Showing posts with label TAUHID. Show all posts
Showing posts with label TAUHID. Show all posts

Saturday, April 4, 2026

Yang Paling Penting : Prepping Ilmu

 

 

1.      Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu al-iman (‘aqidah, usuluddin, tauhid wilayah ‘aqal, kesejahteraan amal2 wilayah ‘aqal dsb), kenalah prepping ilmunya.

2.      Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu al-islam (fiqh, usul fiqh, hukum-hakam, kesejahteraan amal2 wilayah anggota dsb), kenalah prepping ilmunya.

3.      Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah, awwaluddin, akhiruddin, kamaluddin, tauhid wilayah qalbu, kesejahteraan amal2 wilayah qalbu dsb), kenalah prepping ilmunya.

4.      Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam fardhu as-sa’ah (akhir zaman, zaman akhir, awal zaman akhirat, wilayah zaman dsb), kenalah prepping ilmunya.

 

Hendak menghadapi dan melalui cabaran serta masalah2 dalam keempat2 tungku agama atau tiang ad-diin sebagaimana yang ditekankan dalam hadith Jibril ini, kenalah prepping ilmu2nya. Prepping bukan dari segi makan minum dan kelangsungan hidup di dunia ini sahaja (walaupun majoriti manusia memang telah, sedang dan akan terus buat begitu). Prepping paling utama = ilmu.

 

Maka dalam keempat2 fardhu agama ini, kita mestilah berusaha mencari ilmunya, kita berguru, dapatkan ilmu yang melalui sanad yang muttasil (tiada terputus), dan kita belajar berterusan dari semasa ke semasa.

 

Contohnya, jika kita tidak ada ilmu tungku al-iman (‘aqidah) lalu kita tidak mencari ilmunya, kita tidak pernah berguru dan tidak pernah belajar - bagaimana kita hendak hidup beraqidah dengan benar, menyaring isu2 berkaitan ‘aqidah, melalui cabaran2 ‘aqidah dsb? Ilmu tungku ‘aqidah ini bukan boleh direka2, atau dikaji2 sendiri, atau sepenuhnya mengikut2 sahaja kata2 orang itu orang ini. Paling kurang pun kita sudah pernah berguru dan belajar dengan orang2 yang sepatutnya dan melalui jalan yang sepatutnya.

 

Maka, prepping yang paling utama adalah prepping ilmunya (tanpa meninggalkan prepping hal2 lain).

 

-          Petikan pengisian lanjutan ilmu as-sa’ah & ilmu alam al-Imam al-Ghazali, 24 Mac 2026 bagi Kumpulan A

 


Sunday, December 14, 2025

Jangan Salahkan Takdir

 

Pertanyaan : Ada seorang hamba Allah yang berkata tentang dirinya sendiri, yang lebih kurangnya bermaksud… dia rasa dirinya mungkin Allah sudah takdirkan jadi “buruk” dalam sudut tertentu. Jadi dia seolah2 menyalahkan takdir Allah pada bahagian itu. Apa pandangan tuan?

 

Jawapannya : Alah ‘Azza wa Jlla berfirman : "Dia (Allah) tidak dipersoal tentang apa yang Dia buat, tetapi merekalah (manusia dan jin) yang akan ditanya (tentang segala yang mereka buat)". (Al-Anbiya’ : 23)

 

Semua yang Allah buat (termasuklah tentang semua yang Dia takdirkan), kita tidak dibenarkan untuk bersibuk2 tentangnya. Dia takdirkan kita jadi macam mana pun, kita jangan sesekali bersibuk2, persoal, bercakap itu ini, berasa itu ini, berpandangan begitu begini – kerana semua itu wilayah kerja Dia, tidak akan dihisab, tidak akan dipersoal, dan tidak akan diminta pertanggungajawaban. Kita yakin takdir Allah itu ada dengan sepenuh hati. Itu sahaja. Isi kandungan takdir itu tidak boleh kita nak bercakap apa2

 

Yang pasti akan dihisab, dipersoal, dan diminta pertanggungjawaban ialah apa yang kita buat. Maka kita wajib bersibuk2 bahagian ini sahaja. Bahagian takdir tadi kita percaya sepenuhnya, serah kepada Allah sepenuhnya, dan berdiam daripada membicarakannya.

 

Contohnya : Allah takdirkan seseorang itu main dadah, atau main perempuan, atau hobi suka berjudi. Segala takdir Alah itu tidak akan diminta pertanggungjawaban, tidak akan ditanya oleh Allah, tidak akan dihisab – kerana itu kerja Dia. Yang akan ditanya, disoal, dihisab, diminta tanggungjawab, diseksa dsb ialah bahagian kerja kita (usaha kita).

 

Contohnya : Seseorang itu jadi macam orang Saduum dan ‘Amuurah (“suka” sesama lelaki di kota Sodom dan Gomorrah). Maka di akan dihisab dengan hisab yang sangat teliti lagi amat lama. Mungkin bertahun2 dan mungkin ribuan tahun.

Apa usaha engkau untuk keluar daripada jadi golongan Saduum dan ;Amuurah?

Sekuat mana usaha engkau itu? Lebih lemah? Level biasa? Level mujahadah?

Bila engkau berusaha tu? Berapa kali? Selama mana usahanya tu?

Engkau ada baca ayat2 Quran dan hadith tentangnya?

Engkau salahkan takdir Aku? Kan Aku dah bagitahu dalam Quran bahwa segala kerja Aku (termasuk takdir Aku) tak boleh dipertikai, tak boleh engkau bersibuk2, tak boleh engkau persalah?

Siapa yang ada engkau jumpa untuk tolong selesaikan masalah engkau ini?

Dan pelbagai lagi hisab yang amat tersentimeter.

 

Jadi, jika seseorang itu berasa yang dia ditakdirkan buruk dalam sesuatu perkara, yang perlu dia fikirkan dan usahakan adalah bagaimana cara untuk dia ubah perkara tersebut. Bukannya dia bersibuk2 pula dengan kerja Allah dengan kata2 (contohnya) : “Ini semua takdir Allah. Aku terima aje.”

Ini sangat berbahaya. Sudahlah dia membiarkan sahaja perkara buruk itu ke atas dirinya, dia tambah pulak lagi dengan bersibuk2 dengan wilayah kerja Allah. Dua kesalahan sekaligus.

 

Yang semestinya dia cakap dan usaha :

Apa aku nak buat? Bila aku nak buat? Siapa yang aku kena jumpa? Macam mana caranya? Dsb. Ini semua akan dihisab. Wallahua’lam.

Monday, May 12, 2025

Pertanyaan tentang isi kandungan Risalah Ath-Thair atau Risalah Burung

 

Pertanyaan tentang isi kandungan Risalah Ath-Thair atau Risalah Burung

 

Jawapan : Ceritanya - Burung2 itu (manusialah, kita) asalnya tidak ada ilmu tentang HAKIKAT. Mereka tidak ada pengetahuan, pemahaman dan kesedaran tentang hakikat.  Pendek kata, belum belajar ilmu hakikat. Umumnya mereka masih berfaham SYARIAT. Mereka masih “duduk” dalam wilayah syariat sahaja. Mereka masih merasa bahawa segala usaha dan kerja mereka itu ada memberi sebarang bekas/ kesan/ akibat. Tetapi mereka ini yang bagusnya ada fikir (ada kesedaran) hendak “mendekati” Allah.

 

Suatu hari, mereka teringin hendak mendalami ilmu agama, hendak “mendekati” Allah.

Jadi, mereka pun terbanglah/ mengembaralah/ berusahalah/ berkorbanlah (contohnya cari kawan2, cari jemaah, buka kitab, berguru, belajar, beramal dan sebagainya). Ini wilayah TAREKAT. Mereka sudah cari jalan (tariq), dah jumpa jalan, dan sudah mula berjalan, sudah mula berusaha. Tapi…ada yang berhenti/ terhenti awal, ada yang separuh jalan, ada yang sudah dekat2 hendak sampai. Macam2lah yang berlaku.

 

Al-kisahnya, mereka yang baki (yang masih bertahan) ini sampailah ke satu maqam orang baik2lah, lebai2lah, alim2lah, abid, orang soleh dan sebagainyalah. Tapi, mereka masih tidak tahu, tidak faham dan tidak sedar tentang hakikat. Macam kebanyakan orang dalam masyarakat kitalah.

 

Lalu mereka menyangka bahawa dengan segala usaha dan pengorbanan mereka itu tentulah ada apa2nya kepada Allah (kerana mereka tidak tahu, tidak haham dan tidak sedar akan hakikat). Maka kononnya layaklah mereka masuk lebih “dekat” lagi, dan menjadi orang2 pilihan Allah.

 

Tapi, ternyata tidak dak apa2nya pun kepada Allah. Mereka berusaha atau tidak, berkorban atau tidak, Allah sudah sedia Maha Sempurna dan Maha Kaya. Mereka buatlah apa pun, Dia tidak bertambah dan tidak berkurang. Tidak adak kesan apa2 langsung pada Dia. Dia tidak perlu kepada siapa2/ apa2 termasuklah orang2 (burung2, kita) yang berusaha dan berkorban itu.

 

Di sini sini burung2 itu dapatlah ilmu baru. Rupa2nya usaha dan korban mereka itu tidak apa2 langsung kesan kepada Allah. Maka, mereka pun berasa hampa dan kecewalah. Jadi, nak usaha apa lagi dah… dok tara tu je lah. Takkan hendak berpatah balik jadi macam dulu2. Jadi, mereka pun hendak kekal jadi orang baik2 sahajalah. Buatlah amal ibadat macam biasa. Tidak adalah hendak berusaha dan berkorban hendak mencapai lebih jauh atau lebih dalam lagi. Mereka hendak “duduk” pada maqam itu sahajalah sampai ke mati.

 

Di sinilah mereka tersilap. Sebenarnya mereka ada rugi. Rugilah kalau mereka hendak kekal setakat itu sahaja, setakat level tarekat sahaja, setakat jadi ahli ibadah sahaja. Memanglah jika mereka berusaha dan berkorban, Allah tidak untung dan tidak rugi apa2. Tapi… sekiranya mereka tidak berusaha dan tidak berkorban… merekalah yang rugi. Maka… dapatlah satu ilmu baru lagi. Tapi… mereka masih belum belajar level hakikat.

 

Setelah memahami perkara ini, barulah mereka sedar yang mereka sebenarnya kosong, tidak ada apa2, faqir belaka. Sebelum ini mereka terperasan sahaja ada berbuat sesuatu, kononnya banyak usaha dan pengorbananlah. Padahal tidak ada apa2 pun. Inilah pelajaran baharu lagi untuk mereka.

 

Setelah sedar diri kita ini tidak ada nilai apa2, maka ketika itulah baru senang hendak mendaki ke puncak. Selagi berasa diri itu ada sesuatu, selagi itulah lambat. Kena faham bahawa diri itu faqir (bukan faqir macam kita dok faham kat dunia ni, tap faqir dalam erti kata tak dak apa2 langsung).

 

Apabila sudah faham dan sedar ilmu yang baru ni, semangat mereka pun naik semula. Usaha dan pengorbanan mereka ada nilai atau tidak, mereka tetap kena terbang jauh lagi, kerana hendak “dekat” lagi dengan Allah.

 

Namun mereka bertanya kepada tok guru : “Macam mana dengan orang2/ kawan2 yang tidak sempat sampai ke maqam kami sekarang ini, yang berhenti atau terhenti separuh jalan?” Tok guru beritahu… mereka semua itu tetap dapat pahala (mengikut keadaan masing2). Sesiapa2 yang mati ketika sedang dalam jalan menuju Allah, sebenarnya mereka tetap “hidup” di sisi Allah menurut maqam masing2. Jangan risau.

 

Burung2 itu pun tanya : “Boleh ke hendak “menyaksikan” keadaan mereka yang dikatakan (tak sempat sampai ketika sedang berusaha lalu meninggal dunia) “hidup” itu?”

Tok guru kata… Tak boleh. Belum lagi. Nanti kalian dah mati, baru boleh “nampak”.

 

Mereka bertanya lagi : “Macam mana pulak dengan orang2 yang tidak mahu ambil tahu, tidak mahu belajar, tidak mahu berguru, tidak mhau berusaha, tidak mahu luangkan masa untuk mencapai ha;2 ini?”Tok guru jawab… itu dari segi hakikatnya - Allah yang menentukan. Ertinya Allah tidak pilih merekalah. Jika Allah memilih mereka, sudah tentu mereka akan berusaha untuk “datang”. Yang kalian berusaha “datang” semua ini, ingat kaliankah yang ada kuasa hendak berfikir, hendak merancang, hendak berusaha semua ni? Kalian kosong! Semua itu Allah punya kerja (dari segi hakikatnya)!

 

Di sini ada pelajaran baru lagi…iaitu ilmu tentang hakikat. Sebenarnya pada hakikatnya Allah yang buat semua itu. Yang kita nak rasa cari tahu, faham dan sedar akan hakikat ni, Allah yang buat. Kita tidak ada sebarang kuasa langsung (dari segi hakikatnya).

 

Barulah mereka faham ilmu hakikat (tapi masih belum sampai ma’rifat, kerana Risalah Burung ini matlamatnya setakat hakikat sahaja. Mereka tidak sempat kenal pun raja dalam istana itu lagi.) Barulah mereka faham hakikat dan cmenapai hakikat. Setelah tahu, faham dan sedar akan hakikat, maka barulah mereka rasa tenang hati. Semuanya kerja Allah dan dalam rahsia Allah, termasuklah tentang orang2/kawan2 mereka yang jenis tidak mahu belajar dan mencapai itu. Tamat.

 

Macam yang sahaya kata awal2 dululah… Risalah Burung ini sebenarnya mudah sahaja (sebab ia hendak bercerita tentang dari syariat -lalui tarekat - dan capai hakikat. Setakat itu sahaja ceritanya – daripada tidak tahu, tidak faham dan tidak sedar akan hakikat… sampailah tahu, faham dan sedar akan hakikat).

 

Kesimpulannya – walaupun pada hakikatnya semua adalah kerja Allah, tapi kita tetap kena berusaha untuk mencapai-Nya. 080525