Ibarat hendak melintas jalan raya yang sibuk,
kita tidak boleh berjalan atau berlari terlalu laju
dan tidak boleh juga terlalu perlahan,
kerana nanti kita akan kemalangan.
Kelajuan melintas itu kena sesuai dengan keadaan,
sederhana tidak keterlaluan
- tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.
Tetapi sedikit laju atau sedikit perlahan itu masih sesuai
- mengikut kesungguhan diri pelintas, keadaan diri pelintas, dan keadaan lalu lintas.
Begitulah keadaannya dalam menuntut ilmu2 agama dan mencapai matlamat ilmu2 agama berkenaan. Lebih2 lagi jika kita sudah ketinggalan atau kelewatan. Janganlah kita masih di sebelah sini sedangkan orang lain sudah di pembahagi tengah atau di seberang jalan.
Jangan hanya menunggu tanpa melintas kerana kita di situlah kita selamanya terkandas. Hendak melintas memanglah perlukan keinginan, pengorbanan dan keberanian. Jika tidak ada ini 3 sekawan, tiadalah kemajuan. Jika kurang ini 3 sekawan, kuranglah kemajuan. Kita tidak boleh berjalan atau berlari terlalu laju dan tidak boleh juga terlalu perlahan, kerana nanti kita akan kemalangan. Kelajuan melintas itu kena sesuai dengan keadaan, sederhana tidak keterlaluan - tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Tetapi SEDIKIT laju atau SEDIKIT perlahan itu masih sesuai - mengikut kesungguhan diri pelintas, keadaan diri pelintas, dan keadaan lalu lintas.
Bagaimana melintas yang sederhana itu?
Berjalan lebih laju daripada biasa. Berjalan pantas namanya.
Bagaimana melintas sedikit laju itu?
Berlari-lari anak. Elakkan daripada lari pecut kerana berbahaya.
Bagaimana melintas sedikit perlahan itu?
Berjalan macam biasa. Elakkan kurang daripada itu kerana berbahaya juga.
Apabila kita menjadi guru, semua jenis larian dan lintasan pun ada pada murid2 kita dan orang2 yang mendapat ilmu daripada kita iaitu :
i) Ada yang melintas secara LARI PECUT lalu kemalangan (iaitu tersalah fahaman, terperangkap dengan fahaman sesat, terkapar di tengah jalan, tidak sampai ke seberang jalan yakni tujuan). Jenis ini biasanya tidak sabar2, terover berani atau berani membabi-buta, terlebih yakin, suka melanggar adab dan peraturan jalan raya, kuat sifat2 mazmumah, terasa diri sendiri cukup bijak dan cukup pandai, serta mahu menunjuk2 kepada orang ramai)
ii) Ada yang melintas secara BERLARI2 ANAK. Jenis ini sangat bagus (gigih, tumpu, patuh adab dan peraturan jalan raya, berani pada kadar yang terbaik, cepat pada kadar yang terbaik, dan yakin pada kadar yang terbaik). Biasanya jenis ini berjaya sampai ke tujuan dan lebih cepat tiba berbanding orang2 lain.
iii) Ada yang melintas secara BERJALAN PANTAS. Jenis ini memang bagus (sebagaimana kebanyakan manusia BIASA iaitu pada kadar yang SEDERHANA dari segi kegigihan, tumpuan, keberanian, kecepatan dan keyakinan) Biasanya jenis ini ramai juga yang berjaya sampai ke sebarang cuma agak lambat tiba berbanding jenis (ii) tadi. Kadang2 orang yang melintas kemudian daripadanya pun dapat memintasnya di tengah jalan.
iv) Ada yang melintas secara BERJALAN BIASA. Jenis ini agak bagus atau masih bagus juga (cuma LEMAH atau KURANG dari segi kegigihan, tumpuan, keberanian, kecepatan dan keyakinan). Jenis ini insya-Allah berpeluang sampai ke seberang tetapi paling lewat berbanding jenis (ii) dan (iii). Jika jalannya ada 8 lorong (4 lorong sebelah), mereka kena berhenti beberapa kali di tengah lorong2 Selalu berlaku orang2 yang melintas kemudian daripada mereka pun dapat memotong di tengah jalan.
v) Ada yang masih TIDAK BERGERAK2, sekadar BERANGAN2 hendak melintas sahaja. Mahu melintaskah atau tidak? Mahu kejar ilmu2 dan matlamat2 agama atau tidak aku ini? Asyik terfikir2, berehat2, berlambat2 dan melihat2 (SANGAT LEMAH atau sebahagiannya TIADA kegigihan, tumpuan, keberanian, kecepatan dan keyakinan). Mereka memang nampak kepentingan untuk melintas jalan tetapi hati masih kuat terpaut dengan kesenangan2 keduniaan yang membuatkan mereka berat badan untuk memulakan pergerakan. Jenis ini biasanya tidak ke mana-mana selagi tidak berani dan enggan mengubah dirinya.
vi) Dan ada juga orang2 yang TIDAK TERFIKIR PUN UNTUK MELINTAS. Mereka tidak terasa pun bahawa melintas jalan ke sebarang itu (belajar ilmu agama dan mencapai matlamat2nya itu) ada kepentingan. Sesiapa yang mahu, lintaslah. Sesiapa yang tidak berminat, tidak engapa dan tidak ada kurangnya. Buat tak tahu sahaja. Tak perlu pening2 kepala.
vi) Dan... ada juga jenis manusia dan jin yang memang TIDAK SUKA dirinya melintas malah tak suka juga orang2 lain melintas. Yang mereka suka ialah cuba menghalang orang2 yang mahu melintas (yang mahu belajar ilmu2 agama dan mencapai mtlamat2 ilmu agama).
KESIMPULANNYA
Kita cubalah jadi jenis yang berlari2 anak. Jika tidak dapat, jadi jenis yang berjalan pantas pun sudah cukup baik. Jika tidak dapat juga, sekurang-kurangnya jadilah jenis yang berjalan biasa.
28/5/23
No comments:
Post a Comment