Sunday, May 21, 2023

"Serangan" Riang2, Cengkerik dan Belalang

 

Zaman sahaya kecil2 dahulu (awal 80-an), apabila tiba musim riang2, memang sangat banyak jumlahnya. Biasanya berlaku sekitar Tahun Baru Cina. Pada waktu pagi ketika berjalan ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 400 meter itu, di tepi2 sepanjang jalan itu penuh dengan riang2 bergelimpangan. Ribuan ekor malah lebih lagi rasanya. Bunyinya al-maklumlah.


Tapi lama-kelamaan jumlahnya makin berkurangan. Pada awal tahun2 90-an, adalah juga di serata tiang lampu walaupun tidak sebanyak dulu. Ada budak2 nakal yang kutip dan penuhkan peti surat merah di tepi jalan. Mesti bengang abang posmen yang buka peti surat tu.


Kemudian, jumlahnya lagi berkurangan sampailah sekarang. Kadang2 dalam setahun tu tak sempat jumpa seekor pun (sayalah tu).


Di Tanah Haram pun ada musim serangga2 tertentu yang sespesis dengan cengkerik, lipas, belalang dan lain-lain. Ada tahun2 yang jumlahnya kurang atau biasa2 sahaja, dan ada tahun2 tertentu yang jumlahnya luar biasa banyak. Antaranya pada tahun 2019 lalu pernah terjadi sangat banyak serangga yang dikatakan sejenis cengkerik "menyerang" kota Makkah. Yang terkini (2023) dapat pula khabar mengatakan banyaknya belalang "menyerang" kota Madinah. Wallahu'lam.


*Merindui pepatung kecil comel pelbagai warna yang banyak di longkang2 dan parit2 kecil. Terbangnya tak laju macam pepatung biasa yang berdesup macam jet pejuang tapi perlahan sahaja macam helikopter. Ia terbang pun rendah sahaja. Mudah hendak menangkapnya. Rasanya sudah 40 tahun tak jumpa pepatung jenis tu.


19/5/23

No comments: