1. Cetusan api dengki dalam hati kita itu sebenarnya naar yang didahulukan oleh Allah di dunia ini. Berhati2lah.
2. Syaitan2 : "Seronok jumpa orang2 yang mudah ditakut2kan. Macam2 kami boleh buat untuk pekena atau guna untuk kepentingan kami.
3. Iblis syaitan pun tak jemu buat dakyah. Kita jangan jemu buat dakwah.
4. Lagi banyak orang viralkan isu2 tak berfaedah atau kurang faedah, lagi banyak kita pos bahan2 dakwah.
5. Berdepan dengan syaitan2, jangan terover berani dan jangan takut tak memasal. Biar tongah2 dan bersesuaian - senang nak maju mundur ikut situasi.
6. Semut2 akan terus menjadi hamba dan permainan kepada belalang2 selagi semut2 tak bangun menolak belalang beramai2.
7. Belalang2 hanya sedikit dan sekuat sekuat mana, cuma semut2 yang jauh lebih banyak itu tak sanggup untuk bangun bersama2.
8. Kumpulan manusia yang tak mahu cuba bangun berdiri walau dipijak berkali2, akan terus dipijak berkali2 lagi. Hanya untuk satu kali peluang, cubalah bangun.
9. Paku termasuk ke dalam tapak kaki, jangan harap pada ubat sapu2 sahaja. Pakunya kena dikeluarkan.
10. Musim raya kali ini (2023) jumpa ramai betul orang yang sebelum ini sepasang tapi kini seorang - kerana kematian atau perceraian. Kita ambil pengajaran dan iktibar lalu menterjemahkannya ke dalam tindakan.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
(Dihimpunkan semula pada 1 Mei 2023)
No comments:
Post a Comment