Showing posts with label KARYA SENI. Show all posts
Showing posts with label KARYA SENI. Show all posts

Thursday, June 1, 2023

Mungkin Kini Baru Kausedari

 

Orang2 yang menyarankan

atau menggesa dikau

berbuat itu ini dahulu,

kini sekadar boleh

menyatakan simpati atas kehilanganmu,

mengucapkan syafakallah atas ketidaksihatanmu,

atau takziah atas pemergianmu.

Kadang2 tidak ada pun.


Kepada kami

orang2 yang engkau tidak pandang tempoh hari

jugalah tempat engkau mengadu nasib kini.

Semoga engkau mengerti

siapa sebenarnya yang benar2 peduli

akan kebaikanmu

selama hari ini.


1/6/23

Tuesday, April 18, 2023

Pesanan Ayah Menuju Perjumpaan Syawal

Kisah rekaan... Ayah memang suka berjenaka. Tapi kalau bab agama, ayah tegas. Anak ayah ramai. Jarang ayah wasap panjang2 personal kat anak2 dia. Tapi kali ni awai2 posa hari tu dia tulih panjang kepada anak2 dia yang boleh kata beduit dan yang tengah2 (antara beduit dengan dak) bebanding anak2 lain. Anak2 yang hidup selalu kekurangan tu dia tak wasap sekali. Jom baca apa yang ayah tulih.


@@@


Time kita berkumpoi raya nanti, kalau dapat la, anak2 ayah termasuk cucu2 elak la pakai baju hat mewah2, pasai ada orang2 lain dalam keluarga, sedara-mara dan jiran tetangga kita di kampung ni jenih yang tak mampu atau tak berapa nak mampu. Depa mungkin akan terasa rendah diri, mungkin jugak akan ada yang dengki, mungkin timboi perasaan nak berlumba2 pulak antara sesama yang mampu, mungkin ada yang tak mampu tapi awai2 dah terpaksa berutang, mencuri atau menipu sebab nak nampak setara jugak dengan adik-beradik yang mampu, mungkin ada anak cucu yang akan pandang rendah ibu bapa depa yang tak mampu dan lebih sanjung orang lain, dan... macam2 lagi la akibat dia.


Tapi, kalau kita pakaian hat yang besa2 ja, yang lebih kurang setara atau lebih sikit ja, mungkin kita dapat jadi penyelamat supaya hai2 tadi tak berlaku. Kalau berlaku pun, kecik la mudarat dia tu.


Macam tu jugaklah dengan barang2 perhiasan, barang2 kemas, kereta moto dan semua2lah. Tu kalau dapat la. Memanglah dalam keadaan2 tertentu kita tak boleh nak elak. Yang tu ayah paham. Contohnya kalau kereta berjalan jauh kita satu tu ja, kebetulan jenih mahai pulak. Yang tu tak pa la. Yang kita maksudkan ni dalam hai2 yang sekiranya dapat saja. Harap paham la noo?


Kita tak menunjuk pun orang dah sedia maklum yang kita mampu. Kot2 kita nak motivasikan keluarga, bagi contoh ja dengan pakaian yang tutup aurat dengan sempurna, kekemasan diri, akhlak yang mulia, amai2 soleh hari2 yang kita jaga, kata2 yang ada manfaat dan lain-lain lah. Motivasi ni tak semestinya dengan duit, harta, cerita2 kekayaan dan alam mewah2 ja.


Kalau ada jam tangan harga kahyangan keinderaan, pakailah jam tangan kedua yang rega dia bawah sikit daripada hat kahyangan keinderaan tu. Kalau ada la. Kalau tak dak tu, sorok2 la sikit.


Kalau ada cincin emaih tembaga kuprum loyang kromium 10 jari, pakai la 2-3 jari ja.

Ada gelang emaih sampai ke pangkai ketiak? Pakai 2-3 urat dah la. Berat kalau banyak2. Hangpa pun bukan jenih main gym.


Ada pulak gelang emaih besaq lengan jenih lipan jenih tayar kereta kebai? Ganti la sekejap dengan yang besaq jari. Orang kagum dah aih. Lawa pun. Anak menantu ayah mana ada yang tak segak.


Rantai tengkok berlapis 10 dan ada yang labuh sampai ke lutut? Pakailah 1-2 ja dan labuh setakat dada sudah la kot. Jenoh nak bejalan nak buat kereja kalau labuh2 sangat.


Batu ladung batu loket kat rantai tu kalau berat sampai sekilo, sementara ni pakai yang besaq duit dua kupang dulu. Berat2 sangat nanti terempuk kat pinggan, pecah.

Pakaian kena lenggek steamroll tak berkedut, terjun tiruk ke sungai tak basah, dok tengah bendang masa panas lik lik tak berpeluh, rega ribu riban? Pakailah yang bawah sikit daripada tu. Tapi kalau orang lain tak perasan kata baju tu mahai nak mampoih, ok la. Habaq la kata rega dia besa2 ja. Tu pun kalau ada orang gatai nak tanya. Kalau dak, dok diam ja la.


Nak pakai jugak2 necktie besaq sejadah dengan baju kot James Bond time raya ni? Tok sah lah kot. Pakai la sat baju Melayu ka, kurta ka, jubah ka, baju Kedah ka. Tie tu kalau nak jugak, ganti la dengan selendang ka shaul ka. Shaul jangan hat yang mahai2 pulak. Pilih hat yang besa2 ja.


Ayah didik hangpa semua sikit-sebanyak ilmu agama sejak hangpa kecik kemetot sampai la pakat keluaq pi kereja menikah belaka, kenang2 la balik pelajaran2 tu. Mana2 yang boleh jatuhkan kita ke lembah sifat2 mazmumah tu, kita pakat benam belaka. Hat yang mahmudah, yang tu yang kena jadi pakaian hari2 kita.


Jangan ada langsung terdetik perasaan nak menunjuk2, nak berasa lebih daripada orang lain, berasa hebat, dan sebagainya la. Jangan bagi peluang langsung kepada kehendak hawa nafsu kita dengan setan. Tutup pintu teroih! Kunci rapat! Biaq kehendak hawa nafsu kita dan setan menangih melalak beguling sebab kita tak bagi chan walau sikit kat depa. Pastikan kita yang menang, bukan depa yang menang pada hari kemenangan Aiil Fitri yang mulia ini. Amboih, ayah dah macam bagi khutbah pulak dah aih. Tapi memang semayang raya tahun ni giliran ayah jadi tok imam.


Apa yang ayah tulih ni hangpa jangan kecik ati naa. Ni bukan benda baru. Hangpa kecik2 masa anak teruna anak dara dulu ayah dah tarbiah pi dah. Ulangan ja ni. Jangan marah noo. Ayah sayang hangpa semua. Harap2 Allah kumpoikan la kita semua dalam syurga Dia nanti.


Ni semua kalau dapat la. Kalau tak dapat, tak pa. Kita faham.


Salam sayang tak pernah berubah sejak hangpa kecik... daripada ayah.... dan mak sekali. Satgi tak boh nama dia, dia tarik muka pulak. Bukan buleh dengan dia ni. Apa nak buat... sayang bini.


@@@


Atas ketentuan-Nya, pada malam 17 Ramadhan lalu, ayah telah kembali kepada Kekasihnya. Ayah tak sempat melihat bagaimana kami semua adik-beradik, anak menantu, cucu2 sepakat buat macam yang ayah pesan. Namun insya-Allah mesej panjang ayah akan tetap di hati, di amal dan di telefon kami. Semoga Allah tempatkan Allah dalam kalangan para muqarrabin, dikurniakan minuman Tasnim, dan mendapat kenikmatan tertinggi iaitu "memandang"-Nya. Kami sayang ayah.



17/4/23

DTS


Friday, April 22, 2022

Kebenaran dan Para Pejuangnya

 

Kebenaran bukan jenayah tetapi kebaikan.

Kebenaran bukan untuk disembunyikan sebaliknya untuk disampaikan.


Kebenaran bukan untuk ditakuti tetapi untuk dikasihi

Kebenaran bukan untuk dijauhi tetapi untuk didekati.


Kebenaran tidak mendatangkan dosa melainkan pahala.

Kebenaran tidak mendatangkan murka melainkan cinta.


Kebenaran bukan untuk tidak diambil peduli tetapi untuk dicari.

Kebenaran bukan untuk dinafi tetapi untuk diakui.


Kebenaran bukan untuk ditinggalkan tetapi untuk diperjuangkan.

Kebenaran bukan untuk dibangkang melainkan untuk diperkukuhkan.


Kebenaran pasti tidak merugikan walau sedikit pun di akhirat sana

sebaliknya memberi keuntungan yang sangat berkali ganda.


Hamba-hamba-Nya yang perjuangkan kebenaran itu

mendapat kebaikan daripada-Nya, dikasihi-Nya,

dihampirkan kepada-Nya, diberi-Nya pahala,

dikurniakan-Nya cinta, diakui-Nya, dikuatkan-Nya,

dan beroleh keuntungan2 berlipat kali ganda

di akhirat sana.... di sisi-Nya.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

22/4/22

Saturday, January 29, 2022

Dia Kira Dia Je

 

Keadaan dia, minta orang faham.

Keadaan orang, dia tak pula minta faham.

Sungguhpun begitu

kita tetap juga cuba untuk memaham.


Kesusahan dia, minta orang perjuangkan.

Kesusahan orang, dia tak pula nak bantu perjuangkan.

Sungguhpun begitu

kita tetap juga cuba untuk perjuangkan.


Bebanan dia, minta orang bantu.

Bebanan orang, dia tak pula minta nak bantu.

Sungguhpun begitu

kita tetap juga cuba nak bantu.


Kesulitan dia, minta orang bertolak ansur.

Kesulitan orang, dia tak pula mahu bertolak ansur.

Sungguhpun begitu

kita tetap juga cuba untuk bertolak ansur.


Kesalahan dia, minta orang maafkan.

Kesalahan orang, dia tak pula mahu memaafkan.

Sungguhpun begitu

kita tetap juga cuba memaafkan.


Januari 2022

Dulu Tak Tahu, Sekarang Dah Kenal

 

Dulu ku tak tahu, sekarang ku dah kenal.

Dulu ku tak percaya, sekarang ku dah sesal.


Kini ku dah kenyang, tak mau tambah lagi.

Walau ku diundang, aku takkan pergi.


Nanti ada lagi? Aku dah bertekad!

Walau apa jadi, putus ku muktamad!

 

Januari 2022

Saturday, January 8, 2022

Bicara Kesedaran

 

Ada orang cepat sedarnya.

Ada orang lambat sedarnya.

Ada pula orang yang tidak sedar-sedar.

Dan ada juga orang yang tiada kesedaran.


Ada orang yang mahu menyedarkan.

Ada orang yang mahu disedarkan.

Tapi ada orang yang tidak mahu menyedarkan,

Dan ada orang yang tidak mahu disedarkan.

Semakin Hari Semakin Percaya

 

2022

Yang tidak percaya

sudah ada yang mula berada di tengah2

antara percaya dan tidak percaya.


Yang belum percaya

sudah mula ada percaya.


Yang sedikit percaya

sudah mula banyak percaya.


Yang banyak percaya

sudah semakin penuh percaya.

Tuesday, January 4, 2022

Restock Kitab/Buku2 Abu Zulfiqar

 

Insya-Allah dalam proses restock semula karya2 sahaya setelah 7 bulan out of stock (kerana kekurangan kemampuan untuk melakukannya - boleh rujuk penulisan berkaitan masalah ini di http://alexanderwathern.blogspot.com/2021/12/kisah-sebenar-pembuatan-dan-penjualan.html ). Sepanjang tempoh itu, sesekali masih masuk mesej bertanya walaupun sudah dimaklumkan tiada. 

 



Atas permintaan yang masih berterusan, kami usahakan untuk dua karya terawal lebih dahulu iaitu :

1. Kitab Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Petikan, Ringkasan & Rumusan kitab induk Ihya' 'Ulumuddin)

2. Siri pertama buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah.

(Siri 2 hingga 4 kena tunggu lain kali)


Sebenarnya pihak kami sebelum ini menanti sedikit kemasukan wang yang sepatutnya diterima pada bulan Januari ini agar boleh disalurkan terlebih dahulu kepada usaha ini. Dengan itu harapnya dapatlah dikekalkan kos dan harga yang lama dan jika berlaku peningkatan pun, tidaklah jauh berbeza.

Dengan kuasa dan aturan Allah juga, kami terhalang daripada memperolehinya. Maka terpaksalah kami gunakan apa yang ada sahajalah. Bagi yang pernah terlibat dengan penghasilan buku/kitab, tentu faham bahawa apabila modalnya kecil maka kos untuk sesuatu naskah itu akan melonjak tinggi. Dengan itu apabila Team Khazanah buka pesanan nanti, harganya akan lebih tinggi daripada sebelum ini. Sama-samalah kita penjual dan pembeli menanggungnya.


Setelah siap nanti, Team Khazanah dan sahaya akan maklumkan di Facebook.


4/1/22