita yg isinya berulang lagi cuma dalam bentuk yang berbeza. Itu antara kaedah Allah memandu jalan & pilihan.


5. Munculnya Mr. D itu ada diisytiharkan. Tapi muncul fitnahnya itu tidak diisytiharkan. Tahu2 kita sudah berada di dalamnya. Tahu2 ia sudah berlaku tanpa disedari. Tahu2 kita sudah pun terkena. Dan banyak orang yang tidak menyedarinya pun sehingga ke akhir hayat mereka.


6. Belajar ilmu2 al-iman, ada tindakannya.

Belajar ilmu2 al-islam, ada tindakannya.

Belajar ilmu2 al-ihsan, ada tindakannya.

Belajar ilmu2 al-sa'ah, ada tindakannya.

4 tiang ad-diin dalam hadith Jibril -

ia tidak tersimpan sebagai sekadar maklumat.


7. Tak mahu mudah2 terpedaya? Bergurulah Kitab Terpedaya dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin. Mudah2an.


8. Ada medan2 perang yg pedang langsung x dapat mengubah kesudahan & kesannya sekalipun ramai yg trkorban


9. Jika kita kambing, mmg selayaknyalah kita disembelih. Tapi jika kita harimau, yang datang nak sembelih kita pun kita baham.


10. Kita berjaya disibukkan dgn masalah yang penting2 lalu kita pun meninggalkan masalah2 yang lebih penting.

No comments: