Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts

Sunday, September 6, 2026

Enam Jalan Tarekat Ghazaliyah

 

Kesimpulan berkaitan sanad2 Tarekat Ghazaliyah : sanad2 Tarekat Ghazaliyah ada 6 iaitu :

i)                    Sanad utama (perdana) yang melalui Huzaifah bin al-Yaman r.a. Sanad ini muttasil (bersambungan tiada terputus) daripada Rasulullah saw sehinggalah kepada kita hari ini.

ii)                  Tarekat Ghazaliyah juga ada sanad2 sampingan yang melalui keempat2 orang khulafa’ ar-rasyidin. Ada yang melalui Saiyidina Abu Bakar r.a. Sanad ini terputus pada 3 tempat, tiada antara 6 ke 9 orang di dalamnya.

iii)                Sanad melalui jalan Saiyidina Umar r.a. Sanad ini terputus pada 1 tempat, tiada 1 orang di dalamnya.

iv)                Sanad melalui jalan Saiyidina Uthman. Sanad ini insya-Allah muttasil, cuma tidak diceritakan identiti dua individu di dalamnya. Sampai waktu nanti kita cerita.

v)                  Sanad melalui jalan Saiyidina Ali. Sanad ini terputus pada 1 tempat, tiada 1 orang di dalamnya.

vi)                Sanad keruhanian iaitu melalui Syaikh Ahmad ad-Dayurbi yang mengambil secara keruhanian melalui Syaikh ‘Ainul Qudhat dengan disaksikan oleh Imam al-Ghazali dan adiknya Imam Ahmad al-Ghazali.

 

Sanad zahir TG ini muttasil (berkesinambungan tanpa terputus) dan saling diperkuatkan lagi pula melalui sanad2 sampingan yang lain. Maksudnya isi kandungan dasar dan khusus dalam Tarekat Ghazaliyah ini memang asalnya daripada Rasulullah SAW. Begitulah tuan2 kesimpulan tentang sanad2 TG.

 

Petikan Kuliah khas Sanad2 Tarekat Ghazaliyah siri ke-3 (akhir)

Lelaki Misteri dalam Sanad Saiyidina Uthman

 

Mengapa identiti X ini tidak diketahui?

Pada zaman dahulu kala, identitinya disembunyikan atas sebab2 keselamatan. Kisah dia bermula apabila rumah khalifah ketika itu iaitu Saiyidina ‘Uthman dikepung oleh orang2 yang tidak berpuas hati dengannya (pemberontak). Ketika itu, ada kemungkinan para pemberontak akan memecah masuk dan mencederakan atau membunuh Saiyidina ‘Uthman.

 

Melihatkan situasi ini, Saiyidina ‘Ali memerintahkan anak2nya iaitu Saiyidina Hasan dan Saiyidina Husain untuk berjaga-jaga di luar rumah Saiyidina ‘Uthman bersama2 beberapa orang lain.

 

Pada suatu waktu, beberapa orang daripada pemberontak berjaya menyelinap masuk lalu membunuh Saiyidina Uthman. Melihatkan situasi yang huru-hara ini, Saiyidina ‘Ali telah mengambil langkah untuk mendiamkan/ menyembunyikan/ menyamarkan pewaris tarekat Saiyidina ‘Uthman agar orang itu dan kaum keluarganya tidak menjadi sasaran kaum pemberontak. Sejak itulah nama X itu hilang (atau sebenarnya disenyapkan) tetapi nama2 seterusnya ke bawah sampailah kepada Imam al-Ghazali itu ada.

 

Ada dua nama di situ tetapi tidaklah kita nyatakan. Biasanya kita akan kata tiada catatan atau tidak dihafal. Insya-Allah sekiranya tiba as-sa’ahnya, mungkin kita atau pewaris2 selepas kita akan keluarkan.

 

Petikan Kuliah khas Sanad2 Tarekat Ghazaliyah siri ke-3 (akhir)

Monday, July 27, 2026

Ashabul Kahfi dan Nusantara?

 

Di manakah lokasi sebenar Gua Ashabul Kahfi?

Setakat ini, tidak ada yang muktamad. Ada yang kata di :

i)                    Ar-Rajib, Jordan

ii)                  Ephesus, Turki

iii)                Tarsus, Turki

iv)                Izmir, Turki

v)                  Afsin, Turki

vi)                Azerbaijan

vii)               Mar Musa, Syria

viii)             Gunung Qasioun, Syria

ix)                 Chenini, Tunisia

x)                  Dan ada lagi kelompok2 kecil yang mendakwa gua sekian2 sebagai lokasi Ashabul Kahfi. Sampai ke Nusantara pun ada.

 

Macam biasalah, berkaitan hal2 yang hebat2 ni, maka banyaklah pihak yang akan buat dakwaan itu dan ini bahawa hal2 itu berkait dengan mereka atau pun dekat dengan mereka.

 

Contohnya : Tempat turun Nabi Adam, tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh, Gunung Tursina, tokoh2 atau kelompok2 dari Timur, istana Nabi Sulaiman, kerajaan Saba’, Al-Mahdi …… dsb.

 

Nasib baiklah Ka’bah itu masih ada. Sekiranyalah Ka’abah sudah runtuh atau hilang, sudah tentulah akan ada dakwaan bahawa Ka’bah itu di Nusantara dan tempat2 lain juga. Dalam keadaan Ka’bah tu masih kukuh berdiri pun, sudah sedia ada dakwaan bahawa Ka’bah sebenarnya berada di tempat2  lain seperti di Palestin dan di Jordan.

 

Sebenarnya orang2 dari wilayah2 lain pun di serata dunia ini mempunyai sentimen atau perasaan atau terperasan yang sama. Manusia umumnya  memang terdorong hendak mengaitkan hal yang hebat2 dengan tempat masing2. Walau ada sedikit sahaja pun macam ada kaitan, mereka akan berusaha membuat puzzle2 agar hal itu berkait dengan tempat mereka. Tetapi jika kita belajar ilmu as-sa’ah, insya-Allah sentimen ini akan terkawal dengan kaedah2 ilmu as-sa’ah.

 

-          Nota catatan daripada kuliah khas Ciri-ciri & Kualiti Ashabul Kahfi oleh Abu Zulfiqar al-Amsyari