Saturday, May 20, 2023

Alam Melayu Ini Kecil Sahaja?

 

Alam Melayu itu kecil sahaja. Benarkah?


Menurut Alfred Russel, Alam Melayu itu sampai ke Filipina, Papua dan Kepulauan Solomon.


Menurut Dr. Ismail Hussein pula, Dunia Melayu itu sampai ke Kemboja dan Vietnam.


Manakala menurut Dr. Nik Hassan Shuhaimi, Alam Melayu itu sebenarnya lebih luas sehingga ke Madagascar di barat, selatan Jepun di utara, kepulauan Pasifik (termasuk Fiji, Tonga dan Samoa) di timur dan New Zealand di selatan. Termasuk di dalamnya ialah sebahagian daripada Sri Lanka, Taiwan, Indochina dan Australia.


Jadi, Alam Melayu itu sangatlah luas, Jika kawasan lautan itu tanah daratan, mungkin Alam Melayulah yang paling luas di muka bumi ini. Wallahua'lam.


18/5/23

No comments: