Friday, May 26, 2023

Menuju Jalan Pulang dan Menuju Asal Jalan (bah. 1/2)

 

Hendak sampai ke kaki gunung malah ke puncak gunung (menuju jalan pulang), kami boleh tolong bawa atau tolong tunjuk melalui banyak jalan, kerana ada pelbagai jalan dan lebih kurang sahaja alam jalannya. Tetapi dari puncak gunung untuk terbang naik ke lapisan2 langit (menuju asal jalan), kami hanya boleh tolong bawa atau tolong tunjuk melalui jalannya Imam al-Ghazali sahaja, kerana jalan2 ke sana tidak banyak lagi khusus, dan hanya jalan itu sahajalah yang kami ada pengetahuan dan akses tentangnya. Jalan2 yang lain, kami tidak ada ilmu dan akses tentangnya.


Jika dikau mahu ke "gunung" ma'rifatullah (awwal ad-diin, mengenal Allah, jalan pulang), kami boleh tolong bawa atau tolong tunjuk melalui banyak "jalan", kerana ada pelbagai "jalan" dan lebih kurang sahaja "alam jalan"nya. Tetapi dari "puncak gunung" awwal ad-diin ma'rifatullah untuk "terbang" naik ke "lapisan2 langit" (menuju asal jalan) iaitu "langit dunia" nisf ad-diin, "langit tinggi" akhir ad-diin dan "arasy" kamal ad-diin, kami hanya boleh tolong bawa atau tolong tunjuk melalui "jalan"nya Imam al-Ghazali sahaja, kerana "jalan2" ke sana tidak banyak lagi khusus, dan hanya "jalan" itu sahajalah yang kami ada pengetahuan dan akses tentangnya. "Jalan2" yang lain, kami tidak ada ilmu dan akses tentangnya. Hal2 yang kami tidak ada ilmu dan akses tentangnya, tidaklah kami dapat lagi tidak berani untuk menggunakan atau berpandai2 di dalamnya.


bersambung...


24/5/23

No comments: