Wednesday, December 29, 2010

SJ - Buku Tentang Tabut

PERTANYAAN:
Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya di rangkaian Facebook ini. Saya terjumpa alamat anda pun melalui blog anda. Saya begitu meminati blog penulisan anda.

Sudah lama saya dan suami mencari kupasan lengkap tentang tabut. Tapi belum pun dijumpai di pasaran.

Adakah saudara mempunyai buku tersebut? Atau saudara boleh memnbantu saya dan suami utk mendapatkan buku tersebut.

wassalam..


JAWAPAN:
Wlskm Siti Fatimah.

Terima kasih kembali. Setakat ini, saya belum jumpa sebarang buku yang membicarakan tentang tabut secara panjang lebar. Saya menulis tentang tabut di blog (http://myalexanderwathern.blogspot.com/) itu pun berdasarkan kajian sendiri sahaja.

Tapi mungkin ada buku2 luar negeri (berbahasa Inggeris), cuma di pasaran negara kita tak ada kot. WaAllahua'lam.


Abu Zulfiqar
29 Disember 2010
23 Muharram 1432

*Kebetulan tabut jadi popular dalam bulan ini memandangkan sudah dua kali filem "Indiana Jones : Raiders of The Lost Ark" di televisyen.

Tuesday, December 28, 2010

Ilmu & Dakwah Umpama Makan & Buang Air

Saya berpandangan... menuntut ilmu dan berdakwah itu seumpama makan dan buang air.

Sebagaimana pada setiap hari kita mesti makan, mesti ada benda masuk ke dalam tubuh jasmani kita, seperti itu jugalah pada setiap hari mesti ada ilmu yang masuk ke dalam tubuh rohani kita. Sehari tanpa makanan, kita tak tertahan. Seperti itulah sepatutnya kita usahakan... tak tertahan sekiranya sehari tanpa input ilmu, khususnya ilmu agama.

Banyak jenis makanan masuk ke perut kita, tetapi makanan ruji mesti ada. Jika rujinya beras, nasilah. Jika rujinya gandum, rotilah umpamanya. Jika rujinya jagung, jagunglah. Ilmu agama ialah makanan ruji kepada tubuh rohani kita. Kita tak sepatutnya berpuas hati sekiranya dalam sehari tiada ilmu-ilmu agama yang masuk, walaupun pelbagai 'makanan tidak ruji' lain sudah banyak yang masuk. Istiqamahlah dengan rutin sebegini.

Dakwah pula ibarat buang air. Ada sesiapa yang tidak buang air berupa air kecil, air besar ataupun berpeluh dalam sehari? Buang air ialah proses mengeluarkan sesuatu daripada dalam tubuh jasmani kita, dan ia mesti dilakukan pada setiap hari.

Semestinya dakwah begitu juga. Pada setiap hari hendaknya kita keluarkan sesuatu daripada diri rohani kita dan sebarkannya kepada orang lain, walaupun sekadar satu perkataan ataupun satu gerakan.

Pastinya kita tak sedap badan jika dalam sehari tidak makan dan buang air. Maka wajarlah berasa tak sedap badan (demam rohani) kalau sehari tanpa input ilmu dan output dakwah... mengikut kemampuan masing-masing.

"Ilmu dan dakwah itu umpama makan dan buang air, yang setiap hari ia mesti masuk ke dalam diri dan keluar daripada diri."


Abu Zulfiqar
28 Disember 2010
22 Muharram 1432

*Para sahabat yang berfaham Tajdid Segar mestilah mengusahakan perkara ini.

Sunday, December 26, 2010

Lenggong Disember 2010 (bah. 1)


MUZIUM ARKEOLOGI

Singgah di kedai laksa di selekoh Bukit Gantang, Taiping (jalan ke Kuala Kangsar) beli air soya. Kedai ni memang terkenal dengan air soya dan laksa ikan sardinnya. Alhamdulillah syukur, dapat membasahkan tekak.

Simpang masuk ke Muzium Arkeologi, Lenggong. Cantik kan?

Ada pameran buluh. Banyak contoh barang buatan manusia zaman dahulu yang diperbuat daripada buluh dipamerkan. Antaranya alatan dapur, alat permainan, keranda, bahagian-bahagian rumah, barang kugunaan sehari-hari dan lain-lain. Ikhtiar hidup yang menarik, kurniaan Tuhan kepada orang-orang terdahulu. Kebanyakan kita tak pandai buat dah benda-benda ni.

Rumah contoh. Ada sesiapa nak beli? Ala ala istana sangkut Mi dalam Do Re Mi : )

Di bahagian belakang (luar) bangunan pameran hasil buluh.


Ada laluan pejalan kaki di belakang ni. Apa yang menarik ye? Jom kita tengok!

Pelbagai jenis batu-batan berusia jutaan tahun. Dengan meneliti jenis batu-batan ini, manusia dapat menganggarkan usia planet bumi ini. Siapa tahu, dah berapa billion tahun usia 'ibu' kita ini?

Pemandangan ke bawah. Boleh tahan tinggi bang! Ni baru separuh jalan. Tinggi ke atas lagi nak daki nih.



Penat aih! Rehat sat. Dah tua-tua ni stamina memang 'ciput'. Kasi stabil pernafasan kejap sambil-sambil berzikir. Sunnah Nabi, apabila berada di tempat-tempat tinggi baginda akan bertakbir.


Di kemuncaknya ada pulak menara pandang setinggi 5 tingkat. Jenoh!!! Tak naik, rugi. Bukan selalu nak singgah ke sini.

Pandangan ke bawah dari tingkat tertinggi menara pandang. Alamak, zaujah n anak ana sekecil semut je! Anak yang lelaki tu naik sampai tingkat 3 je, lepas tu dia mula gayat dan turun.

Subhanallah... berbaloi termengah-mengah panjat menara ni. Terubat dengan pemandangannya. Tapi, ana pun dah berasa gayat.

Ada beberapa wakaf untuk berehat sebentar.


Bumbung Muzium Arkeologi.

Idea untuk buat wakaf di halaman rumah. Errr... untuk pondok tunggu durian pun ok gak ni : )

Di dalam bangunan muzium. Masuk percuma, dibenarkan ambil gambar.

Ada gua buatan kat dalam muzium ni. Tapi berbau kurang enak sikit. Entah mengapa. Boleh le nak lepaskan gian rasa suasana gua.