Showing posts with label TAZKIRAH FACEBOOK. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH FACEBOOK. Show all posts

Wednesday, July 1, 2026

Himpunan Tazkirah Terkini

 

1. Luruskan adab terlebih dahulu, maka cantiklah dapatan ilmunya, lalu akhirnya cantiklah tindakan hasil daripada ilmu itu. Janganlah dilangkau atau tidak dihirau tentang pengamalan adab.

2. Berabdi (termasuklah beribadah) kerana mahabbah (cinta) itu membawa kepada keringanan, kelapangan dan keterpesonaan.

3. Qalbu yang bagus dapat melahirkan fikiran yang bagus, amal2 ibadah yang bagus dan tindakan yang bagus.

4. Antara detik terendah kita - apabila orang sedang dalam kesusahan yang berat, dan kita hendak sangat membantu, tetapi… kita tidak terdaya untuk membantu

5. Umumnya punca rasa bahagia adalah pada qalbu. Dan qalbu yang kuat itu, ia dapat membahagiakan qalbu2 yang lain.

6. Umumnya prepping paling penting dalam usaha untuk menghadapi dan melalui akhir zaman dna zaman akhir ialah prepping ilmu tentang as- sa'ah.

7. Al-islam meluruskan anggota badan.
Al-iman meluruskan akal fikiran.
Al-ihsan meluruskan kalbu dan perasaan.
As-sa’ah meluruskan persediaan dan tindakan.

8. Imam al-Ghazali, tabib kepada penyakit2 aqal dan qalbu - merawat masalah mental, minda, jiwa, hati, keluh kesah, dan anxiety dengan jalan agama.

9. Jasmani atau jasad ada waktu sihat dan sakitnya. Qalbu ataur uhani juga ada waktu sihat dan sakitnya. Maka tasawuflah yang jadi vitamin dan ubatnya.

10. Jika engkau mahu sekadar mencapai awan, cukuplah dengan berdiri di atas bukit. Tetapi jika engkau mahu menggapai bintang, engkau kena berusaha dan berkorban untuk terbang ke langit.

 

-          Tazkirah FB Abu Zulfiqar al-Amsyari, Jun-Julai 2026

Sunday, August 31, 2025

Himpunan Tazkirah Pendek Ogos 2025

 

 

1.     Merdekakanlah jiwa kami daripada penjajah yang bernama hasad dengki, takut terlepas dunia, pengecut, utamakan keredhaan makhluk, taksub, buruk kata2 dll.

2.     Minimakan masalah2 kecil dan remeh di sekeliling, kerana kita mahu tumpu kepada masalah2 besar yang sedang serata dunia ia berkeliling.

3.     Dari satu sudut, kekuatan kita untuk menghindari hal2 yang salah d sisi agama itu menunjukkan sejauh mana solat kita diterima- Nya, kerana solat mencegah daripada yang mungkar.

4.     Hayat ini amat sekejap. Kita istiqamah berjalan di jalan kebenaran dan perjuangan walaupun susah dan disusahkan.

5.     Merdekakan diri daripada pesona dan tarikan syaitan n keduniaan. Selalunya ia datang dalam rupa suka2an, hiburan, keseronokan, sanjung2an.

6.     Yang Allah, dan Rasul, malaikat, orang2 soleh puji dan redha, kita buatlah. Yang tak diredha, kita jangan buat walau seluruh dunia puji dan redha.

7.     Jika kita terus melayan lambakan hal2 penting2 dan kurang penting, maka tertutuplah hal2 yang lebih penting. Kena pandai menyaring.

8.     Apa yg kebanyakan manusia lihat, itu bukanlah yang sebenarnya. Itu semua adalah apa yang mereka mahu manusia lihat.

9.     Qalbu yang sihat amat banyak berperanan menjadikan badan yang sihat. Pelajari dan dalamilah tasawuf – ilmu tentang qalbu.

10. Jika hati ikhlas dan kuat yakin pada jalan sufi, insya-Allah Dia maklumatkan kita dengan maklumat2 luar biasa yang kita tak jangka2.

 

Himpunan Tazkirah Pendek Abu Zulfiqar Ogos 2025

Saturday, March 8, 2025

Himpunan Pesanan2 Pendek Abu Zulfiqar 2 2025

 

1. Yang dikata syahid itu banyak, tetapi yang benar2 syahid itu sedikit. Yang dikata wali itu banyak, tetapi yang sebenar2 wali itu sedikit.

 

2. Bukan pelita di luar yang tidak bernyala, tapi pelita di dalam dada yang terpadam apinya.

 

3. Tiap masalah mesti didahului oleh punca atau punca2. Kenalpasti lalu ambil tindakan, buat perubahan. Jika tidak, umumnya akan macam itulah sampai bila2.

 

4. Perbezaan zikr, zikrullah, lafaz zikir, lafaz zikrullah pun tak tahu, tapi mahu bersibuk2 mempertikai amalan ulama2 akhirat.

 

5. Empat kitab seumpama adik-beradik – Misykatul Anwar, Risalah Laduniyah, Ajaibul Qalbu (Ihya) & Riadotun Nafs (Ihya).

 

6. Dalam menyampaikan ilmu, selalu terasa seakan2 asyik terlambat memandangkan banyaknya ilmu yang mahu disampaikan dan sangat kurangnya ruang, masa dan tenaga untuk menyampaikan.

 

7. Rasa2 sedang sembah Allah, rupa2nya sedang sembah selain Allah yang disangkakan sebagai Allah. Ini yang kita sangat takut. Tak kenal Tuan, maka tak tepat sembahan.

 

8. “Yang expert ada juga tersalah.” – amat jarang berlaku.

“Yang expert ada juga menipu.” - selalu juga berlaku.

 

9. Kita menuju kepada-Nya (solat, umrah, haji) dan menziarahi kekasih-Nya (umrah, haji) hendaklah dengan qalbu yang suci, juga dengan jasad yang suci luar dan dalam.

 

10. Pengisian sewaktu ada daulah dan ada khalifah, tak sama dengan pengisian sewaktu tiadanya.

 

Siri Himpunan 10 Pesanan Pendek Abu Zulfiqar al-Amsyari