Showing posts with label NOTA PENGAJIAN. Show all posts
Showing posts with label NOTA PENGAJIAN. Show all posts

Monday, May 12, 2025

Ringkasan Pengajian Kitab Risalah Laduniyah oleh Ummu Musfirah al-Ghazali

 

RINGKASAN PENGAJIAN KITAB RISALAH LADUNNIYAH (Imam al-Ghazali) kali ke-3 oleh Ustazah Musf al-Ghazali

1. Ringkasnya, wali2 Allah ialah :

·         Orang2 yang lebih dipilih oleh Allah berbanding orang2 lain,

·         lebih dekat dengan Allah berbanding orang2 lain,

·         lebih suci diri mereka berbanding orang2 lain,

·         tetapi mereka tidak sampai ke maqam nabi2.

Para wali disebut sebagai auliya’. Para nabi pula disebut sebagai annbiya’.

Siapakah wali2 Allah yang paling utama? Merekalah 4S iaitu 4 sahabat Rasululah saw yang paling utama, dan sahabat2 utama yang lain. Merekalah maharaja para wali. Merekalah contoh teladan dan ikutan kita yang paling utama.

 

2. Antara ciri2 utama para wali Allah :

·         Mereka berusaha gigih untuk mendekatkan diri kepada Allah.

·         Mereka gigih dalam melakukan amal2 wajib.

·         Ditambah dengan gigih dalam melakukan amal2 sunat.

·         Gigihnya mereka sampailah Allah sendiri pun mencintai mereka.

·         Mereka ada ilmu atau pengetahuan tentang hakikat.

·         Tindak-tanduk mereka umumnya yang baik2 sahaja kerana sentiasa berada dalam peliharaan Allah.

·         Mereka berjaya mengEsakan Allah  hingga ke tahap - yang ada hanyalah Allah Yang Maha Esa.

·         Doa2 mereka mudah dimaqbulkan oleh Allah.

 

3. Empat Sayap Ad-diin

Allah bagitau kepada Jibril… 4 sayap. Jibril bagitau kepada Rasulullah dan para sahabatnya… 4 sayap. Para sahabat bagitau kepada tabi’in… 4 sayap. Begitulah generasi demi generasi sampailah kepada Imaam al-Ghazaali… 4 sayap. Begitulah bergenerasi dari Imam al-Ghazali sampailah kepada kita… 4 sayap. Maka… kita usahalah tumbuhkan dan gunakan keempat2 sayap juga. Jangan diabaikan walau salah satu.  Kita berguru, bersanad, belajar, beramal, dan mengajar pula kepada orang2 lain.

 

4. Tafsir Quran dan Tafsir Mimpi

Sebahagian daripada ilmu tafsir Al-Quran adalah ilmu laduni. Dan sebahagian daripada ilmu tafsir mimpi juga adalah ilmu laduni.

5. Umumnya :

Orang2 yang jahil akan ilmu laduni, akan cenderung untuk menolak ilmu laduni.

Orang2 yang jahil tentang tiang agama ke-4 iaitu ilmu as-sa’ah, akan cenderung untuk menolak ilmu as-sa’ah.

Orang2 yang tak tahu kewujudan rukun al-ihsan dan rukun as-sa’ah, akan cenderung mengengkarinya.

Orang2 yang jahil tentang maqam2 selepas awwaluddin ma’rifatullah, akan cenderung untuk menafikannya.

…lebih2 lagi kalau orang2 yang dipandangnya lebih rendah daripada dirinya, tiba2 orang2 itu pulak yang ada ilmu tentang hal2 tersebut.

Begitulah seterusnya.

 

6. Imam al-Qusyairi - salah seorang ulama besar kaum sufi. Beliau juga diyakini sebagai salah seorang wali besar. Beliau mengasaskan Tarekat Qusyairiyah. Gelarannya ialah Zain al-Islam atau Zainul Islam, yang bermaksud Perhiasan Islam. Ketika Imam al-Qusyairi meninggal dunia, Imam al-Ghazali masih anak remaja.

Imam al-Qusyairi merupakan murid dan menantu kepada seorang ahli sufi yang masyhur dalam sejarah iaitu Abu ‘Ali ad-Daqqaq. Al-Qusyairi kemudiannya berkahwin dengan anak kepada Abu Ali ad-Daqqaq yang bernama Fatimah. Imam al-Qusyairi bersahabat dengan bapa kepada Imam al-Haramain. Siapakah Imam al-Haramain? Beliau merupakan guru kepada Imam al-Ghazali. Dari sudut yang lain, Imam al-Qusyairi juga dikatakan mahir menggunakan senjata dan mahir berkuda. Imam al-Qusyairi terkenal dengan kitab tasawufnya yang bernama Risalah al-Qusyairiyah. Imam al-Qusyairi juga terkenal dengan kitab tafsir al-Quran karangannya yang bernama Latoif al-Isyarat (yakni Kehalusan Isyarat).

 

7. Kisah Abu Ali ad-Daqqaq

Ada satu kisah berkaitan Abu Ali ad-Daqqaq (guru kepada Imam Qusyairi) yang sangat bagus pengajarannya buat kita. Ad-Daqqaq berjiran dengan seorang saudagar kaya-raya yang rajin mengerjakan solat malam. Suatu hari saudagar kaya itu terjatuh ketika hendak mengerjakan solat malam lalu demam. Ad-Daqaq pun menziarahinya lalu memberi panduan :

“Engkau sudah kaya raya, ibadah yang sepatutnya engkau lebihkan adalah menyedekahkan hartamu dan memberi makan kepada orang2 lapar, bukannya engkau sibuk solat malam yang hanya bermanfaat untuk dirimu sahaja.”

 

Antara pengajaran penting daripada pengalaman ringkas itu :

i) Umumnya keutamaan peranan seseorang dalam hidup ini berbeza-beza mengikut keadaan dirinya dan keadaan2 yang berkaitan.

ii) Membanyakkan usaha2 (termasuklah amal2) itu amat bagus, tetapi hendaklah disesuaikan menurut keutamaannya, dan kena dengan tempatnya.

iii) Kita mestilah mendahulukan hal2 yang lebih penting berbanding hal2 yang penting.

iv) Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja, tetapi kena mementingkan diri DAN diri2 yang lain (yakni umat). Kerana pada maqam yang lebih tinggi, sebenarnya diri dan semua diri2 yang lain itu adalah “satu diri”.

v) Bagi ahli2 sufi dan pelajar2 sufi khususnya, amal ibadah atau pengabdian tidak terbatas ketika mengerjakan solat sahaja, ketika melafazkan bunyi2 zikrullah sahaja, ketika berpuasa sahaja dsb,  tetapi dalam seluruh kehidupan. Mendekatkan diri kepada Allah dan menaikkan maqam2 kita di sisi-Nya bukan dengan solat malam sahaja, tetapi dengan membantu orang2 susah juga.

vi) Tasawuf ini bukan dengan duduk berlazat2 setempat, tapi juga dengan bangun membuat.

Tasawuf bukan dengan banyaknya maklumat, tetapi juga dengan tindakan2 berdasarkan maklumat.

Tasawuf bukan dengan menyempitkan amal ibadat, tapi dengan meluaskannya tanpa ada had.

 

8. Jenis tafsir al-Quran dalam kalangan ulama2 tafsir?

Ada 3 jenis tafsir iaitu :

i) TAFSIR BIR-RIWAYAH. Dikenali juga sebagai Tafsir Bil Ma’thur. Biasanya penggunaaan aqal dilebihkan.
ii) TAFSIR BID-DIRAYAH. Dikenali juga sebagai Tafsir Bir Ra’yi. Biasanya penggunaan aqal dilebihkan.
iii) TAFSIR AL-ISYARI. Ahli2 tafsir jenis ini menggunakan aqal, qalbu, atau kedua2nya sekali. Biasanya penggunaan qalbu dilebihkan.

9. Contoh tafsir al-isyari : Rasulullah saw menyampaikan firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 3 : “Pada hari ini Aku sempurnakan ad-diin kamu untuk kamu,  dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku redha Islam sebagai ad-din kamu.”

 

Catatan nota oleh Abu Zulfiqar

Ringkasan Pengajian Kitab Misykatul Anwar 3 oleh Ustaz Dzul al-Ghazali

 

RINGKASAN PENGAJIAN KITAB MISYKATUL ANWAR (Imam al-Ghazali) oleh Ustaz Dzul al-Ghazali (Mei)

1. Kalimah “Alhamdulillah” ini sudah lama kita ucapkan dan selalu kita ucapkan, sejak kita kecil lagi, sebab ia ada pada awal surah Al-Fatihah. Dan kita pun selalu dengar orang sebut “Alhamdulillah”. Terjemahan lain, tafsir lain. Tafsir lebih panjang dan lebih dalam berbanding terjemahan.

 

2. Sekurang2nya ada dua jenis penglihatan iaitu :

Penglihatan dengan menggunakan mata luaran, atau mata zahir… iaitu mata di kepala kita ini, dan penglihatan dengan menggunakan mata dalaman, atau mata batin… iaitu mata yang di dalam diri kita. Jika hendak DIPERINCIKAN lagi, mata batin itu pula boleh dipecahkan kepada dua jenis pulak iaitu mata ‘aqal dan mata qalbu. Tapi untuk memendekkan cerita, biasanya mata ‘aqal dan mata qalbu ini disekalikan sahaja, lalu kita sebut sebagai MATA BATIN.

 

3. Oleh kerana akal kita ini sangat lemah, maka ada hal2 yang TAK DAPAT KITA CAPAI dengan akal fikiran. Ada perkara2 yang TAK AKAN MAMPU KITA FAHAM menggunakan akal fikiran. Hal2 yang tak boleh dicapai dengan akal fikiran, kita jangan cuba capai dengan akal fikiran sebab ia boleh membuatkan kita TERSALAH JALAN. Allah memang suruh kita gunakan akal, tapi hanya pada tempat2 yang sesuai untuk akal sahaja.

 

4. Mengikut Tariqah Ghazaliyah, kebahagiaan yang benar2 teragung ialah sebagaimana yang diperolehi oleh Rasulullah saw. Itulah maqam kebahagiaan yang TERagung. Maqam itu tidak dapat dicapai oleh sebarang makhluk lain.

 

Kebahagian2 ini sangat berkait rapat dengan 7 mi’raaj iaitu :

Mi’raaj yang pertama – Syariat

Mi’raaj kedua – Tariqat

Mi’raaj ketiga – Haqiqat

Mi’raaj keempat – Ma’rifat iaitu AWWAL AD-DIIN atau awwaluddin

Mi’raaj kelima – NISF AD-DIIN atau pertengahan ad-diin

Mi’raaj keenam – AKHIR AD-DIIN atau akhiruddin

Mi’raaj ketujuh – KAMAL AD-DIIN atau kesempurnaan agama.

 

Apakah maksud mi’raaj?

Dari segi bahasa Arabnya mi’raaj bermaksud naik, mendaki, tangga, laluan ke atas.

Perkataan al-ma’aarij pada Surah Al-Ma’aarij dari segi bahasanya membawa maksud laluan turun naik atau tempat turun naik.

 

5. “Adapun kemudiaan daripada itu……. Engkau bertanya kepada aku wahai saudaraku yang dikasihi – (yang dengan pertanyaan tersebut) sesungguhnya Allah telah membolehkan engkau (yakni memilih dan membuka peluang kepada engkau ) untuk mencari (yakni untuk mendapatkan) kebahagiaan terbesar, dan mencalonkan (yakni melorongkan) engkau untuk bermi’raaj (yakni mendaki atau naik) ke puncak tertinggi.”

 

6. Surat nabi kepada Hiraqal yakni Heraclius – salah seorang raja Rom :

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Daripada Muhammad – abdi Allah dan utusan Allah kepada Heraclius kebesaran Rom. Selamat sejahtera kepada orang yang mengikut petunjuk. Amma ba’du, Aku mengajak (mendakwahkan) engkau dengan ajakan (dakwah) Islam. (… sampailah ke akhir surat).”

 

***Di sini kita boleh lihat peranan kalimah “amma ba’du”.

 

7. Bolehkah guru mencari murid?

·         Ada guru yang sibuk tercari2 murid – Biasanya guru jenis ini ada kepentingan2 keduniaan.

·         Ada guru yang tidak tercari2 murid, tapi murid2 yang mencari guru – Ini yang sepatutnya. Inilah guru2 yang berperwatakan ‘alim ‘ulama’.

·         Tapi, ada guru yang mencari2 murid – kerana guru2 itu berperwatakan para rasul.

 

Jika kita lihat sejarah rasul2, sememangnya mereka yang mencari murid.

Maka umumnya, ada perbezaan antara guru2 agama yang berwatak ulama dengan guru2 agama yang berwatak rasul.

 

8. Dalam surah Al-Annbiya’ ayat 23, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : “(Allah) tidak dipersoal tentang kerja-Nya, tapi merekalah (yakni manusialah) yang akan dipersoal tentang apa yang mereka kerjakan.”

 

Dari segi keputusan, kita serahkan sepenuhnya dan sedalam2nya kepada Allah. Cuma dari segi usaha, tindakan, perubahan, dan progres – bahagian ini kita kena bersibuk2.

Mengapa? Kerana bahagian ini pasti akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah di akhirat nanti. Jangan kita bersibuk2 dengan keputusan, tapi kita bersibuk2lah dengan usaha, tindakan dan perubahan.

 

Catatan nota oleh Abu Zulfiqar